Kejadian tadi dibiarkan sepi. Farha hanya pasrah melihat air nya habis.
Kejadian tadi bermain di kepala Hana.
"Weh, aku nak tanya sikit ni korang ni kawan Farha tu kan?" tanya seorang lelaki yang tah sape tah.
'Sape pulak mamat ni.Aku tengah serabut lagi datang tanya pasal Farha pulak.
' fikir Faz."Haah. Budak baru tu kan. Yelah dia kawan kitorg. Ade ape?" jawab Hana tenang. Dia tahu kalau bagi Faz jawab habis budak ni.
"Kau hati-hati sikit lah ngan dia. Aku rasa dia ada niat tak baik kat korg." kata budak lelaki itu.
"Kau kenal ke Farha tu? " Kau penah satu sekolah dengan dia eh?" Tanya Faz.
'Ei budak ni kawan sendiri pon tak percaya ke.' monolog Hana dalam hati. Mahu kene bunuh kalau cakap depan.
"Takpelah kitorg tak nak tahu pon pasal Farha tu. Kau boleh blah." marah Hana.
"Eh asal kau halau dia macam tu. Aku baru nak korek rahsia. Spoil lah kau ni." marah Faz kepada Hana.
Hana hanya mendiamkan diri dan menarik Faz untuk masuk ke kelas.
"Oi. Kau termenung ape?" Sergah Thia.
"Tak de pape lah. Nanti aku cite." kata Hana.
"Kau pikir pasal budak tu ke?" tanya Faz.
"Weh, Thia petang ni lepak Mc'd au. Faz teringin makan Mc'd patu kita lepak court main netball nak tak?" kata Hana dengan niat nak menukar topik.
"Aku okay je. Dah lama bhai tak main netball" kata Faz sambil mengimbas kenangan lalunya.
"Aku tak yah cakap ah. Memang okay je. " balas Thia lalu ketawa.
"Set eh"
"Set"jawab mereka serentak.
"Korang set set ni nak pegi mana?" tanya Farha dengan perasaan ingin tahu.
"Em. Nak buat study group je petang ni." tipu Thia.
Dia pon bukannya suka kat Farha ni. Bagi dia dia tak nak orang lain rampas kawan dia.Hana dan Faz hanya mampu diam. Tahulah mereka yang Thia tak nak Farha join. Dorang berdua pon tak nak ade orang keempat.
"Ouh yeke. Kita nak join boleh? " tanya Farha dengan sopan.
Mereka bertiga dalam hati dah hantuk kepala masing2.
"Kitorang bukan buat dekat sekolah. Kitorg pegi rumah Faz. Rumah Faz kat Bandar sana. Kitorg semua tinggal dekat2. Awak ade transport tak. Sebab selalunya saya pegi naik motor dengan Hana." Tipu Thia dengan alasan tak munasabahnya.
"Ouh yeke. Tak pelah. Saya study kat rumah je." kata Farha. Dia sedih tapi apakan daya diorang tak nak dia di situ.
"Jangan amik hati pulak ye." kata Thia.
"Eh tak delah."
Kringggggggg
Bunyi loceng itu menandakan waktu sekolah sudah tamat.
Triplets mengemas barang mereka dan beransur ke loker untuk menyimpan buku.
Sewaktu perjalanan mereka terdengar sekumpulan budak perempuan bergossip.
"Weh tak sangka kan Farha tu datang balik. Dia tu dah lah pencuri. Ada pulak tu yang kawan dengan dia. Kesian pengawas tu. "
"Kan. Kesian betul diperbodohkan dengan muka innocent dia tu."
Dan mereka terus mengutuk.
"Korang dengar tak apa yang aku dengar?" kata Faz dengan riak wajahnya yang terkejut.
YOU ARE READING
Triplets Never Gone
Teen FictionHidup Triplets sangat bahagia dengan life mereka. Mereka punya suka nak buat ape. 2 orang daripada mereka adalah pengawas. Oh ya mereka ni Form 2. Diorang ni punya masalah satu je. Adalah hamba allah ni. Dia ni Triplets pon tak tahu ape yang dia na...