Yeah. Sudah hampir 3 bulan lebih triplets berkawan dengan Farha. Mereka juga semakin rapat dengan Farha terutamanya Hana.
"Guys. Minggu depan exam!!" Rungut Hana dengan muka serabutnya.
"Haahlah. Eleh rilekslah exam bulan 3 je kot."kata Thia dengan berlagaknya.
Hana dan Faz hanya menjeling Thia dan dia hanya tersengih.
"Aku cepuk kau tak jadi ape jakgi. Acah je. Patu esok exam dia yang rungut lebih." kata Faz dengan muka menyampahnya.
Belum sempat Thia nak berbalas lebih. Ada yang datang menghalang.
"Hai korang!"sapa Farha.
"Hai!"balas triplets serentak.
"Korang bincang pasal apa?"kata Farha ingin tahu.
"Tak bincang pape pon.. Sembang pasal exam minggu depan je."balas Hana.
"Oooo.."
Setelah agak lama berdiam. Akhirnya kesunyian itu dipecahkan oleh Faz.
"Farha,awak dah pernah sekolah kat sini ke sebelum ni?"soal Faz selamba.
"Ermmm, haah"balas Farha teragak-agak.
"Kenapa awak pindah sekolah?"Faz mula mengorek rahsia.
"Daddy kita tukar kerja dekat tempat lain. Sebab tulah kita pindah. Lepastu daddy kita tukar kerja dekat sini balik."jawab Farha.
"Oooo.."balas Faz.
"Saya dengar awak ada rekod tak baik dekat sekolah ni. Betul ke?"sambung Faz lagi.
Farha mula menggelabah dan dengan tiba-tiba Hana mula naik berang.
"Kan aku dah kata jangan ungkit. Tengok dia dah mula rasa Tak selesa."Hana berbisik perlahan kepada Faz tetapi kedengaran tegasnya.
"Fine!"balas Faz tidak puas hati. Faz hairan mengapa kawannya yang seorang itu terlebih prihatin terhadap Farha.
'Nasib si Hana ni selamatkan aku. Thanks Hana. Sekarang aku dah tahu perangai kau macam mana.' kata Farha didalam hati.
Semasa Hana dan Faz bertugas di makmal sains. Faz mendapat keberanian untuk menanyakan tentang Harraz pada Hana.
"Weh Hana!"panggil Faz.
"Iyaaa bae!"jawab Hana dengan riang dengan muka comelnya itu.
"Aku nak tanya sikit ni. Kau jangan marah pulak eh?"kata Faz dengan perlahan.
"Kau sejak bila nak tanya pon mintak izin ni. Tanya jelah"kata Hana sambil tergelak kecil.
"Pasal harraz...?"Faz sengaja membiarkan ayatnya tergantung until melihat reaksi Hana. Dan ya. Hana mula berubah air mukanya.
"Kenapa dengan Harraz?"Tanya Hana sabar walaupon sudah panas telinganya mendengar nama lelaki tersebut.
"Kau still suka Harraz ke?"soal Faz teragak-agak.
"Memang taklah aku nak suka orang macamtu. Ntah-ntah dia dah couple dengan Sofea agaknya."Hana menongkat dagu memandang tapak perhimpunan yang kosong.
"Kan. Aku sarankan kau lupakan jelah Harraz tu. Ramai lagi orang lain. K?"Faz cuba memahami hati gadis disebelahnya itu.
"Ok. Aku cuba walaupon aku pasti yang benda ni akan jadi susah."Hana hanya membalas sambil tersenyum pahit.
"Macam ni lah kawan aku."Faz memaut leher Hana dan terlupa perkara yang paling Hana anti.
Tudung berkedut
"Faz..."Hana menahan sabar manakala Faz tersentak dan menarik semula tangannya.
YOU ARE READING
Triplets Never Gone
Teen FictionHidup Triplets sangat bahagia dengan life mereka. Mereka punya suka nak buat ape. 2 orang daripada mereka adalah pengawas. Oh ya mereka ni Form 2. Diorang ni punya masalah satu je. Adalah hamba allah ni. Dia ni Triplets pon tak tahu ape yang dia na...