Start

621 59 7
                                    

Pagi yang indah, sudah kedengaran suara sang leaders menjerit memanggil anak buahnya untuk bangun.

" Ya! Sudah pukul berapa ni!! Kejap lagi kita ada rehearsel di mcountdown! " bebel Jisung dihadapan bilik besar yang di diami oleh Guanlin,Minhyun,Jihoon,Woojin dan Jaehwan.

Daniel dan Seungwoo sudah siap mandi dan memakai baju manakala Daehwi, Jinyoung dan Sungwoon baru bangun dan bersiap siap untuk melanjutkan aktviti mereka hari ini.

Jisung mengerling kearah jam dinding. " aigoo .. Sudah 6:30 am! YA! HWANG MINHYUN BANGUN! " jerit Jisung lalu menendang sedikit pintu bilik mereka.

Bamm !!

Minhyun tersedar dari tidurnya. Pengera jam dinding juga tak berhenti berdering. Minhyun mengosok matanya lalu mengeliat sedikit sebelum memeriksa waktu di jam dinding. " ommona ! " Minhyun terus bangkit dari tidurnya. " dah lambat ni ! ". Minhyun menyelak selimutnya lalu bangun dan membuka pintu biliknya.

Jisung sudah berdiri tegak dengan muka yang hampir merah akibat menahan marah. " Ya! Kenapa tak jawap panggilan aku tadi ? " soal Jisung.

Minhyun mengaru lehernya yang tidak gatal. " mian, Hyung.. Aku lelah sangat dengan show semalam..sebab tu terlajak tidur ". Minhyun menampilkan barisan giginya yang putih dihadapan Jisung.

Jisung mengerling kesal. " yang lain masih tidur ?! " Jisung menjengguk kedalam. " Ya ! Bangunkan mereka !! " sekali lagi Minhyun dimarahi Jisung.

" aigoo .. Mian Hyung.. Aku kan membuka pintu bilik ini dulu.. Sebab Hyung dari tadi menendang pintu bilik ini seperti orang gila " Bebel Minhyun lalu memanggil roommate-nya yang lain.

" Ya! Jihoon, Woojin, Guanlin, Jaehwan.. Bangun ! Sudah pagi ni.. Cepat siap siap! " selepas habis mengerakkan mereka. Minhyun keluar menuju ke bilik air.

GuanLin bangun dengan kepalanya yang sedikit pening. " arghh... " ringisnya.

Kebetulan Jihoon lalu dihadapannya. Kaki Jihoon terhenti apabila melihat GuanLin pucat lesu. " Guanlin gwenchana ? " soal Jihoon lalu menghampirinya dan duduk di tepi katil Guanlin tepat diwajah Guanlin.

Guanlin dengar tak dengar hanya mengangguk pelan.

Jihoon merasa kurang senang dengan keadaan Guanlin. Dia meletakkan belakang telapak tangannya didahi Guanlin. " Ommona... Badan kau panas ini Guanlin " ucap Jihoon yang mulai kerisauan.

Guanlin pula hanya menunduk kerana kepalanya terlalu berat untuk diangkat. Sambil itu dia memicit micit kepalanya yang pening. " Gwenchana.. " balas Guanlin.

" ani.. Kau sakit ni.. Kau tak boleh teruskan aktiviti hari ini.. Aku taknak terjadi apa apa pada kau hari ini " kata Jihoon. " aku panggil Jisung Hyung ye.. Minta dia call manager-nim untuk beritahu kau deman dan tak melanjutkan jadual kau seperti biasa " kata Jihoon lalu bangun dan ingin keluar untuk memanggil Jisung.

" ani hyung... Aku okay " GuanLin menarik Jihoon untuk duduk kembali. " aku hanya lelah.. Nanti bila aku mandi nanti aku akan okay Hyung.. " ucap Guanlin sambil menatap wajah Jihoon bagi menyakinkan Jihoon kalau dia baik baik sahaja.

Jihoon menatap sedih kearah Guanlin. Dia tak tahu nak biarkan atau beritahu pada Jisung kerana dia yakin kalau Guanlin tidak lelah tapi dia sedang deman.

Skip...

Selepas habis rehearsel. Semua anggota Wanna One berganjak ke waiting room sambil menunggu live mereka beberapa jam lagi.

" ahh.. Lelah .. " keluh Sungwoon lalu menjatuhkan punggungnya dikerusi yang tersedia disitu.

Anggota Wanna One yang lain turut merehatkan diri di bilik tersebut sambil itu makeup artis membetulkan makeup mereka.

Always. ©Where stories live. Discover now