Part 5

397 35 0
                                    

Gadis itu meronta ronta agar tangannya dilepaskan oleh Guanlin.

Saat itu juga Jaehwan menarik Jihoon menjauhi Guanlin dan gadis itu. Manakala Daniel dan Minhyun berlari untuk membantu Guanlin.

Namun langkah Daniel dan Minhyun terhenti, apabila gadis itu mengigit tangan Guanlin dan terjadi pergelutan di antara Guanlin dan gadis itu.

Minhyun dan Daniel segera menahan wanita tersebut namun sebelum sempat mereka menahan gadis itu. Gadis tersebut telah menikam bahagian perut Guanlin.

" Guanlin !!!! " Daehwi menjerit histeria begitu anggota Wanna One yang lain.

Bunyi siren polis kedengaran, dan polis menyerbu masuk.

Guanlin sempat menangkap tangan gadis itu. Namun akibat mahu melarikan diri gadis itu menolak Guanlin jatuh dan menyebabkan kepala Guanlin terhentak pada bucu meja ruang tamu. "ahh "

Daniel dan Minhyun berhasil menangkap gadis tersebut. Lalu mereka menyerahkan kepada polis.

Darah mengalir dari sudut perut dan kepala Guanlin. Mata Guanlin terpejam kuat, sakit yang amat sangat menguasai dirinya.

Manager-nim segera menelefon ambulance. Anggota Wanna One pula cuba menutup luka Guanlin dengan baju serta barang kecemasan yang mereka ada. Namun nihil luka Guanlin sangat parah. Darah tak berhenti keluar.

Kesepuluh anggota Wanna One mengelilingi Guanlin dengan tangisan dan doa.

" Hyung uljima.... " ucap Guanlin lalu ikut menangis. " uljima Hyung... " ucap Guanlin lagi. Dia benar benar rasa serba salah kerana telah membuat Hyung-Hyungnya menangis.

" aku takkan maafkan diri aku sendiri jika jadi apa apa pada kau Guanlin... Mianei... Hiks.. " ucap Jihoon

" Hyung... " ucapan Guanlin terhenti. Mata Guanlin seakan mahu tertutup. Darah yang mengalir keluar, membuatkan dia lemah dan mulai pucat. " gwen...chan...na hy..hyung... " ucap Guanlin dengan suara yang lemah.

Dia cuba untuk bertahan. " Hy..ung.. Pan..dangan.. Aku kabur... " Ucap Guanlin kedengaran samar samar. Namun anggota Wanna One masih memahami.

Wanna One semakin risau dan Sungwoon cuba mengoncangkan tubuh Guanlin agar Guanlin agar tidak terlelap. Namun Guanlin akhirnya kalah, hal yang terakhir dia dengar sebelum menutup mata adalah tangisan Wanna One.

Skip...
Seminggu berlalu...

Berita mengenai Guanlin menyebar kesuluruh korea serta luar negara. Hal ini benar benar buat pengajaran pada kesemua artis korea serta luar korea bahawa populariti dapat membunuh seseorang. Ia bukan satu kebahagiaan tetapi ia adalah sesuatu hal yang menakutkan.

Wannabel turut berkabung atas kemalangan yang menimpa mereka. Banyak surat, buah tangan serta mesej mesej semangat yang Wanna One serta YMC terima. Mereka bersyukur kejadian ini tidak terlalu menganggu aktiviti promotion Wanna One.

Sejak kejadian ini, YMC telah memasangkan syarat syarat keselamatan bagi Wannabel untuk mendekati Wanna One . Mereka juga telah mengurangkan aktiviti Wanna One tanda mereka bersimpati atas yang apa yang berlaku terhadap Guanlin. Wanna One dan Wannabel bergabung mendoakan keselamatan Guanlin.

Kejadian itu telah menyebabkan Guanlin kehilangan banyak darah. Nasib Guanlin baik kerana Jaehwan dan Minhyun mendermakan darah mereka untuk menyelamatkan Guanlin. Semuanya berjalan lancar namun sampai sekarang Guanlin masih belum sedar dari koma akibat pendarahan teruk dikepala.

.....

Seorang namja sedang duduk disisi katil Guanlin sambil menatap wajah Guanlin sedih. Dia menangis melihat Guanlin yang masih menutup mata. " hiks... " esak tangis Jihoon terkeluar.

Jihoon mengakui dia sangat lemah saat ini. Dia sangat rasa serba salah dengan apa yang berlaku. Setiap hari dia merisaukan Guanlin. Dia ingin Guanlin bangun dan kembali pada Wanna One.

Perlahan perlahan tangan Jihoon mengengam tangan Guanlin. " mianei.... " ucap Jihoon. Airmatanya mengalir sederas mungkin. Dia tak mampu menahan airmatanya lagi. Semua yang dia lihat kelihatan amat menyedihkan.

" dah seminggu kau tidur. Kau tak rindukan aku ke Guanlin ? " soal Jihoon berseorangan.

" Jisung Hyung, Minhyun Hyung, Sungwoon Hyung, Daniel Hyung, Seungwoo Hyung, Jaehwan Hyung, Woojin, Jinyoung dan Daehwi merindukan kau. Rindu suara kau, rindu kelibat kau.. Rindu segalanya tentang kau... "

" seminggu kami tunggu kau. Kau benar benar merisaukan kami. Bangunlah dengan cepat... Kami janji untuk tidak memarahi kau lagi selepas ini... Kau boleh meminta aku mencium kau, mendukung kau, memasak untuk kau, semuanya. Janji kau bangun Guanlin... "

" aku rasa serba salah Guanlin" Jihoon menangis disisi katil Guanlin.

Tekan vote ( Star ) untuk bantu saya menaikkan ranking ff ini manalah tahu dengan bantuan anda. Saya dapat terus berkarya sebagai penulis pada masa hadapan. 😉 Thank You Readers...

Always. ©Where stories live. Discover now