Part 1

4.9K 161 25
                                    

"Anum...Anum...Anum." Sofea memanggil nama Anum dari jauh lagi. Macam ada kecemasan. Sampai saja di meja Anum, Sofea termengah-mengah kepenatan.

"Sekali sudahlah... apa banyak sangat Anum ni." Anum menjeling Sofea. Dia sambung kerjanya. Mesti ada gosip hangat ni.

"Anum... putera hot tu datang kolej kita. aku nampak dia tadi tapi dari jauhlah. Hensem sangat." Sofea bersuara teruja.

Anum pandang Sofea sekilas. Riak langsung tak teruja. Dia pandang semula buku nota di atas mejanya.

"Raden Anum Cendera Kirana Raden Mas..." Sofea bercekak pinggang. Penat-penat dia berlari semata-mata nak sampaikan berita ni. Boleh pulak kawan baiknya buat muka kosong je. Bagi penampar sebijik boleh tak.

"Aku tau nama aku sedap disebut tapi tak payahlah sebut penuh macam tu. Kalau boleh Raden tu tak perlu nak sebut." Sofea ni buat sakit hati orang je. Kalau marah mulalah nak sebut nama penuh. Dah serupa bonda kalau mengamuk.

"Sori... tapi aku excited sangat ni. Jomlah..." Sofea tarik tangan Anum. Pelik dia tengok Anum tak serupa student perempuan lain yang dah separa mengilai tengok putera tu.

Anum beratkan badan. Malas nak ikut Sofea. Tak ada faedahnya dia tengok putera yang langsung tak ada kena mengena dengan dia antara hidup dan mati. Lebih baik dia sambung study. Bonda dah ugut tak akan bawak dia pergi Paris kalau keputusan tak cemerlang.

"Jomlah... teman aku kejap... please." Sofea merayu Anum.

"Ok lah... kau ni gedik tau." Anum mengalah bila Sofea merayunya. Dia memang tak sampai hati untuk menghampakan sahabatnya.

Anum mengemaskan barang-barangnya. Buku-buku dimasukkan ke dalam beg. Melihat Sofea yang sangat teruja dia hanya mampu menggeleng.

"Anak raja tu hensem tau..."

"Lantaklah dia hensem atau tak. Apa aku kisah."

"Kau ni..." Sofea menarik lengan Anum. Memegang erat agar Anum tak lari. Mereka berdua berjalan beriringan.

"Apa anak raja tu nak datang sini?" musykil juga Anum akan kedatangan anak raja tu. Kalau artis boleh cakap buat road tour. Ini anak raja... nak kumpul follower ke. Tapi follower kat insta dah juta-juta. Nak kata lawatan persahabatan antara negara tak ada pula sambutan rasmi.

"Dia nak cari calon permaisuri."

"What?" Anum separuh menjerit. Kakinya terpasak ke lantai secara tiba-tiba.

"Alah... jomlah." Sofea risau kalau Anum patah balik. Dia segan nak pergi sorang-sorang.

"Jadi sekarang ni kau ajak aku pergi tunjuk muka ala-ala cinderella dengan harapan terpilih jadi calon permaisuri dia... macam tu?"

"Aha..." dengan wajah penuh harapan Sofea mengangguk.

"Aku tak nak terlibat dengan benda bodoh ni. Aku nak balik." Anum cuba meleraikan tangan Sofea di lengannya. Anak raja tu memang sengaja nak merendahkan martabat perempuan agaknya. Tayang muka untuk dipilih. Carilah permaisuri dengan cara berhemah.

"Aku nak balik." Anum menolak Sofea.

"Anum..." Sofea lepaskan lengan Anum. Tak guna dia paksa sahabatnya. Dia bukan nak tayang muka atau calonkan diri. Sekadar nak tengok rupa anak raja tu dari dekat.

"Jom kita balik. Tak payah nak sibuk tayang muka. Ada jodoh dengan anak raja tu sampai jugak dia depan rumah kau." Giliran Anum menarik tangan Sofea menuju ke tempat letak kereta. Meyimpang jauh dari tujuan Sofea tadi.

"Aku nak jumpa dia."

"Kalau ada rezeki kau nak jumpa kejap lagi dia muncul." Anum memujuk Sofea yang sudah muncung.

"Aku belanja kau makan nak..." Anum sengaja pancing perhatian Sofea.

"Tolong ke tepi Tuan Putera nak lalu." Seorang lelaki berbadan tegap tak sengaja menolak mereka.

Anum dan Sofea jatuh terduduk. Melihat darah di tapak tangan Sofea, hati Anum mendidih panas.

"Hoi!" Anum menjerit sambil membantu Sofea berdiri. Rombongan di raja sedang berada betul-betul di hadapannya.

Putera Andika dan rombongannya terhenti. Semua mata mengarah ke kepada Anum dan Sofea. Putera Andika menyelit antara pengawal yang mengiringinya. Mencari tuan empunya suara yang memanggilnya secara tak beradap.

Anum meninggalkan Sofea untuk bersemuka dengan Putera Andika.

"Masuk rumah orang tolong jaga adab sikit. Hormat tuan rumah. Dah nampak orang jatuh pandai-pandailah mintak maaf. Tu yang luka berdarah tu siapa nak jawab." Lurus telunjuk Anum menghala ke muka Putera Andika. Tiada segaris rasa takut di wajah Anum.

"Hormat sikit Tuan Putera." Seorang pengawal cuba menarik badan Anum.

"Ini K... L... lah. Bukan negara Indera Kencana."

"Dia Putera Mahkota..."

"Beta Puteri Raja kerajaan Wangsa Maju. Ini tanah beta... sepatutnya putera ini yang tunduk hormat kepada beta. Putera ini yang bertandang ke tanah beta." Keyakinan harus jitu. Anum pasti putera ini tahu tak wujud pun kerajaan Wangsa Maju.

"Maafkan orang-orang kita wahai Puteri Wangsa Maju. Kita akan arahkan orang kita hantar tuan puteri dan kawan tuan puteri pergi mendapatkan rawatan." Putera Andika bersuara. Tak mahu menjatuhkan maruah gadis itu. Sememangnya baginda tahu gadis itu menipu. Baginda kenal semua Sultan dan putera mahkota setiap negeri di tanah Malaysia ini.

"No thank you... tuanku dan buat beta murka. Tiada gunanya berbicara dengan anak raja tak beradab begini. Tolong beri laluan. Beta dan sahabat beta ingin beransur pulang." Anum menjeling Sofea di belakangnya. Tangannya menggamit Sofea menghampirinya.

Putera Andika mengarahkan pembantu dan pengawanya memberi laluan untuk Anum dan Sofea.

"Sekali lagi kita mohon maaf Tuan Puteri Wangsa Maju..." Sekali lagi Putera Andika meminta maaf.

"Baik kita maafkan. Tapi tolong arahkan semua pengawal pengiring menghormati manusia lain." Akhirnya Anum lembut hati memaafkan Putera Andika.

"Boleh kita tahu nama Tuan Puteri Wangsa Maju. Kita mahu hantarkan permohonan maaf secara rasmi. Kita harap isu ini tak akan menjejaskan hubungan antara kerajaan kita." Putera Andika kagum dengan semangat dan keyakinan gadis itu. Sangat teguh dengan kata-katanya.

"Nama beta Raden Anum Cendera Kirana Raden Mas Agung..."

Selesai memberitahu namanya Anum segera berlalu. Sebelum Putera Andika menyoal lagi lebih baik dia lenyap dari situ. Pasti Putera Andika akan bongkarkan kenyataan siapa dirinya sebenarnya.

"Beraninya kau Anum...Tuan Puteri Wangsa Maju. Macam mana kalau dia cari kau nanti. Kau sebut nama penuh kau tadi." Sofea membuka mulut sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Terlukis kerisauan dari nada suara Sofea. Dia menoleh ke belakang. Rombongan Putera Andika sudah pun berlalu pergi.

"Aku nak berhenti kolej sekarang jugak." Baru sekarang Anum rasa kecut perut.

I Hate You Tuan PuteraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang