"Anum... Anum... Anum... kita buat apa kat sini." Baru timbul soalan dari mulut Sofea. Sepanjang tiga jam dalam perut kapal terbang kerjanya membuta saja. Entah ke mana Anum heret dia agaknya.
Sofea memeluk lengan Anum erat. Dia tak pernah sampai ke tempat ini. Darul Kayangan hanyalah satu tempat yang mampu dia mimpikan. Antara kerajaan terkaya di dunia kerana memiliki lombong emas yang besar.
"Sekali sudahlah... suka sangat sebut nama aku banyak kali." Tak sampai hati pula Anum nak menolak tangan Sofea. Dibiarkan sahaja Sofea peluk lengannya. Anum mengangkat tangan menggamit seseorang yang sedang berdiri di seberang sana.
"Jom..." Anum melintas jalan dengan Sofea masih lagi memeluk lengannya. Mujur mereka berdua tidak membawa sebarang bagasi.
"Anum..." lelaki itu menegur Anum.
"Eh apa tunggu lagi... bukaklah pintu kereta. Ni Puteri Kerajaan Titiwangsa dengan Puteri Kerajaan Wangsa Maju nak masuk. Takkan nak biarkan kaki kami berakar kat sini." Sofea tiba-tiba mencelah. Melihat kereta panjang di belakang lelaki itu, dia tak sabar-sabar.
Pantas Anum menoleh ke arah Sofea. Boleh pula Sofea tersengih. Kalaulah Sofea tahu siapa lelaki di hadapan mereka, pasti Sofea akan pengsan.
Lelaki tersenyum dan membukakan pintu kereta. Dia memberi isyarat mata ke arah Anum. Anum angkat bahu. Mengerti dengan isyarat Anum, lelaki tadi hanya tersengih.
"Terima kasih encik pemandu..." Sofea sangat girang. Ini pengalaman pertama dia menaiki limosin. Mesti seronok naik kereta panjang ni. Anum masuk ke dalam perut limosin selepas Sofea dan diikuti lelaki tadi.
Sofea agak pelik melihat encik pemandu tadi masuk sekali. Tak sampai beberapa ketika, limosin mula bergerak. Barulah Sofea tahu lelaki tadi bukan encik pemandu. Dia memerhatikan lelaki itu yang duduk berhadapan dengannya. Hensem jugak. Hensem banyak dari Aaron Aziz.
"Apa pandang-pandang. Tak pernah tengok manusia ke. Ini Puteri Kerajaan Titiwangsa tau...Nanti raya Titiwangsa hukum awak." Sofea berang bila lelaki itu asyik mencuri pandang ke arahnya. Entah apa yang tak kena dengan mukanya. Ada sisa sayur ke kat gigi dia.
"Sofea... Dia Raja kerajaan Darul Kayangan. Raden Agung Anjana."
"What!!!?" Sofea terus terkulai di bahu Anum.
"Not funny kanda... kenapa tenung dia macam tu?" Anum menjeling ke arah abangnya yang sedang tergelak.
****
"Setiap wanita berhak menentukan jodohnya sendiri. Dua kerajaan boleh berhubungan kukuh tanpa ikatan perkahwinan paksa. Dan kita menolak peminangan ini." Raden Anum bersuara tegas.
"Adinda..."
"Kanda... Putera Andika yang mengahalang peminangan kanda dahulu dengan alasan itu. Dan dengan angkuhnya baginda berkata tidak perlu hubungan perkahwinan untuk mengukuhkan hubungan dua kerajaan. Kenapa dia mahukan adinda pula. Bukan ini perkahwinan paksa juga."
"Adinda... Raden Anum. Itu urusan kanda dengan Putera Andika. Anggap saja kami tiada jodoh. Sekarang urusan adinda dengan Putera Mahkota Indera Kencana. Jangan kerana hal dua tahun lalu adinda butakan mata melihat kasih baginda. Kanda difahamkan Putera Andika langsung tidak tahu kewujudan puteri Darul Kayangan."
Anum berdiam. Bukan hak dia untuk menghakimi perbuatan Putera Andika, namun sebagai Puteri kerajaan Darul Kayangan, dia terasa dengan keangkuhan Putera Andika. Wajah tampan Putera Andika bermain-main di depan matanya. Sungguhkah putera itu tidak tahu kewujudan puteri Darul Kayangan atau lebih tepat dirinya sendiri.
Itu semua bukan alasan mewajarkan dia menerima pinangan Putera Andika. Dia tergesa-gesa datang dari Kuala Lumpur setelah Putera Andika menghantar lamaran rasmi dari kerajaan Indera Kencana. Seandainya dia menolak, dia kelihatan sebagai membalas dendam. Andai dia terima, hatinya rasa tak tenang. Hubungan dua kerajaan akan bergolak lagi. Dia telah menolak lamaran tidak rasmi Putera Andika tempoh hari.
"Kenapa putera ini degil benar." Anum mengeluh.
"Anum... Anum... Anum..."
Anum menoleh. Sofea sedang berlari-lari mendapatkan dia. melihat wajah teruja Sofea, dia tahu sahabatnya pasti ada sesuatu yang mahu sampaikan.
"Sofea... sekali je." Anum menyambut badan Sofea yang hampir tergelincir.
"Hehehe...." Sofea tersengih.
"Oh... ampun tuanku raja." Sofea mengangkat sembah melihat Raden Agung Anjana, pemerintah kerajaan Darul Kayangan.
"Anum... eh Tuanku Raden Anum..." Sofea mengangkat sembah.
"Jangan nak mengarut..." Anum menarik tangan Sofea.
"Kau kan puteri, aku kena hormat. Nanti aku kena pancung." Bisik Sofea. Ingatkan dia mengikut Anum hanya untuk berjalan-jalan. Rupanya Anum Puteri Kerajaan Darul Kayangan. Dia langsung tak tahu akan perkara itu.
"Siapa berani pancung kau... aku pancung dia."
"Tu abang kau tu... Raden apatah...." Sofea panjangkan muncung menghala ke arah Raden Agung Anjana.
"Raden apatah tu takkan dapat apa-apakan kau. Jangan jauh-jauh dari aku." Bisik Anum kembali. Selamba sahaja panggil abangnya sendiri dengan panggilan pelik. Dia dan Sofea sama-sama ketawa.
"Ok... tapi kenapa nama dia pelik?" bisik Sofea lagi.
" Mana aku tau. Ayahanda kami bagi nama.... dahlah jom kita rehat... petang ni nak balik KL."
"Alah... aku ingat kita duduk sini dua tiga hari. Tak sempat aku nak pergi shopping survenoiurs. Kau kejam kan..." Sofea tiba-tiba merengek. Dia shopping memeng tak boleh dipisahkan.
"Dinda Anum pergilah berehat biar kanda bawa Puteri kerajaan Titiwangsa ni bersiar-siar melihat kerajaan kita." Raden Anjana tersenyum manis.
"Dating dengan raja... yeay." Sofea melompat girang.
"Sofea... jaga perangai. Anak raja betul tu... bukan anak raja main-main macam kau. Nanti kau kena pancung baru tau." Anum mengingatkan Sofea. Dalam lurus Sofea ada juga terselit nakal. Macam mana boleh muncul Puteri Kerajaan Titiwangsa.
"Oh leherku yang cantik terputus dari badan..." Sofea sentuh leher sendiri.
Anum tergelak.
"Tak jadilah dating dengan raja..." tambah Sofea. Gerun pulak rasanya.
"Abang aku baiklah... pergi sana. Nanti kau bodek dia emas banyak-banyak." Anum menolak Sofea ke arah Raden Agung Anjana.
"Silakan Tuan Puteri Titiwangsa..."
Sofea tersengih malu. Aduhai Raden hensem ni. Kenapa panggil dia Puteri Titiwangsa. Tapi memang mulut dia yang lancang sangat tadi panggil Raden ni encik pemandu.
"Kanda harap adinda fikirkan sedalamnya... Kanda percaya cintanya tulus..."
YOU ARE READING
I Hate You Tuan Putera
Fantasipertembungan antara putera raja dengan seorang gadis biasa ( klise kan cerita ni ... aein akan cuba buat yang terbaik untuk pembaca.)