Part 6

2.3K 126 14
                                        

"Anum...Anum...Anum." Sofea menggerakkan badan Anum. Sudah banyak kali dia mengejutkan Anum tapi puteri tu tetap tidak mahu bangun.

"Sofea..." Puan Melati muncul di muka pintu.

"Bonda... Anum tak nak bangun." Adu Sofea.

"Raden Anum Cendera Kirana!" jerit Puan Melati sekuat-kuatnya.

"Bonda." Anum terus bangkit dan berdiri. Kalau dah bondanya menjerit pasti ada sesuatu yang penting. Dia baru sampai pukul satu pagi tadi.

"Bersiap dan turun ke bawah... sepantas kilat!"

"Menjunjung titah bonda." Anum segera mencapai tuala di kepala katil. Sempat dia menjeling Sofea yang berdiri di belakang bondanya.

"Sofea..."

"Ya bonda... telefon ibu kamu. Bonda ada urusan dengan ibu kamu."

"Urusan apa bonda?" Sofea kerut dahi. Semenjak mengetahui status Puan Melati yang sebenar, dia seakan kekok berdepan wanita ini. Puan Melati adalah bekas Permaisuri Muda Darul Kayangan atau kata lain ibu tiri Raden Agung Anjana.

"Urusan Seri Paduka Baginda," jawab Puan Melati dengan senyuman. Tak sangka anak tirinya boleh jatuh hati dengan gadis lurus ini. Malah Raden Agung Anjana sudah minta dia uruskan lamaran rasmi buat Sofea.

"Okey... nanti Piah call ibu." Sofea mencari-cari telefon di dalam begnya.

Urusan pertama sudah selesai. Sekarang tinggal urusan melibatkan Raden Anum denagan Putera Andika. Harap Raden Anum tidak terkejut nanti. Puan Melati meninggalkan bilik anaknya. Tamu sudah lama menunggu di bawah.

***
"Anum..." Sofea menggoncangkan bahu Anum. Anum menoleh ke arah Sofea. Buat pertama kali Sofea hanya sebut sekali namanya. Seterusnya di dengan Sofea sama-sama terkebil-kebil melihat Putera Andika dan rombongannya.

"Gila lah Putera ni." Bisik Anum.

"Dia gilakan kau," balas Sofea.

Anum mengeluh. Apa lagi putera ni mahu. Datang dengan rombongan peminangan. Tak cukup ke dia tolak lamaran diraja semalam. Kenapa Andika datang ke sini. Siap dengan tepak sirih mengikut istiadat Melayu. Anehnya datang ala-ala gangster je. Tak adapun orang tua sebagai wakil.

"Bukankah beta sudah tolak lamaran tuan putera semalam." Anum bercekak pinggang. Degil sangat kenapa. Campak dalam loji wangsa maju baru tau.

"Semalam kita melamar puteri kerajaan Darul Kayangan. Hari ini kita melamar Puteri Kerajaan Wangsa Maju. Beza kan..." Putera Andika menjawab tenang.

"Tapi..."

"Anum... duduk dulu. Tak manis bercekak pinggang macam tu. Apa lagi depan tamu."

Anum tarik muka. Mana pulak Putera Andika ni dapat alamat dia. Pagi-pagi buta serbu rumah orang. Tak malu ke. Anum duduk di sebelah bondanya dan berhadapan dengan Putera Andika. Melihat senyuman Putera Andika dia sakit hati.

"Niat kita tulus puteri."

"Beta tak tulus langsung. Sakit hati pun ada."

"Raden Anum... jaga bahasa tu." Puan Melati menegur anaknya. Sikap Anum agak keterlaluan. Raden Agung Anjana sudah memaklumkan niat Putera Andika melalui telefon. Pesanan anak tirinya, jangan biarkan Anum jual mahal terlalu lama.

"Maaf bonda."

"Tak mengapa bonda, ini bahasa mesra kami berdua. Anakanda suka dengan perangai telus Anum. Tak berpura-pura. Anakanda jatuh cinta dengan keberanian Anum mempertahankan Sofea bonda." Lembut madah Putera Andika sambil matanya menatap wajah Anum.

I Hate You Tuan PuteraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang