Sebagaimana yang dijanjikan. Special Entry untuk I hate you Tuan Putera. harap anda semua pembaca terhibur dengan cerita pendek ini. Terima kasih kerana setia menunggu. Ini adalah part terakhir untuk siri ini.
"Bonda, Anum tak nak kahwin dengan Putera tu. Tolonglah bonda..." rayu Anum.
Sungguh dia menyesal kerana mencabar Putera Andika. Sangkanya Putera Andika akan mengalah dan berhenti mengganggunya. Dia terlupa satu fakta, Putera Andika adalah wakil universiti dalam kejohanan marathon dunia. Pasti mudah bagi putera itu untuk memenuhi syarat dia. Patut dia mintak putera tu berenang dari semenanjung ke Sabah. Biar kena makan dengan ikan jaws atau kena telan dek ikan paus.
"Anum... setiap jodoh ada jalannya sendiri. Lagipula Putera kan jejaka idaman Anum semasa zaman sekolah. Takkan tak terdetik di hati rasa suka."
Anum tersenyum malu. Itu semua cerita lama. Empat tahun dulu dia sedang membesar. Disaat remaja lain memilih Putera Mateen dari Brunei sebagai idola, dia memilih putera dari negara jirannya sebagai lelaki idaman. Namun setelah peristiwa dua tahun lalu dia terus melupakan putera itu, malah pernah berhasrat untuk membalas dendam. Namun sekarang yang terjadi di luar perancangannya.
"Kenapa dengan Anum bonda?" Raden Agung Anjana menjeguk peraduan Anum setelah melihat lampu masih terpasang.
"Anum buat rayuan terakhir anakanda."
"Rayuan terakhir untuk menolak jodohnya maksud bonda."
Puan Melati mengangguk."Dia ikhlas adinda. Putera Andika bertanya kepada kanda jika ada cara lain untuk memikat hati dinda saat terakhir kami berjumpa. Kanda yang suruh Putera meminang Puteri Kerajaan Wangsa Maju."
Anum mengeluh. Patutlah Putera Andika yakin sangat. Rupanya Raden Agung Anjana sendiri yang membantu. Walaupun mereka dibesarkan di negara berbeza, Raden Anum dan Raden Anjana sangat rapat sehingga kekandanya tahu kegilaan dia terhadap Putera Andika saat berudia tujuh belas tahun.
Rumah tangga ibunya yang hanya rakyat biasa dengan Raden Mas Agung, ayahandanya tak bertahan lama. Ayahandanya mangkat saat dia berusia lima tahun dan Raden Anjana sepuluh tahun. Menolak untuk menetap di istana, ibunya kembali ke Malaysia. Sementara bonda tua menjadi pemerintah sementara sehingga Raden Anjana berusia dua puluh satu tahun. Bonda tua telah mangkat setahun yang lalu, di saat kemuncak ketegangan antara Darul Kayangan dengan Indera Kencana. Bagi Anum itu semua salah Putera Andika.
"Bukankan kanda sudah beritahu, peristiwa dua tahun lalu antara kekanda dengan Putera Andika. Adinda Raden Anum tak seharusnya menghukum dia... malah sebaliknya adinda harus jadikan perkahwinan ini sebagai tali pengikat dua negara seperti yang almarhum bonda tua mahukan."
"Baiklah kanda... adinda akan cuba terima Putera Andika seadanya."
***
"Adinda Raden Anum... sebaik sahaja termetrai ikatan ijab dan kabul antara adinda dengan Putera Andika maka terlucutlah segala hak dan tanggungjawab kanda serta bonda terhadap adinda. Raden Anum bukan sahaja bakal permaisuri Indera Kencana tetapi juga membawa nama kerajaan kita. Semua mata akan terarah kepada adinda. Jaga maruah suamimu dan nama baik Indera Kencana."
Raden Anum mengangguk. Istiadat menyampaikan pesan dan nasihat sedang dilangsungkan. Saudara mara lebih tua menyampaikan pesan dan nasihat buat bakal mempelai. Sebagai raja pemerintah, Raden Agung Anjana adalah orang terakhir yang memberi nasihat. Sekali gus memakaikan Tiara Seri Delima kepadanya. Perhiasan kebesaran yang diberikan kepada puteri raja yang bakal berkahwin.
"Senyumlah wahai adinda Raden Anum. Hari ini hari bahgiamu..."
Anum tak dapat mengawal perasaannya, dia terus memeluk Raden Anjana dan ibunya. Jodoh yang datang tanpa dia sangka tidak mampu dia hindarkan. Besar harapan seluruh rakyat Darul Kayangan untuk melihat puteri mereka bahagia. Hubungan yang agak dingin dengan negara Indera Kencana bakal pulih dengan ikatan pernikahan mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
I Hate You Tuan Putera
Fantasipertembungan antara putera raja dengan seorang gadis biasa ( klise kan cerita ni ... aein akan cuba buat yang terbaik untuk pembaca.)