Part 4

1.2K 93 0
                                    

Jangan lupa tekan ⭐tau ! Ada surprise Iols nak buat 😙 .


Kecil besar kecil besar mata Annis mencari Arif.Hailaa,encik sayang.Awak kat mana ni?Awak kat mana?Awak awak kat mana?

Tiba-tiba mata bundar Annis menangkap kelibat lelaki yang segak mengenakan pakaian baju melayu teluk belanga berwarna putih.Tetapi tidak bersongkok.

"Arif.."

Annis menyentuh lembut bahu encik sayangnya.Arif membatukan dirinya.Malas hendak melayan wanita ini.

"Arif..."

Sekali lagi.Arif masih berkeadaan sama.Hesy,sabarlah wahai Annis.Kau yang cari masalah.Kau kenalah cari pujuknya!

Chupp!Terpana Arif.Pipinya berpijar.Annis pula terkedu.Beraninya dia!Nasib baik mereka duduk di tempat agak tersorok.Kemudian dia tersenyum kecil.Arif menahan getaran rusuknya.Oh tuhan!Kenapa isteri aku menggoda sangat nih?!

"Nak apa?"

Soal Arif pura-pura marah.Annis mula terasa hati.Baru kahwin tak sampai satu jam.Dah bergaduh.Dah bertanding vokal.Adeh!Macam mana nak tahan kalau seumur hidup?

"Tau tak apa tu joke?"

Soal Annis.Mendatar saja nadanya.Arif memandang Annis tajam.Geram pulak dengan budak ni!

"Joke tu lawak!Takkan duduk bermastautin kat London,basic word pun tak tau?"

Bidas Arif.

Annis menahan sebak.Kasarnya nada Arif.Kenapa marah sangat ni encik sayang?Annis tak kuatlah.Sebu rasanya dada Annis.Air mata pula menggatal nak turun padang.Apahal?Tolonglah jangan.Tuan empunya air mata tak nak kau turun padang pun.

"Arif yang tak tau!Tak reti beza ke lawak atau serious?Apa ke lembabnya otak Arif ni?Orang cakap memain pun tak tau nak bezakan.Kalau betul orang ni tak cintakan dia,takde maknanya nak terima Arif.Orang ni muda lagi,tau?Kalau tak sebab cinta,baik tak payah kahwin!Kahwin awal bukannya ade masa depan!"

Air mata sudah turun padang.Terus Annis bangun meninggalkan Arif.Lebih baik dia pergi ke tandas.Cuci muka.Air mata dah membanjiri wajahnya.Dadanya sudah sesak.Menahan sendu.

Arif terpinga-pinga.Kata-kata Annis menusuk ke hatinya.Sengal rasa dadanya tika ini.

"Apa yang aku buat nih?Annis nangis sebabkan aku?Allahu!Ampunkan aku,Ya Allah..Annis cintakan aku.Kenapa aku mudah sangat kecil hati?"

Arif mula gelisah.Kenapa tiba-tiba dia bersikap begitu dengan Annis?Mungkin kerana dia tidak dapat menerima kenyataan apabila Annis bilang tidak mencintainya.Arif meraup mukanya kasar.Rambut yang terjurai ke dahi dikuak ke belakang kasar.Dia harus memujuk Annis.

"Annis!Tunggu."

Langkah Annis terhenti.Air mata masih bersenang lenang di pipinya.Diseka air mata itu dari dilihat Arif.

"Annis."

Isteri kesayangannya itu sekadar menunduk.Hati Arif mengucap panjang.Semoga Allah mempermudahkannya.

"I'm so sorry.I'm so dull.Arif memang lembab.Maafkan Arif,ye?"Arif mengaku kesilapannya.Annis tidak mendongak.Sekadar kaku di tempat dia berdiri.Seolah-olah tidak mendengar apa yang diucapkan oleh Arif.Arif mengeluh lemah.

"Sayang..."

Panggil Arif lemah.Annis masih mematungkan dirinya.Apa yang harus dia lakukan lagi?Annis benar-benar tidak mahu memaafkan dia.

"Arif mintak maaf sangat dengan Annis.Arif memang tak patut paksa Annis untuk kahwin.Sekarang,apa yang dah jadi?Tak sempat pun satu jam,kita dah gaduh.Kita perlu banyak lagi masa untuk know each other.Maafkan Arif sebab Arif lembab sangat.This dull guy loves you so much."

Awak , Jom Sanding ! ✔ [PRIVATE]Where stories live. Discover now