Part 12

3.5K 128 0
                                    

Jangan lupa tekan ⭐tau ! Ada surprise Iols nak buat 😙 .


"Morning sayang."

Dahi Annis dikucup lembut.Wajah Annis kelihatan pucat lesi sekali walaupun sudah bermekap nipis.Arif mendudukkan Annis di atas kerusi.

"Morning bie."

Annis memandang kosong ke arah hidangan pagi yang disediakan oleh Arif.Tiada selera.Annis mencapai semug Milo lalu diteguk rakus.

"Sayang tak nak makan ke?"

"Tak lalu lah bie.Perut rasa sebu.Nantilah sayang makan.Sayang nak bawa bekal je."

Jawab Annis lemah.Dia sudah tidak bermaya.

"Okey sayang.Bie pergi wrap dulu bekal sayang."

"Alright.Err,sayang nak panaskan enjin kereta dululah."

Annis pantas melangkah ke pintu depan.Kepalanya terasa berpinar pinar.Bagai hendak pitam saja.Tanpa Annis sedari,dia tersadung kerana terpijak kain baju kurungnya lalu jatuh rebah.

"Sayang!"

Pantas Arif menyambut tubuh Annis.Wajah pucat lesi Annis menambah kerisauan dalam diri Arif.Terus dia mendukung Annis ke dalam kereta dan membawa Annis ke klinik berhampiran taman perumahannya.

Arif menanti Annis penuh resah.Seketika kemudian,doktor yang bertugas merawat Annis datang menghampiri meja kerjanya.

"Doktor Zu,macam mana wife saya?Kenapa dengan dia?"

Doktor Zulaikha tersenyum lebar.Dia menanggalkan stetoskop yang bergantung di lehernya lalu diletakkan ke atas meja.

"Dah lama ke Puan Annis macam ni?"

"Ermm,dah dekat sebulan dua.Annis jadi cepat letih.Sakit sakit badan.Lenguh kaki.Dia ada mengadu tumit kaki dia dah merekah macam overweight walhal lately ni dia dah foodless."

Terang Arif tanpa dipinta.Doktor Zulaikha tekun mendengar.

"Puan Annis kurang rehat.Lagipun dia tak ambil suplemen apa apa.Rehat yang dia ambil dan zat makanan yang sedia ada tak mampu nak tanggung satu lagi nyawa yang wujud, Encik Arif."

Arif kelihatan kaget.Satu lagi nyawa yang wujud?

"Apa maksud doktor?"

"Tahniah Encik Arif.Puan Annis mengandung enam bulan."

Arif terkedu.Benarkah apa yang dia dengar tadi?Dia tak mimpi kan?Ya Allah!Anugerah yang terindah buatku..

"Doktor,really?Enam bulan?"

"Ya,Encik Arif.Kalau tengok dari segi fizikal memang tak berapa nampak.Sebab Puan Annis ni orangnya kecil molek.Jadi orang sangka dia dah berisi sikit lepas kahwin."

"Sekarang,Puan Annis dah lepas first trimester yang mana zon merah.Atau erti lain.Masih baru.Sekarang dah second trimester dan dah nak mencecah third trimester.Jadi,Encik Arif dan puan perlu lakukan persediaan sebaik mungkin.Kerana,deliver session akan berlaku bila bila masa pada third trimester."

"Saya tahu puan akan rasa cepat penat bila banyak berjalan dan bekerja.Tapi wajib diamalkan.Bagi memudahkan proses untuk deliver."

Terang Doktor Zulaikha.Arif diam memberi sepenuhnya perhatian terhadap Doktor Zulaikha.Kini,Annis perlu dijaga sebaik mungkin.

"Terima kasih doktor.Insha Allah,saya akan banyak membantu Annis.Thank you so much,dok."

Arif segera berlalu mendapatkan Annis yang masih terbaring di atas katil.Annis sudah sedar.Arif melebar senyum.

Awak , Jom Sanding ! ✔ [PRIVATE]Where stories live. Discover now