Teaser

4.9K 162 2
                                    

Awak Jom Sanding !

Mana ada orang kahwin macam kita !

Sebaik saja menyalin pakaiannya,Annis segera keluar dari bilik persalinan.Kini,tubuhnya tersarung sehelai gaun labuh longgar yang sangat mewah seni jahitannya.

"Puan dah siap?"

Annis mengangguk.

"Meh,saya pakaikan puan tudung."

"Takpe.Tudung biar saya buat sendiri.Saya nak adjust labuh."

"Yang tu puan jangan risau.Saya bukan seorang yang tidak menjadikan aurat sebagai priority.Aurat is number one."

Ayu mendudukkan Annis ke atas kerusi.Selendang berwarna putih mutiara diletakkan di atas kepala.Seperti biasa,tangan gadis itu memang cekap.Dia melilit selendang itu menepati cita rasa Annis.

"And done!"

Jerit Ayu senang.Ayu menyangkutkan layah di atas kepalanya lalu disematkan dengan jarum peniti.Annis melihat dirinya dalam cermin kini.Sungguh cantik.Dia kelihatan persis pengantin tika ini.

Andailah aku memang pengantin..

"Nes,you look so gorgeous!"

Annis mengangkat kepala.Wajah Suraya di hadapan wajah.

"Su!!!"

Terus mereka berpelukan.Melagakan pipi ke kanan dan kiri.Annis tersenyum riang.

"Kau buat apa kat sini,Su?Bukan ke ni kenduri kawan ibu aku."

"Err,ni sebenarnya kenduri kawan aku.Kebetulan tadi,tengah standby barang barang.Lepastu ternampak ibu kau.Terus ibu kau cakap kau kena tahan tadi."

Annis melepas lelah.Memang tema perkahwinan mak datin ni begini.Kalau tidak,masakan Suraya juga berpakaian segak begini.

Tiba tiba pintu bilik persalinan itu dikuak dari luar.Seorang wanita 30-an berbisik sesuatu pada telinga Suraya.Kemudian dia berlalu pergi apabila Suraya menaikkan thumbs up.

"Err,jomlah keluar."

"Hah?"

"Jomlah pengantin lelaki dah sampai."

Tangan Annis diseret keluar.Pengantin lelaki dah sampai?Apa kaitan dengan dirinya?

Suraya menghulurkan lengannya sebagai tempat berpaut.Kini mereka melalui laluan luar yang terbentang karpet merah dari dua arah.Annis sekadar menunduk ketika berjalan.

Tiba tiba matanya menangkap susuk tubuh yang baru muncul dari sebalik dinding tinggi.Lengkap bertuxedo dan berkemeja putih dengan bow dan slack hitam.

Arif?

Terus Suraya memimpin Annis ke tengah laluan yang berdepan dengan laluan gerbang menghampiri Arif.Tangan kanan Annis disuakan kepada Arif agar mereka berpegangan.

Sekelip mata,tangan Annis kini bersilang dengan Arif.Lagak seperti pasangan pengantin yang lain.Kini,mereka berdua berjalan di sepanjang laluan karpet merah sambil diiringi dua kanak kanak lelaki iaitu Adhwa dan Adhwi,anak saudara Annis.

"Mengumumkan ketibaan sepasang merpati sejoli.Muhammad Arif Sufian bersama isteri tercinta,Annis Malik..."

Dalam kesibukan suara dj mengumumkan ketibaan mereka.Becok mulut Annis mengutarakan pertanyaan.

"Arif,apa ni?"

"Wedding kita lah."

Annis kaget.Tapi riak wajahnya dikawal sebaik mungkin.Perlahan lahan bibirnya menguntum senyum.Bertebaran cahaya flash di dalam dewan Laman Kayangan.Ada yang bersalam dengan Arif.Annis sekadar menyerah senyum.

Sekejap saja,kini mereka sudah menaiki pelamin yang dihiasi indah bertemakan fairy tale.

"Thank you so much Arif."

Ucap Annis tanpa melihat Arif.Bibirnya mengukir senyum manakala matanya pula terhala ke arah tetamu yang hadir.

"What for?"

"For your surprise."

Serentak itu,mereka berdua saling berpandangan.Senyum manis terukir di bibir raja sehari itu.

Klik!

Foto mereka diambil oleh jurugambar yang bertugas.

Annis tenggelam dalam renungan Arif.Apabila Lenna menegur,barulah Annis kelam kabut melarikan anak matanya.Malu tertangkap dalam situasi itu.Telinganya pula menangkap bunyi tawa kecil Arif.

***

Happy reading guys 😙 . Ni teaser untuk anak no.2 . Hahaha 😂 . Comment and vote yah ?

Lots of love,Esh 💕 .

Awak Jom Sanding ! ,

21 August 2017 .

Awak , Jom Sanding ! ✔ [PRIVATE]Where stories live. Discover now