C2 : STRANGER

12 2 0
                                    


"Nara ? Tolong kakak beli barang kat kedai tak jauh dari rumah kita ni" ujar kakakku , Hara .

"Emm okey" ujarku ringkas lalu mengambil duit yang diletakkan atas meja .

Semasa aku dalam perjalanan pulang , kelihatan figura yang seperti aku kenal . "Uisyh ? Ada apa ni ? Banyak betul lelaki kat situ ada yang bawa kayu" desus ku lalu bersembunyi disebalik semak .

Kedengaran seperti pergaduhan tetapi siapa lelaki yang jadi mangsa tu? Aku mencuri dengar pergaduhan mereka .

"Kau jangan nak kurang ajar sangat , aku dah cakap jangan melawan cakap aku kan ? Sekarang sapa nak bantu kau kat sini ? Haa ?"ujar seorang namja yang memegang kayu sambil ketawa .

Aku memberanikan diri keluar , dengan membawa kayu , lalu memukul kepala namja yang berkata-kata tadi . Dengan tiba-tiba keadaan senyap seketika .

Namja-namja tadi melihat ku dan namja yang dibuli tadi juga melihatku . Dengan keadaan tak tahu apa-apa . Namja yang dibuli tadi menarikku dan melarikan diri .

Tiga orang namja tadi terus mengejar kami berdua . Sesampai disebalik dinding kami berdua bersembunyi . Apabila keadaan selamat kami berdua pun keluar . Belum sempat aku berkata-kata .

"Kamu gila? Kamu memang takda akal ka ?"ujar namja itu .

"Hey ! Sekurang kurangnya aku selamatkan kau berterima kasih la sikit tak mengenang budi"ujarku lalu menolak bahunya dan berlalu pergi. 

"Ceh" kedengaran dia mecebik kata-kataku .

Aku hanya membuat muka . Tak guna .

-

Yesh ! Baru aku ingat dia la orang nya Min Yoongi , ceh tak mengenang budi dah la aku tolong dia aku nak berkenalan ngan dia pun tak boleh . Erhk . Bebelku seorang diri didalam bilik .

"Nara ? Kamu nak ekot kakak jumpa kawan ?"ujar kakakku dari luar bilik .
"Nak , tunggu sekejap ."ujarku lalu mengemas diri .

-

"Errm kakak dengan kawan kakak je laa , Nara pergi jalan-jalan kat sekeliling"ujar ku lalu berlalu pergi .

Aku duduk dikedai serbaneka sambil memakan aiskrim . Hmm alone , coba aku ada namja chingu mesti seronok macam kakak . Huwaa .

Aku melihat diseberang jalan seperti ada pameran aku mengambil keputusan untuk ke pameran itu sementara kakak lagi dating .

Lampu merah untuk kereta telah pun muncul di lampu isyarat dan lampu hijau untuk perjalan kaki pulak sudah muncul jugak .

Aku melangkah dengan laju baru selangkah tiba-tiba sebuah motosikal meluncur laju dengan beberapa motosikal lagi . 

Aku terjatuh tersungkur dilantai jalan demi mengelakkan diri daripada motosikal biadap itu . Erh tak guna .

Lenganku calar , lutut ku luka . Arggh siap saja kalau aku jumpa siapa pemilik motosikal itu . Erh memang jadi musuh aku ! 

Bersambung~ 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 29, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Diary Where stories live. Discover now