2. Mangkuk, abang contoh dan aku yang lambat

11 0 0
                                    

"Hai, nama saya Imran."

"Hmm...hmm...hmm..."

"Ya, dulu saya tinggal kat Kuala Lumpur. Terpaksa pindah sini sebab kerja ibu bapa."

"Hmm...hmm...hmm..."

"Makanan kegemaran saya ialah Tomyam. Air pulak air milo ais."

"Hmm...hmm...hmm..."

Bising betul mamat ni. Dari tadi dok "hmm...hmm" ikut rentak lagu omputih kat radio tu. Kalau tak tau lirik tu diamlah. Aku tengah praktis ni. Sabar Im, sabar.

"Status saya sekarang? Oh, saya masih single."

"Hmm...hmm...hmm..."

"Hoi diam lah mangkuk!" Aku tidak dapat menahan marah aku lagi. Aku hayunkan tangan aku ke arah badannya. Cadangnya nak acah-acah pukul je. Sekali terkena pulak kat tangan dia yang tengah pegang stereng. Apa lagi, stereng tu pun tertolak lah ke kanan menyebabkan kereta hilang kawalan dan masuk ke lorong kanan.

"Hati-hati!" Aku jerit. Memandangkan ini jalan dua lorong, sebuah kereta sedang memecut laju sedia untuk berlanggar dengan kami. Sepantas kilat Abang Izat memusingkan stereng kembali ke arah kiri. Kereta kami kembali ke lorong kiri. Kereta yang memecut tadi memberikan hon tanpa henti apabila melepasi kami.

"Hoi, kau dah puas hidup ke? Baru enam belas tahun kau hidup dah puas pastu nak merasa alam lain? Hah? Aku belum puas lagi, ada anak bini nak jaga! Jadi jangan heret aku sekali!" Abang Izat menengking aku.

"Sorry." Well, aku pun sedar yang itu salah aku so I sincerely mintak maaf.

Jantung aku tak henti lagi berdegup laju. Gila kot tadi. Kalau Abang Izat tak mengelak tadi confirm berlanggar. Tak pasal-pasal masuk paper front page.

"That won't happen in the first place if you stop humming." Aku protes dengan suara kecil. Rasa bersalah masih belum hilang lagi dalam hati ni.

"So it's my fault now? Kau tahu tak kau distract aku dengan praktis kau tu?"

And the fricking loud radio don't? "Okay, sorry."

"Lagipun introduction kau tu pelik. Who the hell cares about you being single?"

"Girls, obviously." I don't swing that way after all.

"Pfft. Girls? Tadi kat rumah tak sempat cermin muka tu eh?"

"Diamlah!" Aku sendiri tak boleh cakap apa-apa. Aku memang tak berapa hensem pun. There, I admit it. I do think I'm average though. Tadi tu, aku saja je praktis. Of course aku tak akan cakap betul-betul nanti. In fact, aku rasa apa yang aku praktis ni semua lesap nanti. Nervous punya pasal.

"Lagi satu, kau seriously akan guna 'saya'? Skema giler hahaha." Ketawa jahat dia keluar.

Damn, betul juga apa mangkuk ni cakap. Bila aku praktis automatik je terguna perkataan saya. Eee geli pulak nak cakap 'awak saya' dengan lelaki. Kalau dengan aweks takpe gak. Hehe.

"Menyibuklah kau. Aku tak minta pendapat kau pun." Actually pendapat dia tadi bernas dan cemerlang. Saja aku nak sakitkan hati dia.

Tiba-tiba dia pandang ke arah aku (kereta berhenti tengah tunggu traffic light). Then, lagi menambah pelik aku dia senyum. "Aku cuma nasihatkan je. Tak nak terima lantaklah"

Dah senget agaknya mamat ni. Aku sakitkan hati dia tapi dia cool je, siap senyum kat aku. Dia sambung humming balik ikut lagu omputeh kat radio but still kekalkan senyuman dia tadi.

"What's with the creepy smile?" Aku dah seram sejuk tengok dia senyum.

"Takde apa-apa. Just want to send you off with a smile as big as my heart."

"Ok?" Aku kembali praktis. Otak aku sekarang sibuk dengan hal sekolah baru so tak boleh proses why he act like that.

Lepas lima minit, kami sampai ke sekolah. Kawasan sekolah yang sepatutnya sibuk dengan kereta ibu bapa kini lengang. Aku ada cakap yang kalau aku lambat pun takpe tapi tengok dah lengang camni, aduh...seram nih. Kena marah nanti camne.

"Weh, habislah kau lambat. Dah takde orang weh." Thank you for the unnecessary comment dude. Aku boleh nampak jelas.

Aku capai beg aku kat seat belakang then pegang pintu ready nak keluar tapi aku berhenti. "Fail! Fail yang aku letak atas meja tu! Aku bawak ke tak eh?" Fail tu ada dokumen-dokumen yang diperlukan pihak sekolah since this is my first day. Kalau tak bawak nanti diorang halau aku camne? Okay, aku serious tengah takut sekarang.

Aku nak buka zip beg untuk check tapi Abang Izat terus bersuara. "It's okay, aku dah tolong masukkan tadi. Man, it feels good to do nice thing."

Aku tak terkata. Aku betul-betul rasa diselamatkan daripada malapetaka waktu tu. Rasa cam nak nangis pun ada. Terharu kot. Selama ni aku asyik sakitkan hati dia (well dia pun balas balik sakitkan hati aku), tapi hari ni dialah penyelamat aku.

"For the first time, you're being useful." Aku senyum control macho walaupun rasa terharu giler sekarang.

"Tak guna! Sempat kau kutuk aku!"

Aku tiada masa lagi. Aku buka pintu dan sedia untuk berjalan.

"Im!" Aku berpaling. Abang Izat senyum dan menunjukkan ibu jari. "Enjoy your first day kat sekolah baru!"

"Okay!" Aku balas dengan menunjukkan ibu jari aku kemudian terus berjalan. Untuk kali pertama dalam hidup, aku tahu rasanya ada seorang abang.

Aku berjalan memasuki pintu pagar sekolah dan melalui susur gajah. Jarak susur gajah antara pagar hadapan dengan bangunan sekolah agak jauh. Aku mengeluh memikirkan inilah jarak yang aku terpaksa lalui hari-hari mendatang.

Setelah berjalan sekian lama, aku masih tidak nampak sesiapa. Bimbang aku. So, aku start slow jog, then aku jog. Masih tiada bayang sesiapa.

Dari jauh aku nampak bayangan seorang budak perempuan. Fuhh, nasib baik! Aku ingat aku lambat giler tadi. Aku terus berlari so aku boleh join dia. Kita sama-sama lewat lah cik adik. She is running too but not so fast. Mendekati dia, aku nampak muka dia sangat terseksa sebab kena marathon pagi-pagi ni. Nafas dia pun dah tak betul. Aku boleh potong dia senang-senang je tapi kesian pulak. Maybe, I should slow dow-

"Cepat sikit!" Oh no! Ada pengawas jagalah. Sorry girl, aku terpaksa tinggalkan kau. Aku membuka langkah bersedia untuk memecut seperti pelari sukan olimpik. Pengawas-pengawas yang sedang tunggu di hadapan bagaikan sedang bersorak untuk aku. Aku membesarkan lagi langkah bersedia untuk pecutan akhir. Tanpa belas kasihan aku meninggalkan pelari di belakang (haha tak aci kan lawan dengan perempuan).

Ktak!

Bunyi benda jatuh! Aku dapat rasa ia jatuh dari beg aku so it must be mine. Dari bunyi yang aku dengar, ia bukan benda yang besar dan dengar macam bunyi...kotak? Aku terus berhenti dan pusing untuk lihat apakah barang yang jatuh itu.

Sempat aku meraba beg aku semasa pusing. Hmm...zip poket belakang terbuka. Nak cepat tadi aku langsung tak check. Dah aku syok lari macam peserta olimpik tadi, tak hairanlah kalau benda tu jatuh. So, aku fokuskan pandangan ke arah benda tu.

Mata aku terbeliak bila memandang benda tu. Jantung aku rasa macam terhenti seketika. Peluh dingin jatuh mencurah.

It all makes sense now. Kenapa mood dia baik semacam je pagi tadi. Siap humming lagi. Kenapa dia bother bagi advice kat aku? Kenapa dia yang perangai macam setan boleh jadi macam abang contoh tadi? Persoalan ni semua ada dalam kepala aku cuma aku ketepikan sekejap to focus on my first day. Tapi sekarang ni semua dah terjawab.

Benda yang terjatuh tu ialah kotak kecil. Warna merah. Saiznya lebih kecil daripada handphone. Atas dia boleh buka. Benda tu ialah...

Kotak rokok.

Cara survive sekolah baruWhere stories live. Discover now