Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"ALRIGHT GUYS, kelas kita sampai sini saja. Dan, ingat awak-awak semua kena hantar Ledger assignment yang saya bagi tadi. Saya tak nak ada orang malas nak buat assignment saya. See you all again."
"Thanks miss."Semua orang berdiri sama-sama mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang baru saja menamatkan sesi kelas accounting tadi.
Nur menyimpan semua barang-barangnya ke dalam Tote bag dengan tergesa-gesa. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Har kemungkinan sudah lama menunggu di tempat parkir.
"Hai." Satu suara garau tiba-tiba menyapa ke gegendang telinga membuatkan gadis itu menoleh sekilas.
"Hai Reza. Awak belum balik lagi ke? Tunggu siapa?"
"Tunggu awak. Banyak barang tak?"
Nur membelek barang-barangnya sendiri. Terlakar kerutan di dahinya.
"Tak. Beg dengan botol air saja. Kenapa?"
"Tak ada. Kalau banyak, saya boleh hantar awak balik. Awak free habis kelas ni?"
"Tak apa. Ada orang jemput saya. Saya busy sikit sebab nak siapkan assignment ni tadi. Awak tau kan yang saya tak suka tangguhkan apa-apa kerja? Awak pun suka cedok jawapan saya kan?" Soal Nur dengan senyuman.
Mendengar soalan Nur, Reza terus tergaru kepala sendiri. Rasa malu menghempap diri kerana selalu mengharapkan jawapan daripada budak dekan setiap semester itu.
"Nur, saya nak cakap sesuatu dengan awak. Tapi, tolong kali ni jangan mengelak diri daripada saya." Reza bersuara perlahan setelah Nur hendak mengorak langkah daripada situ.
"Apa dia Reza? Saya bukan nak mengelak dari awak. Tapi, awak kena tahu apa yang terjadi dekat saya dua bulan yang lalu. Sherina perempuan kelas HR tu hampir nak serang saya sebab awak suka dekat dengan saya."
"Saya dah tak ada apa-apa hubungan lagi dengan dia. Dia dah bawa haluan dia sendiri."
"Macam ni lah Reza. Saya tak pernah anggap awak lebih daripada seorang kawan. Malah, saya anggap awak seperti abang saya sendiri sebab awak lebih tua dari saya. Tolong Reza. Dekat kolej ni ramai lagi perempuan-perempuan yang tergilakan awak."
"Semua tu tak penting. Saya hanya pandang awak seorang. Saya akan berubah kalau awak sudi..."
"Reza.. " Pangkah Nur setelah Reza hendak meneruskan ayatnya.
"Reza, saya tak nak bincang benda ni dekat sini. Saya dah muak sebab asyik cakap benda ni. Perasaan tu tak boleh dipaksa Reza. Awak kena cari kebahagian awak sendiri."