bab 16

243 17 0
                                    

Pov syam
"Syam...?" Panggilnya lagi dengan nada rendah. Dia ternampak sebuah buku yang terbuka berhampiran dengan aku. Dia berdiri sebelah aku dan mula membaca satu per satu.

"Oh tuhan! Andai ini adalah kifarahku, aku redha dengan kehendakMu..
Andai dia tak mahu terima aku sebagai sahabatnya, janganlah kau pisahkan aku untuk melihatnya..
Andai memang suratan takdir aku berpisah dengannya, gantikan pada dia orang yang lebih layak untuk menemaninya..
Dan andai sukar untuk ia memaafkan aku, bukakanlah hatinya untuk maafkan aku...,
Walaupun ia tak mahu menganggapku sebagai sahabatnya lagi.....aku pasrah!"

Amir melafazkan setiap bait kata kata dari diari ku. Aku lupa untuk menyimpannya seketika tadi. Sambil dia baca, air mataku mengalir membasahi permuakaan meja.

"Syam...? Bangun laaa..." Pintanya pula dengan sebak. Aku masih beku. Konon konon tidur mati.

"S-syaam...bangun laaa..." Rengek amir lagi sambil menggoyang goyangkan badanku supaya aku bangun.

Tiba tiba, dia memeluk aku dari kananku. Entah kenapa, 'dia buat apa nih? Ko bukan benci aku ke tapi napa kau buat aku macam ni?'getusku. Pelukan dia makin ketat. Aku seperti tak dapat bernafas. Dia mula teresak esak.

"Weyy..." Panggilnya meleret. "Kau tak salah....ak-aku mintak maaf...weyy bangunlaaa....." Dia merayu rayu. Akhirnya aku mengalah dan bangkit. Dia melepaskan pelukan itu dan terus melutut di tepiku.

"Syam! Aku mintak maaf sebab tak bagi kau peluang.... Patutnye aku dengar penjelasan kau haritu. Kalau aku tak keras kepala mesti takkan jadi macam ni!" Amir tersedu sedu. Dia tertunduk kemudian meraih tgnku.

"Kau tak salah syam! Aku yang salah! Fitri dah citer semuanya...tapi aku je bodoh! Ego! Syam...." Dia memanggil ku. "Ye..?"

"Aku mintak maaf... Kau maafkan aku tak?" Soalnya dengan muka yang sangat mengharap. Tangisannya dah berhenti kecuali matanya yang sembab.

"Tak.." jawap ku datar dengan muka takda perasaan. "Huh?" Soalnya tak paham.

Aku tersenyum dan menariknya ke dalam dakapanku. "Kau tak salah pun mir... Dah lah... Aku rindu sahabat aku yang lama...mana dia ni? Yang slalu ceria...cekal..tak nangis.. dah..dah..kau nangis buruk.." pujukku dalam dakapanku.

Pelukan dia makin kuat. Bunyi hingus yang di sedut masuk turut memecah kesunyian dalam kelas itu yang hanya ada kami dan fitri di tempat duduknya. Bahuku terasa basah...'mende la basah ni? Air mata kee hingus???? Euwwww!' getusku.

Tak kesah lah. Asalkan aku dah dapat balik sahabat aku balik. Aku rindu dia..
Aku meleraikan pelukan. Dah macam apa je kami peluk peluk..kang orang kata pasangan pulok... Kahkahkah!

Aku memandang ke arah fitri tapi dia moody. Dia seperti ketiduran. Anyway, thanks lot fitri!

_________________________

Pov fitri

"Harini cikgu asmaliana tak dapat hadir, jadi saya akan ganti dia." Ucapnya.

"Kenapa tak hadir cikgu?" Soal adam.

"Dia dimasukkan ke wad kecemasan pagi tadi. Zon merah tak silap saya." jelasnya membuatkan aku terlepas goodie beg yang berisi buku ketika aku baru melangkah masuk sempadan pintu kelas. Mataku memanas. Entah kenapa, hatiku sayu. Aku mengambil begku semula dan beredar ketempat duduk. Amir melihatku duduk berjauhan darinya menyebabkan wajahnya berubah pada tak ceria.

"Hahh! Wad..apa pasal?" Adam dan seisi kelas berminat untuk tahu.

"Saya pun tak pasti lah. Dengar citer dia ada barah.." semua melopong terkejut. Aku beku...'kenapa perlu aku fikirkan pasal perempuan tu? Dia tak penting bagi aku! Aku bukan darah daging dia kan?!!' aku termenung jauh. Aku rasa diri aku kosong..

Sahabat? [COMPLETE]Where stories live. Discover now