bab 17

212 19 0
                                    

Pov fitri

Aku menghampiri bilik itu. Dokter kata keadaan nya stabil buat masa ni. Jadi kami dibenarkan utk melawat. Pintu bilik tu ditolak perlahan. Terlihat sekujur badan sedang berehat.

Aku difahamkan dia menghidap barah paru paru dan ketumbuhan baru di bahagian otak. Dalam situasi ni aku tak tahu nak kata. Puas hatikah? Atau menyesal? Aku mendekati dia. Ibu dan ayah di belakangku hanya membontoti aku. Aku duduk di bangku yg disediakn. Kuraih tangannya dan kuusap ubun ubunnya.

Keegoanku musnah. Jujur aku rindu mama.
"Ampunkan Lia ma...lia banyak dosa...sakitkan hati mama...benci mama...tak ngaku mama ni mama lia..." matanya perlahan lahan dicelikkan.

"L-lia tak salah...ni semua salah mama..mama yang patut minta maaf.."ucapnya sambil merembeskan air mata keinsafan.

"Dah la maa..yg dulu kita abaikan..lia dh maafkan dah.. mama please jangan tinggalkan lia.."aku makin sebak. Bantal mama dah basah dek air mata.

"Mama tak janji sayang...andai pengakhir hidup mama begini mama terima. Lia kena kuat. Andai mama takde, lia jagakan ibu ye.." genggamannya mkin erat. Aku kehabisan kata kata. Barah paru paru nya dah tahap 4. Peratusan utk hidup sgtlah tipis.

"Tapi mama tak maafkan lia lagii" aku menangis. "Aihh...kan mama dh kata Lia tak salah. Lia jadi mcm tu sebab salah mama sendiri."pujuknya. Dia sanggup meletakkan kesalahanku padanya. Sedikit pun dia tak terasa ke?

"Liaa..mama nak cakap dengan ibu ngn ayah jap. " Aku faham maknanya. Aku mengatur langkah keluar sambil mencium ubun ubunnya. Aku duduk di ruang menunggu di luar. Terima kasih amir! Degdegdeg!
______________________
Pov rohana

"Abang...saya mintak maaf. Sebab abaikn tanggungjawab saya. Saya kesal..hikss.." luah si asmaliana pada bekas suami nya.

"Saya maafkan...dah la tak perlu salahkan diri awak lagi.." ujar si Syu'ib.

"Hanaa... Maafkan akak ye..akak bnyk silap kat hana.." hatiku rasa sayu bila mendengar rayuannya. Walaupun dulu hatiku sakit bila dia tak endahkan fitri. Tapi skarang dia dh banyak berubah.

"Hana dh maafkan akak dah..akakk... Skarang ni akak kena kuat. Kami akan bagi sokongan kat akak." Aku cuba memberi semangat.

"Hana..."

"Ye?"

"Izinkan akak nak jaga Lia beberapa hari. Akak teringin nak jaga lia.."dia memandang ku penuh harapan.

"Boleh..."aku akur dn beri senyuman ku. Dia tampak gembira mendengar nya.

_______________
Dokter membenarkan asmaliana utk pulang seketika smbil mnunggu rawatan seterusnya. Aku mminta lia utk tinggal brsama kak as @ jaga kak as sementara waktu memandangkan skarang dah mula cuti penggal kedua.

Lia setuju tak membantah. Dia juga gembira dgn perubahan pd mamanya. Dia nak jaga mamanya sementara waktu. Katanya nak tebus silapnya dulu.

Agak sepi juga bila lia takde kat rumah ni. Harap semuanya baik baik aja kat sana. Aamiin!

_____________________
Pov fitri

Ini adalah hari pertamaku di rumah mama dimana hari pertama ku utk berbakti pada dia. Aku memapah nya masuk ke dalam rumah dan di letakkan di atas sofa.

"Mama, bilik air mana?"

"Kat belakang.. Kalau taknak pakai kat belakang punya, bilik air mama kat atas pun boleh guna." Terangnya. Aku biarkan dia berehat sementara aku pergi mmbuang hajat kecik. Kemudian aku pergi ke dapurnya. Buka peti ais. Kabinet kabinet. Semua aku teroka.

Aku memasak bubur ayam. Setelah siap aku hidangkan pada mama. "Nah mama, rasa. Ibu sakit dulu pun lia masak bubur ni.." aku menyuap dan dia tak menolak. "Sedap anak mama masak..boleh nikah dah ni.." pujinya smpai merah mukaku, mungkin.

"Mama tengok, amir tu sepadan dengan lia." Aku beku. Muka mula panas sebab malu. Degdegdeg! Arghhh! Nak meledak jantung aku..

"Mama berkenan dengan dia tu. Lia suka dia kan?" Soalnya membuat aku salah laku.

"Aa...mm..mana ada..." Gagap. Mama sengih usik. "Mana ada la mama...lagi punn...diaa..." Aku berhenti berbicara pabila mengenangkan sarah.

"Dia apa?" Soal mama. "Dia ada orang suka dah. Sahabat lia pulak tu. Lagipun amir belum tentu suka lia. Dia sahabat je." Mama membelai pipi aku.

"Sokay.. andai amir bukan orang nya, mama doakan lia dapat lelaki sebaik papa. Bagi mama, amir tu baik macam papa. Penyayang." Tiba tiba aku terkenang peristiwa dia pegang tanganku masa aku sedar dari koma. Dupdupdup! Dia suka aku ke? Tapi apa aku harus buat sedangkan sarah suka dia.

Bubur ayam dah dihabiskan mama. Dia gembira dapat rasa air tangan anaknya.

Drtt drttt!

Mesej kat wasap.

Sarah: salam...
Sarah: hui... Pekaba?
You: wasalam.. sehat. Napa?
Sarah: wey..😭😭 napa amir tak layan aku? Aku mesej dia tak reply udahnya dia blok aku.
You: yeke?
Sarah: ya... Wey tolong laa aku beb.. dah la hensem..aku suka gile dia dohh ..tapii...dia rijek aku... Uhukuhuk 😥😭😭.

Walaupun berat utk tolong, demi sarah aku lepaskan amir.

You: rilek la.. aku tolong.
Sarah: betul ka??😱
You: iyee... Demi kau..kau sahabat aku. k lah aku cau..salam.
Sarah: wasalam.

Tanpa ku sedari air mataku mengalir. 'aku sedih? But why? Aku takde perasaan kat amir lahh!' aku bermonolog dalaman.

Azan Isyak tlah dilaungkan. Aku menjadi imam kepada ibuku mengikut cara wanita.
Walaupun keadaan mama adalah kritikal, dia tetap solat berdiri. Aku kagum kerana dia masih bertahan.

Seusai solat dn doa, tanpa melepaskan telekung kami lepak atas katil mama. Aku bersandar di kepala katil manakala mama melabuhkan kepalanya di ribaku.

Kami berborak semahu mahunya hingga dua pagi. Kami masih bertelekung. Mataku mula berat. Tanpa kusedari, mataku mulai perlahan lahan tertutup.

"Mama sayang lia.. laa ilaa ha illallah.." itulah kalimat akhir yg sempat ku dengar seakan akan aku sedang bermimpi.

Seorang perempuan datang memelukku. Bajunya putih bersinar sinar. Wajahnya seperti aku kenal. Tapi siapa?

"Selamat tinggal. Assalamualaikum..Lia.." mulut wanita itu tidak mengucapkannya tapi bisikan itu seperti dari hati ke hati.

Wanita itu menghilang dibalik cahaya yg terang benderang. Kepergian wanita itu amat memilukan aku. Aku seperti keseorangan lagi. Semuanya kosong.

Zupp!

Aku tersentak dri lena. Dahiku berpeluh peluh. Jam dinding menunjukkan pukul tiga Lima minit pagi. Aku lihat mama yang tertidur di ribaku. Kakiku mula kebas.

"Mama...bangun maa..kita solat sunat tahajjud. Kalau mama taknak mama buka telekung." Gerakku tapi ia tak endahkan. Hatiku rasa semacam. 'jgn kata...' aku mula berderau.

"Mama...bangun maa... Bangun laa..." Aku mula takut. Mama masih kaku. Ku rasa badannya amatlah sejuk. Kuraih tangannya dan periksa nadi. Tiada denyutan.

Aku macam tak percaya..ni mimpi je kan?
"Mama...mama...bangun la mama...jom la kita solat...mama..mama..." Aku terus menggeraknya walaupun dia dh tiada. Aku tak boleh terima! Baru sehari aku meluangkan masa aku dengn dia. Aku menangis lagi. Badannya aku peluk..peluk semahu mahunya. Ku kucup dahi dan kedua belah pipinya.

Fon ku dicapai dan ku dail nombor ibu.
____________________

So far hokay dok?..till next, our climax will begin... Thanks 4 those who have read this. Please vote..😁 n jgn lupa baca my first story, cinta atau dosa+ vote skali..😉

Sahabat? [COMPLETE]Where stories live. Discover now