5'

59 8 12
                                    

" bagi je, tapi aku bagitahu orang yang aku jaga ni kawan adik aku. Nanti mak aku nak datang melawat kau, kalau dia tanya pasal kawan aku tu, cakap nama dia Soo Tae Hyung "

Aku teringat kembali apa yang diperkatakan oleh yoongi tadi. Betul ke apa yang dia cakap tu? Ke aku yang salah dengar. Aku memintal kain selimut hospital. Masih keliru dengan kata² yoongi.

Pintu diketuk lantas dikuak oleh seorang doktor dan dua jururawat.

"Hi Dr.Daniel " kataku. Dr. Daniel hanya tersenyum dan mengambil sebatang jarum untuk dicucuk kepadaku.

"Okay, ni ubat antibiotik untuk kamu, jadi tahan sikit la ya, mungkin sakit sikit." Terang Dr. Daniel. Aku mengangguk . Aku memang jenis tak takut dengan jarum, taklah macam taehyung yang takut dengan jarum. Dari kecik lagi haih. Jarum yang dipegang Dr. Daniel akhirnya dicucuk ke lengan aku. Tidak sangka pulak akan sakit macam ni. Air mata aku menitik tak semena-mena. Aku juga terkejut. Ini pertama kali aku menangis disebabkan oleh jarum.

"Eh Hana, sakit sangat ke?" Tanya Dr. Daniel.

"Eh tak sakit lah, tiba² aje keluar air mata ni hehe" aku menipu Dr. Daniel. Dia hanya tersenyum. Selepas itu dia meletakkan kapas untuk menghilangkan sedikit darah yang keluar daripada lenganku. Jururawat yang berada di tepi katilku menolong Dr. Daniel dengan mengambil jarum yang dicucuk tadi.

"Tit tit"

Telefon aku berbunyi menandakan mesej masuk. Aku mengambilnya dan membuka aplikasi whatsapp.

✧°

The Diva's 🌙🔥

rosémok ; weyh hana aku ngan jennie nak pergi lawat kau nanti, dalam pukul 5 petang centu, tau?

→Jennie ; ha ah, kitaorang dah plan lama dah benda nie, tapi banyak sangat la kerja, sorry eh, tapi kitaorang janji nanti datang lawat kau

+ ; Ouh okay, tapi yang pasti banyak gila benda yang aku nak story nanti ")

→ rosémok ; okay set┌(˘⌣˘)ʃ

→ jennie ; eh gendut jangan lupa amik aku nanti kat rumah, kalau tak aku tarik balik kata² aku nak belanja kau latte -O-

→ rosémok ; ei kau ni dah lama hidup agaknya, bagi kang penampar ni ha, ye nanti aku ambik kau kat rumah, puas hati?

✧°⤴

Aku menutup telefon aku. Tak kuasa nak tengok diaorang gaduh. Ni dua jebon ni kalau jumpa aje gaduh. Ntah la, sebab jennie ni tak matang, so kalau ada gaduh tu ha, jennie yang mulakan dulu. Nak gelak pun ada, nak nangis pun ada. Entah bila nak matang. Asyik gaduh je. Aku tersenyum kambing apabila teringat telatah mereka berdua.

Jururawat dan Dr. Daniel telah pergi dahulu meninggalkan aku ketika aku bermain telefon. Mungkin tiada apa² yang serius kot. Sebab Doktor takde bagitahu something pulak. Haih, tak sabar nak balik rumah, nak baring atas katil, nak main PSP , nak pergi sekolah, rindu semua tu ! Baru dua hari duduk kat hospital, tapi rasa macam sebulan , merana weyh !

"Bosannyaaaaaaa!" Aku menjerit perlahan. Aku bangun dari katilku dan meregangkan sedikit badanku. Aku berjalan menuju ke cermin tingkap di sisi bilik. Ramai pesakit yang bersiar-siar di taman hospital di waktu pagi, mungkin ingin menghirup udara segar pada waktu pagi. Kebanyakannya warga tua yang berada di situ mengambil angin. Aku memandang sekilas lelaki yang berjalan masuk ke dalam hospital bersama wanita tua, dalam umur 50-an macam tu? Aku menilik wajah lelaki tersebut.

"Ahh yoongi" gumamku. Patutla semacam aje, macam anak orang kaya ada jugak dia ni.

"Nanti mak aku nak datang melawat kau"

LUCK [ SLOW UPDATES ]Where stories live. Discover now