8'

78 11 10
                                    

aku mengemaskan alat tulis yang bersepah di atas meja. masa persekolahan juga hampir tamat beberapa minit lagi. semua pelajar didalam kelasku melakukan perkara yang sama sepertiku. aku lantas mengzipkan beg dan menggalasnya.

aku memandang rosé yang sedang termenung sendirian. dia juga menulis sesuatu di dalam bukunya. mungkin buku diari.

haih rosé ni, biar betul.

FLASHBACK

"korang. tolong aku." aku dan jennie memandang rosé yang masih tercungap-cungap memegang dadanya.

"kau apahal ni" jennie berbicara. kami berdua memandang sesama sendiri. muncul syak wasangka terhadap rosé yang masih lagi tidak berkata apa² selepas ditanya oleh jennie sebentar tadi.

"m-mak aku, kena pukul pagi tadi" kelihatan cecair panas keluar daripada matanya. semakin lama cecair tersebut semakin deras mengalir. aku seperti tidak percaya. rosé menangis?

" okay², tenangkan diri kau dulu eh, lepastu cerita apa yang berlaku" aku menenangkan rosé yang teresak-esak menangis. bola matanya juga kelihatan merah sekali. aku mengusap lembut belakang badan rosé. jennie juga memberi tisu kepadanya.

"m-masa tu a-aku tengah mandi, nak bersiap pergi sekolah. tiba² aku dengar ada orang ketuk pintu kuat². aku terus cepat²kan mandi, aku keluar bilik lepastu aku nampak ada 2 orang lelaki tengah pukul mak aku" rosé bercerita.

tisu yang diberi oleh jennie sekarang telah diserap sepenuhnya dengan air mata rosé. jennie juga kelihatan muram barangkali.
Pn.Lee memasuki kelas dan semuanya kembali redha seperti biasa.

aku tidak boleh fokus terhadap pembelajaran sekarang ini. sedang asyik memikirkan perihal rosé tadi. kenapa mak dia kena pukul? sebab apa kena pukul eh? mungkin sebabtu dia ajak aku dengan jennie keluar lepas sekolah?
bertubi-tubi soalan yang diajukan dari otakku.

lamunanku terhenti setelah loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula.

" korang jom la rehat, nanti terlepas pulak cheese cake kau" aku berkata kepada rosé. nampaknya rosé hanya mengendahkan kata² aku. jennie yang sudah berdiri di pintu kelas melambaikan tangannya kepadaku. aku berjalan ke arah jennie.

"kita pujuk dia jom" jennie memberi cadangan. aku dan jennie bergerak mendekati meja rosé.

"okay kita pergi kantin dulu, baru cerita masalah kau okay? tadi kan tak habis cerita" kata jennie. rosé memandang kami berdua. dia menganggukkan kepalanya dan kami bersama-sama berjalan menuju ke kantin.

setelah sampai ke kantin, kami duduk di meja yang berdekatan dengan meja pelajar lelaki memandangkan kami sampai lewat .jika tidak, kami akan rehat di meja yang berada dihadapan sekali.

aku membeli satu donut oreo dan susu. jennie pula sedang beratur untuk membeli makanan. rosé yang duduk dihadapan aku sedang mengopek kentang yang masih panas dan tidak dilupakan juga cheese cake yang menjadi kegemarannya sejak bersekolah disini.

" sebenarnya mak aku berhutang" rosé berkata. aku yang ingin menghirup susu berhenti. aku membuntangkan mataku.

" seriously? " rosé hanya senyap, tidak mengeluarkan sebarang perkataan. patutla kena pukul, mungkin mak rosé tak langsaikan hutang lepastu kena pukul dengan konco² ah long. bentak hatiku.

jennie duduk bersebelahanku dengan tiga roti caramel di tangan. jennie mencuit tanganku. dia mendekatkan mulutnya di telinga dan berbisik.

"dia ada bagitahu something ke?" jennie bersuara halus. aku memandang rosé yang sedang berdiam diri dan hanya memfokuskan dirinya terhadap makanan yang dibelinya tadi.aku mengangguk dengan pertanyaan jennie.

LUCK [ SLOW UPDATES ]Where stories live. Discover now