BAB 1

78 6 2
                                    

        "Hei , Farah. Jom, rehat sama!" , ajak Sara Humaira, BFF kepada Farah Ilyana.

        Farah yang sedang leka membuat kerja sekolahnya, menoleh ke arah Sara sambil berkata  " Okey, jom!" . Mereka pun berlalu pergi. Sampai sahaja di kantin, mereka membeli makanan, duduk lalu menjamu selera.

       Selesai sahaja makan, mereka berjalan beriringan menuju ke kelas. Dalam perjalanan ke kelas, mereka terserempak pula dengan 'sekumpulan gangster ni' atau  nama glamournya 'WOLF GANGS'.

         Sebaik sahaja mata Farah bertembung dengan mata milik ketua kumpulan itu iaitu Muhammad Haziq Daniel, hatinya mula membakar. Dia berasa sangat bengang dengan lelaki itu. Daniel, pada ketika itu, sedang makan sambil berjalan. Kalau diikutkan dalam peraturan sekolahnya, pelajar dilarang sama sekali makan sambil berjalan atau minum sambil berjalan.

         Farah sebagai pengawas sekolah, terus menjalankan tugasnya. Dia berjalan ke arah Daniel lalu berkata    "Ehem!!!Daniel. Dalam peraturan sekolah, dah kata yang pelajar dilarang makan sambil berjalan ". " Tahu! " , ujar Daniel. " Dah, kalau dah tahu kenapa buat jugak " .

       " Aku, kan!! "

       " Banyaklah kau!!Lepas sekolah nanti, jangan balik lagi. Kau pergi potong semak kat belakang kantin tu. Aku tengok dah macam hutan tempat tu " , ujar Farah.

        " Tak nak " , lalu dia beredar pergi.

        " Kau kene jugak pergi!!Aku akan tunggu kau dekat situ " .

                               ____________________________________

KRING!!!!KRING!!!!!

        Kedengaran loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah habis. Oleh itu, semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing - masing. Ketika itu , semua pelajar Kelas 3 Mutiara termasuk Farah dan Sara sedang diajar oleh Cikgu Dahlia iaitu Cikgu BM mereka .

       " Okey , semua pelajar. Waktu sekolah dah habis , kamu semua boleh pulang! " , ujar Cikgu Dahlia. "Semua bangun! Terima kasih, cikgu! " ujar ketua kelas 3 Mutiara , Amirul Danish . " Terima kasih, cikgu! " .

      "Sara, aku pergi dulu, eh! Ada hal sekejap! " , kata Farah dengan manisnya lau melambaikan tangannya kepada Sara. Sara hanya mengangguk sambil membalas lambaian kawanya itu  .

      Sampai sahaja Farah di belakang kantin sekolahnya, dia mula melilau mencari kelibat seorang pelajar lelaki yang sepatutnya berada di situ untuk memotong semak itu sebagai dendanya. " Mungkin dia lambat sikit kut sampai " , getus Farah . Haih!! Naif sungguh si Farah ni!

       Beberapa minit kemudian, Daniel masih belum muncul disitu. Farah melihat jam di tangannya. Sudah menunjukkan pukul 1:45 petang.

       Tiba - tiba , muncul kelibat seorang pelajar lelaki yang amat Farah kenali iaitu ketua kelasnya, Amirul Danish. " Hei, Farah! Apa kau buat kat sini, sorang - sorang!? " . " Aku tengah tunggu Daniel ni. Aku suruh dia datang sini, potong rumput ni sebagai dendanya. Tapi, dia tak muncul lagi " , jawab Farah. " Apa salah dia? " , soal Amirul lagi. " Makan sambil berdiri " . " Tapi, kan. Aku rasa, aku ada nampak dia naik basikal keluar pagar sekolah tadi dengan kawan -kawan dia " , ujar Amirul .

        " APA!!!! " , ujar Farah dengan nada amat terkejut .

        " Ha'ah ! Dia balik la tu kut " .
       
        " Ish!!!!!DANNIIIEEL!!!!!!!!!!! " , laung Farah.

        Tepancak senyuman sinis di bibir Daniel . " Hihihihi " .

___________________________________________________________________________________________

HI , GUYS ! Macam mana dengan BAB 1 ni ? Okey , tak ? Kalau tak best , sorrylah . Saya baru mula belajar ! Nanti BAB 2 , saya akan buat lebih baik . Dan sorry sebab BAB 1 pendek aje . Itu sahaja daripada saya .

       BYE !!!  :3

CAT Girl and WOLF BoyWhere stories live. Discover now