BAB 3

46 4 0
                                        

Farah memandang langit sambil menghirup udara yang segar. Ketika itu, matahari menyinar dengan terang sekali hingga dapat menyilaukan mata Farah, gadis comel serba tegas itu.

" Okey, murid-murid. Sekarang ini, kita akan bersenam dahulu sebelum membuat apa-apa aktiviti ", ujar Cikgu Kamal, selaku guru pendidikan jasmani kelas 3 Mutiara.

Farah melilau mencari kelibat kawan baiknya itu. " Ish!! Mananya Sara ni? ". Tiba-tiba, Farah terdengar suara halus yang memanggil namanya itu. " Farah...Farah... ". Meremang bulu gadis itu. Semakin lama, suara itu semakin kuat didengarinya. Sehingga.....

" Bwahh!! ".

" Oh kucing kau meletup!! ", nk tercabut jantung si gadis-kucing itu.

Lalu, dia memaling kepalanya ke arah suatu kelibat dibelakangnya iaitu kawan baiknya sendiri. " Sara, kenapa kau buat macam tu!? Terkejut aku!! Nasib baik kau tu kawan baik aku! Kalau orang lain tu tadi, silap-silap aku ter- 'smack down' terus dia. Biar dia tahu sikit motto aku ni iaitu 'You mess with the wrong girl!!' ", kata Farah dengan nada yang agak marah😡.

" Sabar.....sabar...! Sorrylah!! Aku nak bergurau saje ", ujar Sara.

" Huh!! Takpelah!! Dah jom kita bersenam " .

Beberapa minit kemudian.....

" Arghh!! " , keluh Farah diikuti dengan Sara. Mereka berdua sudah tidak punyai tenaga lagi untuk berlari. Tegas sungguh cikgu mereka memberi arahan untuk berlari sejauh 400m. " Tetapi arahan itu terpaksalah kena buat jugak sebab nanti takut kena denda pulak!! ", keluh Farah.

" Lembik ".

Kedengaran suatu suara seperti sindiran dari arah belakang. Lalu, Farah memaling untuk melihat empunya suara itu. Siapa lagi kalau bukan budak serigala , Daniel tu🐺. Farah bagaikan mahu meletup saje apabila mendengar sindiran itu lebih-lebih lagi orang yang kata itu ialah Daniel sendiri😾.

" Rasa nak lempang saje budak ni ", getus Farah dalam hati. " Sabar Farah!! Sabar!! ". Lalu, gadis itu menarik nafas sedalam-dalamnya dan kemudian melepaskannya pula. Dia memaling semula ke arah Daniel yang pada ketika itu sedang berjogging di sebelah Farah.

" Dengar sini, aku bukannya lembik. Tapi, ini dikira fitrah wanita. Mereka lebih kurang bertenaga berbanding lelaki. Tulah sebabnya kebanyakan lelaki suka bersukan. Kau tu pulak, tadi aku tak nampak pun kau berlari. Huh!! Ke kau ponteng!? Cikguuu- ", sebelum Farah sempat memanggil cikgu, dia sudah pun menutup mulut Farah dengan tangannya sendiri.

" Hoi, haramlah", getus Farah di hati.

Sara di tepinya terkejut melihat telatah spontan dari si Daniel ni. "Lelaki ni biar betul!! Tak tahu mana yang haram ke!? ". Farah dengan geramnya buat apa lagi kalau bukan gigit tangan si Daniel ni dengan kuat sekali. "Padan muka".

"Ouch!! Ish!!", dengus Daniel.

"Siap kau!!". Secara spontannya, Daniel mengejar Farah mengelilingi padang sekolah. "Dah macam pasangan sejoli pulak tengok dua orang ni main berkejaran", getus salah seorang pelajar sekelas Farah. Dan mulalah membawang antara pelajar-pelajar sekolah ni dan tercetuslah fitnah-fitnah yang sangat akan menjatuhkan status Farah sebagai pengawas sekolah yang penuh berdisiplin dan bertanggungjawab ni.

"Kasihan, Farah", getus Sara, rakan karib Farah yang sentiasa memahami isi hati kawannya itu.

"Sara.....Sara....". Kedengaran satu suara halus memanggil-manggil nama Sara. Lalu, dia memaling ke arah suara itu dan dari jauh dia ternampak sesuatu yang bersinar di celah-celah rumput yang berdekatan.

Setapak demi setapak dia melangkah ke arah objek yang besinar itu. Pada masa yang sama Farah yang dalam keadaan berpeluh setelah penat dikejar oleh Daniel, tercungap-cungap memanggil kawannya itu . Namun demikian, Sarah seperti terpukau dengan objek bersinar itu kerana tiada satu pun sahutan darinya. Apabila objek itu semakin kelihatan bentuknya , dia terus tersentak. Seseorang telah memegang tangannya dan orang itu tidak lain kalau bukan sahabat baiknya itu, Farah.

"Kau ni dah kenapa? Aku panggil kau berkali-kali tapi kau tak dengar pun. Kau okey ke tak!?" , ujar Farah dengan nada yang agak riasu. Mana tak dia risau kalau secara tiba-tiba , kawannya bergerak seoarang diri ke arah tembok penghujung sekolah yang menghala ke hutan. Apatah lagi bila kawannya itu tak menyahut panggilannya itu. Farah merasakan bahawa Sara sudah terpukau tetapi dia tidak tahu puncanya dari mana?

"Huh! Eh, Farah kenapa ni!? Kenapa kau nampak penat ni?", ujar Sara.

"Aik, dia ni tak ingat ke yang aku kena kejar dengan mamat Daniel tu!", getus Farah di hati.

"Argh! Takpelah, yang sekarang ni, kau!! Kau nak pergi mana ni sampai ke penghujung tembok ni!?" , ada nada kerisauan disebalik kata-kata Farah yang agak tinggi ini. " Huh! Apa yang kau merepek ni!?".

" Cuba kau tengok sekeliling kau!?".

Lalu, Sara melihat keadaan sekelilingnya dan ternyata dia memang berada di penghujung tembok. Beberapa langkah lagi dan dia sudah memasuki ke kawasan hutan. Kelihatan wajahnya agak hairan dan sekali lagi sesuatu bersinar menyilaukan matanya sewaktu dia memaling ke arah sebatang pokok besar. Satu bayangan memori terlintas di kepalanya menyebabkan dia mengetahui punca dia sampai ke sini.

Lalu, dia menceritakan segalanya kepada Farah dan terus menuju ke arah objek tersebut. Rupa-rupanya ia seutas rantai yang berloketkan sebuah epal berwarna merah keemasan. Patutlah ia bersinar. Cahaya matahari yang terik ketika itu terpantul dengan bentuk epal itu yang seperti kaca terus ke mata Sara.

"Wah, cantiknya! Mari aku tolong pakaikan", ujar Farah yang juga mengikuti Sara menuju ke arah objek itu.

"Kring! Kring!"

"Okey, murid-murid!! Waktu PJ sudah tamat. Kamu semua boleh balik semula ke kelas!", tegas suara cikgu memberi arahan😠. Apa yang cikgu tu tak puas hati dengan pelajar 3 Mutiara pun tak tahu kenapa?

Farah dan Sara dengan segera begerak ke kelas mereka. Tanpa mereka sedar suatu pasang mata memerhati mereka dari jauh. "Bersedialah dengan ujian yang paling besar wahai puteri-puteri Andalusia......Hahaha!!".
Pada masa yang sama, telinga Daniel yang sangat peka dapat menangkap kata-kata itu yang menyebabkan dia memberi satu jelingan tajam ke arah makhluk itu. Jelingan tajam yang membawa maksud  'One touch on her, you die'.

Apakah maksud itu?
Siapakah makhluk itu?
Siapa sebenarnya ketiga-tiga watak ini atau ada lagi watak lain yang membawa rahsia terbesar?
Adakah kisah ini sekadar novel cinta cliche antara kucing dan serigala atau sebaliknya!?
Ketahuilah kebenaranya dalam episode seterusnya!

______________________

Ciao dulu!! Adios!!

CAT Girl and WOLF BoyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang