'Farah.....Farah.....Tolong jaga anak saya'.
Itulah kata-kata terakhir daripada mulut ibu harimau itu sebelum terhempas ke rumput dengan darah bergelimpangan di sekelilingnya. Tiada satu perasaan yang dapat digambarkan oleh Farah pada ketika itu.
Takut...
Simpati....
Keliru.....
Namun, Farah tetap ikut anak-anak harimau itu berlari. Suasana pada ketika itu sungguh tegang dan memenatkan. Pokok-pokok di sekeliling amat tinggi dan besar membuatkan Farah sukar untuk berlari.
Kakinya sudah mula untuk tumbang namun dia tetap gagah mengharungi halangan itu. "Cepat, kak Farah!", ujar suatu suara yang halus.
Farah memandang harimau kecil itu dengan hati yang pilu. 'Kasihan, anak-anak harimau ini'. Semakin lama, semakin gelap langit. Matahari pula sudah terbenam digantikan oleh bulan mengambang yang dikelilingi dengan ratusan bintang.
Dari jauh, kelihatan sebuah gua besar dan gelap. Farah hanya turut sahaja anak-anak harimau itu masuk ke dalam gua itu walaupun di sudut hatinya timbul perasaan gentar. Keadaan di dalam gua itu bagaikan berada di rumah hantu.
————— ※ —————
Hoot....hoot....
Kedengaran bunyi seekor burung hantu bergema pada malam itu. Farah sedang menolong anak-anak harimau itu membina unggun api. Pada masa yang sama, seorang budak perempuan kecil yang kira-kira berumur 9 tahun menghulurkan sepinggan nasi bersama ikan.
Grumble....grr...
Perut sudah berbunyi. Farah dengan malu-malu menyuap santapan itu. Dengan seleranya, dia makan membuatkan anak-anak harimau itu senyum. Selesai sahaja makan, Farah dengan segera bertukar serious. Dia memandang ke arah seorang lelaki muda yang dari tadi menyandar pada dinding gua.
"Sekarang saya nak tahu, siapa awak ni semua? Apa yang jadi tadi? Siapa mereka itu?!! Huff..Huff...!", satu per satu soalan dilontarkan sampai tercungap-cungap Farah berucap.
"Sabar Kak Farah, bawa bertenang! Kami datang bukan untuk berperang atau bermusuh! Sebenarnya, kami adalah puak Katze dari dimensi Andalusia. Keturunan kucing liar di Sumatera dan merupakan harimau jadian!", ujar lelaki muda itu.
Apa! Puak Katze! Dimensi Andalusia! Harimau jadian!
Makin pening kepala Farah dibuatnya, memikirkan semula apa yang diterangkan oleh lelaki tersebut. Cerita ni biar betul! Dah macam Fairytale aje~😅.
"Betul tu kak Farah! Sekarang ni dimensi tu berlaku peperangan besar sesama puak! Huhuhu....Dah la kerajaan kami baru sahaja dilanda dengan bencana alam yang teruk sampai ekonomi negara turun dengan mendadak. Raja Gallahan, ketua puak kami pula sudah terlalu tua dan tak mampu nak mempertahankan kerajaan kami dengan lama!", terang budak perempuan kecil itu pula.
"Takkan anak-anak Raja Gallahan tak tolong sekali?", soal Farah dengan hairan.
Semua anak harimau serta lelaki muda itu memandang antara satu sama lain dengan riak wajah yang sayu.
Aik! Aku ada salah cakap ke?!
"Erm, Raja Gallahan hanya ada seorang anak perempuan. Kebanyakan putera dan puteri baginda telah mangkat waktu perang dunia I suatu ketika dahulu. Disebabkan itu, Raja Gallahan terpaksa menghantar puteri tersebut ke dimensi lain untuk keselamatan!".
YOU ARE READING
CAT Girl and WOLF Boy
RandomIa mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan bernama Farah Ilyana , seorang yang tegas tetapi juga seorang yang peramah dan baik hati . Dia dihormati oleh semua orang di sekolahnya kecuali seorang pelajar ini bernama Muhammad Haziq Daniel . Seti...