Hari ini seperti hari biasa...itu yang Farah jangka pada mulanya...tetapi suasana di sekelilingnya agak berbeza dari yang lain.
Langit masih berwarna biru muda dengan gumpalan-gumpalan awan, menutupi matahari yang bersinar dengan terang, satu-satunya punca bekalan manusia pada abad ini. Namun demikian, disebalik segumpalan awan itu terselitnya kegelapan awan yang akan merubah langit menjadi mendung.
Farah memandang langit dengan perasaan takjub akan keindahan ciptaan Allah itu menerusi tingkap kelasnya. Sehingga....
Baam!!
Kedengaran suatu dentuman kuat pada pintu kelas oleh seseorang. "Wei, korang!! Berita hangat!!". Begitu semangat sekali dia berucap. Apa yang hangat sangat berita tu? "Kita ada budak baru!!! Lelaki pulak tu!! Aku nampak dia tadi kat bilik pengetua. Dengarnya, dia dari Johor. Semak gileh doh!! Ahhh!", ujar gadis spek itu dengan rancaknya membuatkan pelajar-pelajar kelas 3 Mutiara itu terhibur kecuali Farah...sebab termenungje~ Tak tahulah apa yang difikirkannya?
"Farah, kau dengar tak ni!!?" , ujar Sara. "Hmm..dengar", sempoi sahaja Farah jawab.
"Haa...Apa yang kau dengar?".
"Uh..Erm..kelas kita bela budak baru, eh!", ujar Farah. 😑"Kawan aku ke ni!? Ayat tu betulkanlah sikit. Macam lain bunyinya, silap-silap orang tersalah faham nanti", kata Sara.
"Oh, salah! Dah tu kenapa kalau kita ada budak baru? Kau minat dia ke?",usik Farah😏. "Ish, kau ni!! Bukanlah cuma aku rasa hairan sikit. Tak tahulah kenapa", kelihatan wajah Sara agak risau." Hmm...aku pun rasa hari ini lain sikit. Ish, tak pelah. Jangan risau sangatlah, nanti cepat tua. Mungkin cuaca kot yang menyebabkan kita pikir banyak sangat! Tak perlu risaulah!!".
"Hmmm..kalau kau cakap macam tu, oklah", jawab Sara, sedikit mengeluh di hujung ayatnya.
Tak! Tak! Tak!
Kedengeran bunyi tapak kasut mendekati pintu kelas 3 Mutiara. "Cepat duduk kat tempat masing-masing, cikgu dah nak sampai!", ujar ketua kelas, Amirul.
"Assalammualaikum, murid-murid!".
"Waalaikumussalam, cikgu!".
"Sepertimana yang kamu semua sudah tahu berdasarkan gossip tu, kita ada pelajar baru yang akan bersama-sama belajar di kelas ini. Boleh perkenalkan diri dulu!", ujar guru kelas 3 Mutiara sambil mengalu-alukan pelajar baharu tersebut itu untuk memperkenalkan diri.
Pelajar tersebut melangkah ke dalam kelas. Sampai sahaja di tepi guru kelas, dia memberi senyuman yang amat manis cukup mencairkan hati para pelajar perempuan di situ.
" Assalammalaikum! Nama saya Nik Adrian Taufiq. Boleh panggil Adrian. Selamat berkenalan ".
Sejak Adrian melangkah masuk ke kelas itu, Farah berasa sangat gelisah seperti ada sesuatu aura kegelapan mengelilingi Adrian. Farah dapat merasakan Adrian asyik memerhatinya di tempat duduknya.
Pada masa yang sama, Daniel memerhati sahaja Adrian dengan perasaan benci. "Kenapa kau datang juga?", bisiknya di hati. Setiap kali Adrian memberi senyuman pada Daniel, Daniel membalas dengan pandangan tajam. Kelihatan seperti Adrian menikmati gelagat Daniel 😄 yang seperti seekor serigala tidak suka akan orang luar berkawan dengannya selain tuannya🐺.
————— ※ —————
"Mind if i join in?", soal Adrian.
Farah yang sedang seronok makan, melihat Adrian dengan perasaan curiga. "Kenapa tiba-tiba je ni?".
Sejak dia muncul, Adrian akan selalu mendekati Farah dan Sara. Setiap nak pergi makan atau ke library, Adrian mesti mahu ikut. So suspicios!!

ANDA SEDANG MEMBACA
CAT Girl and WOLF Boy
RandomIa mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan bernama Farah Ilyana , seorang yang tegas tetapi juga seorang yang peramah dan baik hati . Dia dihormati oleh semua orang di sekolahnya kecuali seorang pelajar ini bernama Muhammad Haziq Daniel . Seti...