Four in One 2
'Ottae? Kamu dan adik kamu dah sampai ke belum?' soal Encik Jung dalam talian. Yerin yang telefon. Sebelum bertolak Encik Jung ada pesan, kalau dah sampai korea tu telefon dulu.
"Hm kami baru je turun dari flight, sekarang tengah tunggu teksi untuk pergi ke hotel ni" balas Yerin. Mereka baru je turun dari kapal terbang.
'Ohh bagus², pergilah ke hotel dan rehat dulu ye. Tapi kalau ada masalah apa² bagitau appa tau' pesan Encik Jung.
"Baiklah appa" balas Yerin sambil tersenyum. Lalu dia pun mematikan talian dan menyimpan telefonnya dalam beg sandang "Eunha-ya, kajja"
Eunha pun mengangguk. Mereka berdua menyeret bagasi masing² dan berjalan keluar dari airport untuk naik teksi ke hotel tempat penghinapan mereka nanti.
🌸🌸🌸🌸
Selepas beberapa minit tunggu diluar airport, mereka akhirnya berjaya dapatkan teksi, mereka pun terus bertolak ke hotel yang mereka dah tempat awal sebelum datang sini.
"Chogio.." sapa Yerin sambil mendekat ke kaunter lobi hotel itu. Eunha pula tunggu dekat sofa yang ada tak jauh dari situ. Malas pula nak jalan.
"Ye Cik, ada apa² boleh saya bantu?" soal pelayan hotel tersebut dengan ramah.
"Saya dari LA dan haritu saya ada tempah bilik hotel disini, jadi harini kami datang dan nak ambil kunci ha" kata Yerin.
Pelayan hotel itu mengangguk faham "okey, boleh bagitau saya nama Cik?"
"Saya Jung Yerin, saya datang dengan adik saya sekali, Jung Eunha" balas Yerin.
Pelayan itupun terus taip sesuatu pada komputer. Untuk cari senarai nama orang yang dah menempah bilik. Malangnya, dah dua tiga kali dia cari, tapi masih tak ada nama² Yerin dan Eunha.
"Maaf, tapi nama cik dan adik cik tak ada pun pada senarai penempah bilik hotel ni"
Yerin mengerutkan dahi "eh macam mana pula? Saya betul² dah tempat bilik disini, dah daftar nama siap bagi deposit pula tu, kenapa nama kami tak ada pula??"
Pelayan itu menjoget bahu "saya pun tak tahu cik, tapi nama cik memang tak ada dalam senarai. Kalau nak tempah lain pun tak boleh sebab hotel ni dah penuh"
"Heol" Yerin mengumam tak percaya. Mustahil tak ada nama dia. Padahal dia dah tempah kot bilik dihotel ni. Nak kata salah hotel, tak mungkin! Sebab memang hotel nilah yang di tempah haritu.
"Rin, ikut aku kejap!" panggil Eunha yang baru datang lalu menarik Yerin menjauh daripada kaunter tadi. Pelayan yang tengok tu cuma geleng² lalu sambung kerjanya semula.
"Aihh apasal kau tarik aku kat sini eoh?" soal Yerin geram "aku tak puas hati nih, ada ke patut pelayan tu kata tak ada nama kita kat list penempah tu, padahal kau pun tengok aku tempah kan?"
Eunha menggeleng "aniya, baik kau tengok ni dulu. Ada hal penting nih!" katanya lalu menunjukkan layar skrin telefonnya pada Yerin. Ada berita tentang penipuan.
'JANGAN PERCAYA PADA TEMPAHAN ONLINE!'
Yerin membulatkan matanya. Dia terkejut sekaligus macam tak percaya "seolma..jinjja?"
"Eung.. Aku rasa kita kena tipulah, lagipun masa aku baca list hotel ni, mereka mana ada guna online² nih, kita kena tipu!" kata Eunha.
"Jadi baik kita cari hotel lain pula lah sekarang. Sebelum hari lagi lewat malam" sambungnya.
"Tapi kita dah buat tempahan bilik di hotel ni, kita dah bayar kan?!" kata Yerin tak puas hati.
Eunha memegang tangan Yerin "yah, kalau kau pergi soal banyak² pada pelayan tu pasal tempahan hotel ni, silap haribulan kau datang tempahan penjara pula, abaikan jela pasal hotel ni, yang penting kita kena cari tempat tidur dulu! Sekarang dah jam 11"
"Hmm, betul juga kan. Jomlah, kita cari tempat mana² yang boleh tidur malam ni" balas Yerin.
🌸🌸🌸🌸
Disebuah rumah kecil dua tingkat, ada dua orang namja yang tinggal sekali. Mereka ni bukan adik beradik, tapi kawan rapat.
Seorang bernama Wen Junhui atau lebih riak dipanggil Jun. Dia ni chinese, saja datang korea dan tinggal sini.
Seorang lagi nama Kim Mingyu, dia korea asli, evenpun kulit dia gelap sikit, dia bukan orang asia. Dia muda setahun dari Jun.
Mereka berdua ni dah lama tinggal sekali, pekerjaan pun sama. Apa kerja mereka? Nanti akan tahu sendiri :"
"Lapar! Lama lagi ke nak buat dinner hah?!" laung Jun dari ruangtamu. Dia sedang tonton televisyen. Bukan sebab ada rancangan best, dia tonton sebab dia sedang tahan lapar ni.
Mingyu pula sedang masak didapur. Dia pandai masak, jadi dialah yang selalu masak dalam rumah ni. Dah macam maid kepada Jun pula.
"Sabarlah! Ingat aku ni maid kau ke bodoh? Dah tak tahu masak, nak arah² orang pula jantan nih" omel Mingyu.
Jun mencebik sambil pegang perutnya. Lapar sangat! 'Kalau aku tahu masak, aku takkan suruh kau masak lah bangang!'
"Meh la makan! Dah siap!" sambung Mingyu beberapa minit kemudian.
Jun pun apa lagi, dia tutup tv guna kaki lepas tu terus menyeruap masuk kedapur dan makan bersama Mingyu berdua. Mingyu cuma geleng².
"Yah, esok hari rabu kan?"
"Eh tak lah, esok hari kematian kau"
" -_-!! "
"Hehe gurau², ye esok hari rabu a.k.a hari hujung minggu, asal kau tanya?" soal Jun.
Mingyu menjoget bahu "saja, esok boleh lah aku bangun lewat, kan cuti"
"Tapi sebelum bangun lewat tu, tolong siapkan sarapan kat aku dulu okey. Lepas tu barulah kau nak bangun lewat ke apa ke" pesan Jun.
Mingyu memandang Jun dengan tatapan ( -..- ) untung kawan, kalau tak, dah lama muka dia kena tenyeh dekat tandas tu "yelah"
"Ahh, aku dah habis makan, aku nak masuk tidur dulu" kata Mingyu yang sudah habis makan. Dia pun bangkit dan berjalan untuk kebiliknya ditingkat atas.
Jun memandangnya hairan "yah, siapa nak kemas semua pinggan kotor ni eoh??"
Mingyu memandangnya sinis "aku dah tolong masak, jadi kau tolong kemas dan cuci semua pinggan tu!"
"Oh jangan lupa kunci pintu juga eh, nanti pencuri masuk pula, aku masuk bilik dulu, bye!" sambungnya lalu pergi.
Jun menghela nafas. Dah nasib kan, akhirnya dia pasrah dan terus cuci pinggan mangkuk. Periuk² bekas Mingyu masak pun dia basuh juga.
Selepas siap basuh pinggan, dia pun lap² tangannya yang basag guna tisu kering. Lepas tu terus dia berjalan menaiki tangga untuk naik kebilik.
Tapi sebelum tu dia berhenti dan mengingat apa yang Mingyu pesan tadi. Cuba² ingat semula, dia tak ingat apa yang Mingyu pesan, dia pun terus masuk kebiliknya dan tidur.
Dan akhirnya, dia tidur tanpa melaksanakan pesan Mingyu.
Kunci pintu.
BERSAMBUNG....
Next chapter baru ada part mereka berjumpa. Wait for it ye😂 vomment jangan lupa eoh. Byebye.
YOU ARE READING
Four In One ✔
Fanfiction" Empat orang tinggal sebumbung memang dapat bala la jawabnya " Jun x Yerin + Mingyu x Eunha status : complete #svtgf #fanfic