Chapter 21 [BONUS]

1K 100 13
                                    

Four in One 21


1 tahun kemudian

Yerin berjalan masuk kedalam dewan putih yang dihiasi bunga mawar dan lantai yang dihampar karpet merah bersama gaun putihnya yang anggun.

Ya harini hari perkahwinannya dan Jun. Setelah setahun kenal, rapat, tahu diri masing²...akhirnya harini mereka akan bersatu.

Jun dah tunggu diatas pentas bersama paderi. Dia senyum² tengok Yerin sedang berjalan kearahnya. Dia gugup. Yerin nampak sangat cantik bila dah berhias macam tu.

Setelah Yerin sampai dan berdiri kat sebelah Jun, semua tetamu tepuk tangan. Mereka tak sabar untuk part seterusnya iaitu Jun dan Yerin akan melafaz ayat ikatan mereka.

Kat bawah tu ada ramai tetamu yang dijemput. Tentunya yang datang itu ialah Atuk Wen,Mingyu , Puan Jung dan Encik Jung. Keluarga Jun dan keluarga Yerin.

Yang lain semuanya kawan rapat Yerin dan Jun. Ada ramai. Sowon yang dulunya pernah tumpangkan kereta pada Yerin pun datang bersama suaminya, Joshua. Dah kahwin rupanya dia tu ><

"Wen Junhui, sudikah kamu jadi suami Jung Yerin? Dan Jung Yerin, sudikah kamu jadi isteri Wen Junhui?"

Kedua mereka angguk dan paderi juga mengangguk dengan senang hati. "Dengan ini saya ucapkan, kamu berdua dah sah jadi suami isteri"

"Yeah! Yahoo!!" pekik Jun dengan sangat happy. Sampaikan paderi pun terkejut.

Tak perlu tunggu arahan paderi, akhirnya Jun sendiri pergi pada Yerin, menangkup kedua pipi isterinya itu dan mencium bibirnya dengan sangat lama.

Entahla semua tetamu byuntae ke tak, tapi mereka semua bersorak dengan kuat bila tengok adengan kiss kat atas pentas tu.

Lepas Jun dah siap cium, Yerin terus hulur tangan dan cubit kuat perut Jun dalam diam. "Malu lah Jun! Ishh kau ni kan!!" bisiknya geram.

"Aww sakit! Sorry²! Aku eksited sangat la sayang! Terlebih happy!" balas Jun separa berbisik dan tahan sakit. Yerin cuma geleng² pasrah.

Seterusnya tetamu dah boleh makan makanan yang ada kat belakang dewan.

Dan ada sesetengah ahli keluarga serta beberapa rakan Jun dan Yerin datang atas pentas untuk ucap tahniah.

"Tahniah! Anak omma dah kahwin! Nanti bagi omma dan appa banyak cucu eh" ucap Puan Jung yang membuatkan Yerin sendiri tersenyum kekok 'omma aku nih, aku baru kahwin kot. Dah minta cucu pula'

"Atuk pula nak banyak cicit, kamu kena buat banyak cicit kat Atuk eh" sampuk Atuk wen pula. Yerin masih tersenyum kekok. Jun pula tersenyum dan mengangguk "pasti Atuk! Nanti Jun bagi banyak cicit kat Atuk, nanti bolehla aku bagi dorang urus syarikat² Atuk yang banyak tu, nak buat boyband pun boleh Tuk"

Mereka ketawa mendengar jawapan Jun tu. Hhh Jun ni memang exited tak bertempat. Dia ingat senang ke nak buat benda tu :")

"Congrats kau dah kahwin Jun" ucap Mingyu pula.

"Well, the Best is first" ucap Jun bangga "btw nanti kau cari rumah baru eh, rumah tu aku dan Yer-- eh, aku dan isteri aku nak tinggal"

"Banyak cantik, kau carilah rumah lain. Asal nak rumah tu juga" soal Mingyu malas.

"Sebab rumah tu ada banyak kenangan. And rumah tulah aku boleh kenal ngan Yerin, so aku nak rumah tu juga" kata Jun.

Mingyu pun mengangguk jelah. Nampaknya nanti dia kena tinggal di apartment lamanya lah.

Yerin senyum sambil dengar beberapa orang kawannya yang ucap tahniah. Sowon juga ucap tahniah and peluk dia. Gembira betul!

"Omma, Eunha tak datang ke?" soal Yerin hairan. Dihari perkahwinannya ni, takkan Eunha taknak tengok kot kakaknya kahwin?

Four In One ✔Where stories live. Discover now