Chapter 3

1K 97 2
                                    

Four in One 3




Waktu pagi, lebih kurang jam 8:30 pagi, Mingyu lah yang mula² bangkit dari tidur. Mulanya dia nak tidur balik, kan harini cuti.. Jadi dia nak bermalasan atas katil, tapi tak jadi pula lah.

'Hoam' Mingyu menguap seraya meregangkan badannya. Lenguh lah sebab baru bangun tidur.

Jun? Tak payah tanya, yang sorang tu selagi tak matahari tak terpacak atas langit memang takkan bangun. Lainlah kalau hari kerja atau Mingyu sendiri yang kejutkan dia.

lepas Mingyu bangkit dan cuci muka dekat tandas, dia pun keluar dari biliknya. Dia turun tangga untuk pergi kedapur bawah. Kan semalam dah janji nak masak breakfirst :"

"Arghh!!" pekik Mingyu selepas ternampak seorang lelaki tua yang sedang duduk dengan santai di sofa ruangtamu depan.

"Kenapa weh kenapa?!" soal Jun yang baru datang kebawah. Lepas dengar Mingyu jerit, terus dia tergopoh bangun dan turun cepat².

Mingyu menunjuk kearah lelaki tua yang dia lihat tadi. Mingyu tak kenal, sebab tu dia jerit. Tapi lain pula si Jun, dia kenal lelaki tua ni.

"Atuk?"

Mingyu memandang Jun hairan "kenapa kau panggil dia atuk hah?"

"Yelah, dia atuk aku!" jawab Jun. Lalu dia pandang atuk pula "macam mana atuk boleh masuk kesini??"

Atuk Wen memandangnya dengan hairan "ini kan rumah atuk? Kamu cuma menumpang je sementara atuk dah tinggal dekat kampung!"

"Lagi satu, kamu tu tak kunci pintu kenapa? Jangan kata atuk, perogol bersiri pun boleh masuk tau tak!" omelnya lagi.

Mingyu menggaru lehernya yang tak gatal "sini mana ada perempuan tok.."

"Eh Jun? Bukan aku dah suruh kau kunci pintu ke semalam?! Kau tak buat ke?!" soalnya geram.

Jun mengetuk kepalanya sendiri "lohh, aku lupa pula pasal tu. Semalam aku dah try ingat, tapi tak ingat. Jadi aku terus tidur, sorry hehe"

Mingyu memutarkan bebola matanya malas. Taktau nak cakap apa dah, perangai Jun ni memang macam ni, tunggu masa je nak kena luku dengan Mingyu hah.

"Hey yang diluar tu, masuklah!" laung Atuk Wen kepada seseorang.

Jun dan Mingyu saling berpandangan. Apasal atuk Wen tu? Panggil siapa pula?

Dan beberapa saat kemudian, ada dua orang gadis berserta bagasi mereka masuk kedalam rumah itu. Mereka berdiri diruangtamu.

"An-anyeong" sapa dua gadis tu dengan kekok.

Jun memandang mereka hairan "aih Atuk, siapa dua perempuan ni? Girlfriend atuk eh? Aduh atuk ni bilalah nak insaf dari jadi playboy hah?"

"Wen Junhui, amboi sedap je tuduh atuk macam tu. Dua mereka ni ialah Jung Yerin, dan adiknya Jung Eunha. Mulai harini mereka akan tiggal disini!" kata Atuk Wen.

"Mwo?!"

Bukan Jun dan Mingyu je yang terkejut, tapi Yerin dan Eunha pun terkejut sekali.

"Apahal perempuan ni nak kena tinggal sini pula? Mana boleh! Eee siapa dorang? Tetiba je nak masuk dan tinggal sini" soal Jun tak puas hati.

"Atuk ada alasan sendiri, dan atuk taknak ada bantahan. Mereka berdua akan tinggal disini juga. Atuk tahu rumah ni ada 4 bilik kan? Eloklah dua untuk kamu dan Mingyu dan dua lagi untuk Yerin dan Eunha ni"

"Yah..takkan kita nak kena tinggal dengan dua lelaki pula ni Rin? Aku taknaklah, tak biasa" bisik Eunha.

Yerin menggeleng "halah nak buat macam mana, kita tak boleh bantah, tadi dia dah tolong kita kan? Kalau tolak nanti dia kata apa pula" balasnya berbisik.


🌸🌸🌸🌸


Macam ni ceritanya, semalam lepas mereka keluar je dari hotel tempat mereka kena tipu, mereka pun berjalan lagi untuk cari hotel² yang masih kosong untuk menginap, tiba² masa mereka lalu disatu lorong ni, ada orang jahat pula yang datang ganggu.

Penjahat tu cuba untuk ragut barang² Yerin dan Eunha. Dilorong tu pula sepi, mana ada yang lalu situ. Penjahat pula dua orang.

Demi mempertahankan barangan mereka, Yerin dan Eunha tetap taknak lepaskan beg masing². Penjahat tu pun rasa tak puas hati dan pukul Yerin dan Eunha.

Untung tetiba ada seorang lelaki tua ni yang lalu situ dan nampak mereka. Tetiba dia tolong dan lawan dengan dua orang jahat tu. Walaupun lelaki tu tua, Yerin dan Eunha terkejut. Lelaki tua tu pandai kungfu :"

Sampailah akhirnya dua penjahat tu lari dari sana. Dah teruk kena belasah hah. Sebab tu lari.

"Kamu berdua tak apa²?" soal lelaki tua tadi.

Yerin dan Eunha mengangguk laju "nae kami okey, terima kasih lah pakcik sebab tolong kami. Kalau tak, mesti barang dan pasport kami dah kena curi" ucap mereka.

"Sama², dan panggil saya Atuk Wen  je, tak payah panggil pakcik, saya dah tua hah" kata Atuk Wen.

"Baiklah atuk wen!" balas Yerin dan Eunha sambil tersenyum mesra.

Atuk Wen pun senyum "dan apa yang kamu berdua buat kat sini malam² macam ni? Dahla kamu berdua ni perempuan, bawa beg semua ni. Kamu lari dari rumah ke??"

"Eh aniya, kami ni baru je datang LA, dan rupanya kami kena tipu, dan hotel yang kami tempah tu pula penuh.. Jadi kami pun jalan² jelah nak cari tempah menginap yang lain.." jelas Yerin.

"Tula Atuk.. Kami penat sangat, dari turun flight kami tak rehat lagi pun, nak tidur! Ngantuk!" sambung Eunha sambil memelas.

"Hmm, atuk tahu tempat tinggal yang kosong untuk kamu berdua" kata atuk Wen.

Yerin dan Eunha pun saling berpandangan. Mereka tersenyum. Akhirya.. Mereka akan dapat tempat rehat nanti.

"Atuk harap kamu tak menolak ye. Atuk dah bantu kamu, jadi sekarang jom ikut atuk, pergi ke tempat menginap baru kamu ok" ajak Atuk Wen.



🌸🌸🌸🌸



"Ni bilik kau" kata Jun seraya meletakkan beg Yerin didepan pintu sebuah bilik kosong. Sekarang, bilik ni akan jadi biliknya.

"Hhh kau beruntung sebab ada atuk aku okey, kalau tak.. Takdelah aku nak tolong angkat beg kau ni ke atas" omel Jun.

Dia tolong angat beg ni pun atas arahan Atuk Wen. Jadi terpaksalah dia buat juga. Sejujurnya dia tak suka dengan kehadiran Yerin dan adiknya kesini.

Kenapa? Hello, sebelum ni rumah ni cuma ada dia dan Mingyu, mereka boleh buat apasaja. Dan sekarang ada dua yeoja pula.. Habislah nantinya.

Yerin menjeling ketempat lain 'berlagak betul mamat ni. Untunglah dia cucu Atuk Wen, kalau tak..ish² dah lama kena belasah dengan aku' gumamnya dalam hati.

"Saya pun sama, kalau bukan sebab atuk awak tu..saya takkan tinggal sini, saya tinggal sini pun sebab nak balas jasa dia sebab dah tolong selamatkan kami semalam" ucap Yerin lalu terus masuk kedalam bilik dan tutup pintu.

Jun memandangnya geram. 'Orang dah tolong, bukannya reti nak ucap terima kasih ke apa, masuk macam tu je? Hish!'

'Aku kena buat sesuatu, kena bincang dengan Mingyu nih, aku kena buat sesuatu pada dua yeoja ni, sesedap dorang je nak tinggal sini eh? Tunggulah' gumamnya dalam hati.







BERSAMBUNG...
Apa rancangan Jun tu nanti? Wait for it. Maaf kalau cerita ni tak best atau pelik 😅 saya cuma taip apa yang saya bayangkan je. Huhu jangan lupa vote! dan komen ye^^

Btw lagu summer rain dan rainbow, duanya best! Dance dorang pun bagus 😆💞 proud to be buddy eoh.

Four In One ✔Where stories live. Discover now