Four in One 16
Mingyu baru saja lepas mandi dan baru siap pakai baju, sekarang dia ingin pergi masak ramen pun untuk makan. Tapi perbuatannya terhenti selepas Jun menelefonnya. "Yeobuseyo?"
'Weh Mingyu! Kau kena tolong aku sekarang weh!'
"Eng? Kenapa?"
'Yerin kena culik! Masa kami dekat taman tema tadi tetiba ada orang culik dia!'
"Mwo? Habis tu sekarang kau dekat mana ni??"
'Aku tengah drive, tengah follow kereta orang jahat tu lah! Aduh kau ikut alamat GPS telefon aku dan datang sini cepat ok. Rasanya maca dia nak menuju ke gudang lama Gyeongi-do nih'
"Ah okok kalau macam tu aku pergi sekarang! Hati² drive weh, jangan sampai eksiden pula eoh. Over pape roger" Mingyu pun tutup telefonnya dan simpan dalam poket.
Mingyu terus berlari dan mendapatkan pakaian yang lebih sesuai untuk keluar lalu dia pun keluar dari biliknya.
Dia pergi ke bilik Yerin Eunha dulu untuk bagitau Eunha tentang ni. Kan Yerin tu kakaknya, tentulah Eunha perlu tau.
Tapi dah berkali-kali Mingyu ketuk pintu, tetap tak ada sahutan dari dalam.
'Takkan dia masih marahkan aku sampai jumpa kejap pun tak mahu?' gumam Mingyu dalam hati.
"Eunha-ya Yerin kena culik! Dan Jun sedang kejar penjahat tu sekarang!""Aku akan menyusul, kau nak ikut sekali tak??"
Mingyu menghela nafas. Sampai macam ni sekali kah? "Gwenchana, kalau macam tu aku pergi sendirilah. Kalau ada apa² telefon okey, annyeong!"
Dan Mingyu pun membuat keputusan untuk pergi sendiri.
Padahal dia tak tahu kalau Eunha dah tak ada dalam bilik tu. Eunha juga senasib dengan Yerin. Pasti dalangnya ada rancangan tentang mereka. Tapi adakah Yerin dan Eunha diculik oleh orang yang sama?
.
.
.
Pandu dan pandu, akhirnya kereta si penjahat itu tiba dulu di sebuah gudang lama yang terletak di kawasan pendalaman. Kawasan tu tak berapa ada orang sangat dan sunyi serta penuh dengan hutan².
Penjahat itu memberhentikan keretanya lalu membawa Yerin keluar dari sana dan membawanya masuk kedalam gudang tersebut.
Dia meletakkan Yerin di atas lantai lalu mengikat kaki dan tangannya guna tali.
Setelah itu dia pun duduk dihadapan Yerin dan menepuk perlahan pipi Yerin agar sedar semula.
Yerin pun sedikit tersedar lalu membuka perlahan matanya. Dia nak cuba bergerak tapi dah tangannya terikat, dia tak mampu sekarang. Dia pun memandang orang yang ada dihadapannya itu.
"N-nuguya?!" soal Yerin takut tengok penjahat bertopeng itu.
"Are forget me? Jung Yerin"
Yerin mengerutkan dahi. Penjahat ni kenal dia ke? Yerin juga macam pernah dengar suara ni, tapi tak ingat pula siapa "siapa kau? And mana kau tahu nama aku eoh??"
Penjahat itupun membuka topengnya dan tersenyum sinis pada Yerin "know me now?"
Yerin membulatkan matanya terkejut. Dia kenal lelaki ni, lelaki ni dulu pernah satu sekolah dengannya di LA, dan lelaki ni suka pada Yerin. Dia pernah ujar kalau dia suka pada Yerin, tapi Yerin menolak sebab Yerin tak suka padanya. Dan orang kata dia sangat kecewa sebab Yerin tolaknya, sampaikan dia menjadi sedikit psycho..tapi itu kisah lama! Kenapa dia masih lagi mencari Yerin?
YOU ARE READING
Four In One ✔
Hayran Kurgu" Empat orang tinggal sebumbung memang dapat bala la jawabnya " Jun x Yerin + Mingyu x Eunha status : complete #svtgf #fanfic