*Bab 3*

107 7 1
                                    

Selepas memasak Aimiesya balik ke bilik, dia kemudiannya tertidur. Lama juga dia tertidur apabila dia dengar bunyi yang agak kuat di bawah.
Dia turun dari katil saja dia lihat ada banyak beg pakaian.
Dia terkejut juga apabila melihat banyak pakaian yang dibeli semuanya berjenama termasuk mandian dan juga keperluan lain. Dia juga lihat sepasang telekung yang sungguh cantik.

Amiesya siap memakai telekung baru dia sedar mana arah kiblat.

Dia melihat dari atas.
'Encik Kid ." Izzard memandang Aimiesya. Dia sekali lagi terpesona.
"Kau panggil aku apa.?" Dia cepat-cepat naik.Aimiesya juga terus kebelakang.
"Encik Kid. Takkan nak panggil Encik Kidnap. "
"Kau buat lawak..kiblat straight ke sini. Jangan lama sangat aku lapar."

Ketika Aimiesya memasak Encik Kidnap sedang berenang
Apabila dia Sudah memasak Izzard sudah menantinya di meja makan.
"Encik makan dulu, saya nak solat Maghrib. Sekejap. "

Apabila Aimiesya selesai dia lihat Encik Kidnap sedang nyenyak di sofa.
"Awak, bangun Awak! Awak." Tapi Encik Kidnap tak sedar.
Encik Kid....bangun Encik Kid." Terus Izzard tersedar.

"Lama solar?"
Aimiesya tersenyum.
"Maaf, Encik Kid, saya mandi dulu baru solat, sebab tadi memasak. Jom makan, seharian tak makan."
"Jom." Ketika Izzard ingin mengambil air untuk mencuci tangan Aimiesya menuang untuknya.
"Bodek ka?" Soal Izzard.
"Terima kasih sebab belikan Miesya shall ni. Telekung dan Semua keperluan."
"Pandai kau masak. Belajar mana?" Soal Izzard.
"Belajar dengan Mak. Sebab rumah saya Walid dan Umi garang. Kalau tak pandai masak tak boleh masuk U."

"Bagus didikan. Hm..lepas makan aku nak minum kopi. Tanpa susu. Make sure jangan terlalu pahit, kalau tak kau mandi kopi tu."
"Encik, sampai bila nak kurung Misya."
"Sampai cukup duit barang-barang yang kau guna."
"Encik kalau kira macam gaji sebulan."
"Sebulan kau duduk sini."
"Tapi Encik nak buat apa dengan saya lama-lama?"
Izzard merenung Aimiesya. Gadis itu tersenyum.
"Maaf Encik, Miesya gurau saja. Miesya nak kemas dulu. Lepas ni Miesya buat air." Aimiesya membawa semua pinggan ke sinki. Tiba-tiba dia rasa ada tangan memeluknya.
"Harum, bau rambut Awak. Sehingga kini saya ingat." Aimiesya Cuba longgarkan pelukan Izzard.

"Encik, saya belum solar Isyak lagi. Encik nak kopi kejap saya buat."
Tiba-tiba berderai ketawa Izzard.
"Awak ni kelakar."

Izzard berlalu ke ruang tamu. Amiesya cepat-cepat siapkan kerja dan juga kopi untuk Izzard.

Dia kemudian dengan lelaki itu ketawa semasa berbual. Lepas letakkan kopi dia terus baik ke at as. Selesai solat dia lihat Encik Kidnap tiada.
Aimiesya cuba meninjau kawasan rumah itu dari tingkap. Semua yang dia nampak hanya hijau. Dia menanti Encik Kidnap pulang hingga dia tertidur di sofa.

DUSTA CINTAWhere stories live. Discover now