*Bab 6*

76 6 0
                                    

Petang itu Izzard sengaja pulang awal. Sejak dia tiba dia lihat sunyi saja rumah itu. Izzard sengaja mengintai Aimiesya. Gadis itu sedang menari di dalam bilik dengan rambutnya dilepaskan. Izzard sengaja merakam pergerakan Gadis itu. Tiba-tiba dia lihat gadis itu menutup muka, baru dia dengar rupanya Aimiesya sedang mengikut tarian dari filem Hindi. Dia perlahan-lahan pura-pura datang dari bawah.
Apabila dia tiba di depan pintu gadis itu, cepat-cepat mengenakan shallnya.

'Encik Kid dah balik. Jom kita minum petang, saya ada buatkan
kek untuk Encik. Jom ." Aimiesya turun ke bawah.
Dia hidangkan kek untuk Izzard.

"Hm...sedap pandai Awak. Awak ada pakej lengkap.Untuk calon isteri yang sempurna."

Tiba-tiba Aimiesya menangis.
"Awak kenapa menangis. Saya tak tinggal Awak."

"Awak saya tak akan sempurna lagi. Kerana..." Pertama kali Izzard rasa bersalah sangat. Kenapa gadis sebaik ini.

Izzard keluar meninggalkan Aimiesya tanpa menghabiskan kek dan kopi yang di buat.
Tiba-tiba panggilan dari Shamel masuk.

"Hello, Mel kenapa ni. Tak pernah kau call aku time ni."

"Izz kau kena gerak ke Johor malam ni, esok Dato Lokman nak jumpa. Kau nak aku hantar bad dan man teman."

"Mel, aku pergi sendiri. Kau email Semua. "

"Okey, sorry...sebab aku tak dapat nak ikut."

"Okey, apa-apa nanti aku beritahu. Mel kau booking untuk aku Suite utk malam ni dan esok, sebab sampai sana aku nak rehat kejap."

"Okey."

Izzard kembali ke rumah lihat Aimiesya sedang solat. Dia masukkan pakaiannya ke dalam beg.

Aimiesya baru Sudah solat memandang Izzard.

"Encik nak ke mana?"

"Johor. Ada urusan." Sepatah saja jawab Izzard.

"Encik , saya nak ikut ?"

"Aku ada urusan penting."

Tiba-tiba Aimiesya menangis. Izzard rasa dia kalah kali ini. Airmata itu sentiasa membuat dia lemah.

"Okey, kau ambil beg ni, masukkan pakaian kau untuk 3 hari."

"Terima kasih, Encik.Moga Allah sentiasa permudahkan urusan Encik."

"Awak masak tak malam ni?"

"Masak, Okey, kau kemas aku tunggu di bawah."

Lepas makan dan mengemas dapur mereka bertolak ke Johor.

Sepanjang jalan Aimiesya mengaji, dia juga tidak tidur.  Mereka tiba hampir subuh. Lepas subuh Aimiesya tidur. Dia tidak sedar pukul berapa Encik Kidnapped tinggalkan dia .
Makan tengaharinya di hantar oleh room servis.

Petang itu Izzard begitu gelisah mana dia nak cari pasangan untuk ke Majlis Anniversary Dato Lokman.

Aimiesya sedang duduk di at as katil. Dia pelik juga.

"Encik Kid Kenapa gelisah." Soalnya.

"Jom, Awak dah siapkan.Ikut saya kita keluar." Aimiesya ikut saja.

Izzard membawa Aimiesya ke sebuah Butik.

"Jonny, you tolong make over partner I, Dinner Dato Lokman, pukul 7.30 I datang, make sure padan dengan I. Awak ikut saja."
Terus Izzard berlalu.

Jonny pun terpaku melihat gadis bertudung yang Izzard bawa.

DUSTA CINTAWhere stories live. Discover now