"Bab12*

85 7 0
                                    

"Walid, apa semua ini?" Soal Aimiesya apabila Haji Ahmad membawa pakaian pengantin buat Aimiesya.

"Walid , kenapa Miesya kena kahwin?" Soalnya.

"Nenek nak sangat lihat Miesya, Walid tak tahu nak cakap apa."

"Walid, Misya ...."

"Walid dah urus segalanya, kalau Miesya sayang Walid, sayang Nenek Miesya terima. Walid tahu Miesya anak yang baik." Haji Ahmad mencium ubun-ubun Miesya.

"Biar semua orang pandang serong Walid sentiasa doakan yang terbaik. Sekarang Allah dan maqbulkan doa Walid, Walid dah dapat orang yang mampu jaga anak walid." Lama Haji Ahmad memeluk Aimiesya.

"Doa Walid semoga Miesya bahagia. Ingat pesan walid jadi isteri Solehah. "

"Terima kasih Walid. Miesya akan cuba jadi yang terbaik."

"Amiin. Miesya cantik baju ni
Lepas Isyak nanti kita mulakan majlis. Anak Walid sunggub bertuah. Walid sendiri akan Nikahkan anak Walid."

Sekali mereka berpelukkan. 

Haji Ahmad tinggalkan Aimiesya. Lepas solat maghrib di mengenakan pakaian tersebut. Dia begitu anggun walaupun tanpa solekkan dari mana-mana mak andam. Dia pun tak pasti siapa suaminya.

Tapi pakaian tu seperti pakaian Arab. Terdapat purdah yang jarang bersama shall dan tudung .
Miesya kini hanya nampak mata sahaja.

"Cantik sungguh puteri Walid." Haji Ahmad tersenyum.

Dia membawa Aimiesya keluar
Dia membawa Aimiesya duduk di atas tikat sila bewarna Kuning air. Aimiesya memakai dress seperti jubah Arab bewarna Putih mutiara.

Dia ibarat puteri Balqis.

Neneknya tersenyum memandang Aimiesya.

Sekali lafaz dia bergetar isteri orang.

Izzard menghampiri Aimiesya dengan Aimiezar.

Dia mengambil tangan Aimie
dan menyarungkan cincin.
Aimiezar memberi cincin untuk Aimiesya sarung pula. Selepas itu  , Izzard membuka purdah yang Aimiesya pakai, Dia mengucup lama dahi Aimiesya.

Selepas itu mereka bersalaman dengan Ahli keluarga.

"Terima kasih Izzard. Nenek rasa bahagia apabila Miesya sudah punya orang tempat mengadu. Tempat bergantung hidup. Jaga amanah nenek." Hajah Zainab mengeluarkan dua utas gelang.

"Miesya, ini gelang yang Tok wan hadiahkan. Mulai hari ini milik Miesya."

Hajah Sopiah, Aimiera dan Aimieza terkedu melihatnya.

Lepas mereka makan baru Aimiesya dapat lihah wajah Izzard.

Dia seperti pernah lihah Izzard.
Semalam lelaki bersamanya berjambang. Hari INI wajah Izzard begitu berbeza. Bersih dan berseri-seri.

"Miesya, bawa Izzard masuk bilik, semalam dia hanya tidur 2 jam." Ujar Aimiezar.

"Abang, terima kasih." Miesya memeluk Aimiezar.

"Miesya dah ada tempat peluk. Jadi isteri yang terbaik."

"Abang, Miesya belum solar. Miesya masuk dulu."

Izzard hanya mengikut.

DUSTA CINTAWhere stories live. Discover now