*Bab5*

81 6 0
                                    

Aimiesya rasa takut tinggal sendirian. Dia tunggu panggilan dari Izzard.

"Hello, Encik kid, baliklah...saya takut sangat." Izzard belum sempat bersuara dia dengar suara Aimiesya menangis.
"Okey, I be there."

Izzard melihat jam hampir 1.00 pagi.
"Kau kenapa macam kucing nak beranak?" Soal Shamel.
"Aku nak balik. esok meeting pukul 2.00."
"Iz, bahaya kau drive tengah malam. Aku hantar."
"Tak boleh, aku nak kau cover esok pagi di sini. Okey, before 2 aku sampai. Nanti sampai aku call kau. Bye."

Izzard memandu selama 2jam 30 minit, dia tak sanggup dengar suara Aimiesya menangis teresak-esak.
Tiba di depan rumah dia memberitahu bahawa
dia telah tiba pada Shamel.

Dia masuk ke dalam rumah lihat satu rumah terang. Izzard masuk ke bilik lihat Aimiesya sedang nyenyak. Apabila dia masuk saja Aimiesya memeluknya.

"Awak, saya takut." Aimiesya memeluk erat Izzard.

"Awak, saya dah balik"

"Awak Jangan tinggalkan saya. Saya takut."

"Syyy...saya ada ni Awak. Saya takkan tinggalkan Awak lagi sampai lewat."
Aimiesya dah lupakan semuanya kerana takut. Berada di dalam rumah yang besar.

"Awak kejut saya Awal esok dalam pukul 9.00. Dahlah tidur. Saya mengantuk." Izzard pelik kenapa dia boleh pula nak pujuk Aimiesya.

Aimiesya termalu sendiri pagi itu. Dia kejutkan Izzard.

Ketika Izzard sudah mandi dia baru saja memakai kemeja Aimiesya datang. Tanpa suara gadis itu membutangkan baju kemejanya.

"Terima kasih. Sebab sanggup balik temankan saya." Aimeisya malu-malu bersuara.

"Dah siapkah sarapan , saya nak makan. Sebab 3 jam perjalanan ke pejabat saya. " Ujar Izzard.

"Dah siap." Jawab Aimiesya sepatah.

"Tak mengaji hari ni?" Soal Izzard.

"Cuti, Saya turun dulu."
Aimiesya terus turun. Izzard tergaru-garu pula kepala.
Panggilan dari Shamel masuk.

"Hello, ya.Mel aku dah bangun. Aku nak gerak kejap lagi ." Jawap Izzard kerana Shamel asyik membebel.

"Aku hantar Bad drive kau, dah Jangan degil. Balik nanti kau drive sendiri . Lusa kau kena ke Johor."

"Thanks Bro." Izzard pening juga bagaimana dengan Aimiesya.

Dia turun saja lihat Aimiesya tersenyum memandangnya. Dia lihat banyak juga sarapan yang di sediakan.

"Awak, Jangan menangis okey. Malam sikit saya pulang. Saya beli Pizza nanti. Pasti dah lama Awak tak makan."
"Tak apa Encik Kid, saya tak kisah sangat. Lagipun saya dah masak banyak."

"Okey. " Izzard keluar lihat Bad sedang berdiri diluar pagar.

"Senyum saja Bos. Lama Bos tak pergi club. Hampir sebulan?" Soal Bad.

"Ya, bosan lama-lama. Semua orang cari." Ujar Bad.

"Nanti sekarang banyak benda nak urus. Lagipun daddy nak balik tak lama lagi. Kau tahukan Daddy macam mana."

"Bos, gadis yang kami bawa sebulan yang lalu Bos dah lepas?"

"Dah, kau bawa salah orang."

"Tapi Bos, tak ada pula orang report ada orang kena culik. Pelik juga kami."

"Lupakan saja , kenapa kau ingat ?"
"Perempuan tu comel." Bad masih ingat gadis itu."
"Dah lupakan saja. Aku nak tidur kejap." izzard cuba tidur tetapi dia masih terbayang wajah Aimiesya memasangkan butang baju kemejanya pagi tadi. Dia tersenyum sendiri. Sambil memegang buang bajunya ibarat Aimiesya yang buat.

Bad juga pelik.

DUSTA CINTAWhere stories live. Discover now