BAB 5

207 11 0
                                    

"HER heart beats decreased!"

"Commencing CPR!"

"Danial! Get the AED! We need to shock her immediately!"

"One clear! Two clear! Everybody clear!"

Suasana di dalam ambulans ketika itu dipenuhi momen-momen panik dan gemuruh suara paramedik dan Tracy saling bertingkah memberi arahan bagi menyelamatkan Afifah yang semakin tenat keadaannya.

Sedang di sisi mereka, Afifah sedang berdiri diam memerhati segalanya. Wajahnya berkerut.

Apa yang berlaku?

Afifah tidak memahaminya. Kenapa jasadnya terbaring kaku di usungan? Sedangkan dirinya ada di sisi Tracy? Dia mendepakan tangannya kepada Tracy, cuba menyentuhnya. Namun, sentuhan itu menembusi jasad sahabatnya.

Afifah tergamam.

Aku... dah matikah?

Kenyataan itu terasa pahit untuk ditelan. Namun, ajal itu ketentuan Ilahi. Siapakah yang bisa menegahnya apabila ia datang menjemput?

Afifah menekur wajah ke lantai ambulans. Menginsafi ketentuan yang telah diletakkan ke atasnya. Dia reda, jika sampai di sini sahaja kehidupannya di alam fana.

"Afifah..."

Afifah tersentak. Serta-merta persekitarannya pegun. Tracy dan para paramedik kaku bagai patung. Masa seakan-akan terhenti.

Apa yang berlaku? gumam Afifah sendiri.

Spontan Afifah menoleh ke belakang.

Perlahan-lahan, pintu ambulans terbuka dengan sendirinya. Serta-merta limpahan cahaya yang terang-benderang menyerbu pandangan mata membuatkan Afifah tersilau sinarnya. Dia memicing mata, cuba menajamkan fokus untuk melihat di sebalik cahaya yang menyilaukan itu.

Dari balik cahaya yang terang, kelihatan samar-samar satu bayang berbentuk manusia di luar ambulans.

Afifah kaku seketika. Bayangan sama yang dilihatnya di dalam mimpi. Cuma kali ini bayangan itu dikelilingi persekitaran yang indah. Cantik bagai mimpi.

"Afifah..."

Suara itu kedengaran lagi, menggamitnya pergi.

Serentak dengan itu, kaki Afifah seperti bergerak dengan sendirinya dan melangkah perlahan keluar dari ambulans.

Tatkala dia semakin menghampiri, tiba-tiba Afifah merasakan seperti ada 'dinding' lut sinar di hadapan, menghalangnya untuk mara. Langkahnya dimatikan.

"Siapa kau?" Afifah memberanikan diri mengajukan tanya.

"Aku telah lama menanti kedatanganmu, Afifah," jawab bayangan itu.

Bayangan bercahaya itu mula menghulurkan tangannya ke hadapan. Kepada Afifah.

"Masanya sudah tiba."

"Tapi, aku tidak dapat mendekatimu," ujar Afifah. Dinding lut sinar di hadapannya masih terasa.

"Depakan gelangmu."

Tanpa berfikir panjang, Afifah menurut. Tangan kanannya didepa ke hadapan dan dengan serta-merta, gelang peraknya memancarkan satu cahaya yang terang.

Afifah terkelip-kelip mata kekaguman.

"Melangkahlah ke hadapan." Suara bayangan itu berbunyi lagi.

Dengan berhati-hati, Afifah melangkah. Ternyata, dinding lut sinar di hadapannya sudah tiada dan Afifah kini mendekati bayangan yang menantinya bersama huluran tangan. Afifah menyambut huluran itu. Terasa hangat sentuhannya bagai sudah lama dikenali.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 27, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SINDROMWhere stories live. Discover now