12 •RASUK I

142 16 0
                                    

Bila cikgu tak masuk kelas je, memang sibuk bersembang. Jadi Aanazz dapat lh beberapa story dari kawan .. so let's scroll down👇

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

1. Sekolah

Cerita ni adalah cerita betul yg berlaku dekat sekolah aku, tahun 2016.

Ada sorang budak ni dia duduk asrama, jadi dia selalu datang sekolah awal. Pukul 6:30 pagi tu dia akan duduk dalam kelas sorang² dan pergi toilet sorang² waktu tu.

Jadi satu pagi tu, waktu dia nak ke tandas dia nampak something depan pintu toilet tu.

Kawan-kawan dia memang tak tahu pasal tu, sebab di sorang je yg datang awal. Lepastu bila dalam kelas dia jadi mcm tak larat, badan pun jadi panas. Kawan-kawan dia tak kata apalah sebab ingat dia demam.

Kemudian bila kawan dia bagi makanan, dia tolak. Mcm dia tepis je makanan tu bagi jatuh bawah. Sifat dia berubah, daripada orang yg ceria tiba-tiba diam dan dingin.

Waktu malam pula, dekat asrama ada tuisyen. Tapi malam tu dia tak join tuisyen. Waktu semua orang duduk dlm bilik study, dia sorang-sorang je pergi dekat hujung koridor.

Lepastu dia tengok dekat satu air pancuran hiasan (?) dan dia gelak.. Gelak yg btul-btul gelak.

Waktu tu kawan-kawan dia dh rasa lain. Jadi panggil lah warden asrama iaitu cikgu. Cikgu ni surung dia jelir lidah. Aku pun tak tahu apa motif suruh jelir lidah tu.

Dia pun jelir lidah. And guess whatt... lidah dia panjang sampai ke bawah dagu ataupun aku boleh cakap sampai leher. Jadi cikgu pun telefon mak dia, suruh bawa pergi berubat.

Waktu mak dia datang. Dia macam acuh tak acuh je jawab soalan mak dia. Lepastu Mak dia bawak pergi berubat dekat banyak tempat juga. Pastu sekarang ni alhamdulillah dia dh ok..

2. Tok

Kawan aku ni, nama dia Maira (bukan nama sebenar). Maira ni tinggal dekat rumah tok dia. Pastu ada suatu hari tu, Maira tu usik adik dia mcm "Booo!!" lebih kurang mcm tu lh. Senang cakap dia buat adik dia terkejut.

Lepastu Tok dia mcm semput, Maira tu takut lh juga sebab dia rasa dia yg buat tok dia terkejut. Tapi kmudian tok dia cakap,

"Tolong!"

Maira kata suara tu bukan suara tok dia.

Kemudian, mak Maira tu suruh dia duduk dalam bilik. Jadi dia cerita ni berdasarkan apa yg dia intai dan dengar je.

Maira kata seorang ustazah dipanggil ke rumah. Lepastu dia nampak rambut tok dia merebang (?).

Lepastu ustazah tu pegang ibu jari kaki tok dia.Then, tok dia jerit. Suara jeritan tu buka suara tok dia.

Selepas beberapa minit, keadaan kembali normal. Maira tu keluar lh dari bilik untuk ke tandas lepastu dia lalu SEBELAH tok dia.

Tok dia sedang bersembang dgn ustazah tadi, sambil tuang air dalam cawan. Maira ingatkn tok dia dah ok tapi lepas tu...

"Kau keluar skarang!! takpayah nk berlakon lagi!!" kata ustazah itu. Dan tok dia kembali bersuara lain..

At the end, rupanya tok dia kena buatan orang..Jiran dia yg buat.

Death Night (kisah benar)Where stories live. Discover now