1 •DINGIN

454 33 0
                                    

Aanazz harap korang suka cerita ni. Sebab yg ni tak seram sgt. Btw, semuanya adalah kisah benar. Ajum lerhh bace..

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

Pada suatu malam yg sunyi lagi sepi, dimana ibu bapaku telah enak dibuai mimpi, begitu juga abang dan adikku. Maksudnya semua dah tido lh, kecuali aku.

Jam di dinding ku pandang.

4:15 pagi

Aku masih leka bermain laptop di ruang tamu (lyn Naruto dekat YouTube).

Disebabkan semua lampu telah ditutup, keadaan menjadi gelap.

Pada malam ini terasa amat sunyi, disebabkan keadaan rumah jiran aku.
Jiran di sebelah kanan rumah ku tinggal di negeri lain tetapi beli rumah dkat sini. Aku pun tak tahu kenapa ? untuk apa beli rumah kalau datang sehari dua ja lepastu balik semula kn?

Maksudnya, sekarang ni diorang takde dekat rumah.

Disebelah kiri rumah ku pula, ada sepasang suami isteri yg kedua-duanya ialah polis.

Mereka mempunyai dua cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Malangnya anak-anaknya masih kecil jadi tak boleh lh nk geng dengan aku.

Haritu aku ada keluar rumah untuk jemur kasut sekolah, lepastu aku dengar anak dia menangis lepastu anak dia diam lepas mak dia buka lagu Didi & Friends.

Tapi sekarang ni diorang dah tido rasanya, ataupun diorang kerja malam.

Tiba-tiba, aku terdengar bunyi kucing yg sedang bergaduh di luar rumah dan pada waktu itu juga aku terdengar bunyi seperti perabot dari dapur ku diubah.

Agak aneh sebab dekat rumah aku tak banyak perabot maklumlah baru pindah tahun lepas.

Kadang-kadang tu seram lh juga sebab aku jarang ada dekat rumah kalau adapun waktu malam atau waktu cuti ja sebab my mom and dad kerja.

Kemudian perasaan ngantuk bercampur seram mula menghampiri aku.

Aku pun menutup laptop, lalu berjalan ke bilik tidur ku.

Sebenarnya aku tak tido sorang2 dlm bilik sebab aku share bilik dengan abang aku.

Aku masuk ke dalam bilik dan terjun ke arah katil, lalu aku bangun semula untuk menutup pintu bilik. Selepas itu aku kembali ke katil.

Katil aku rapat ke dinding yg sama dengan pintu.

Dalam bilik aku ada satu lampu tido yg agak malap sebab ianya lampu tido, jadi mustahil warnanya cerah.

Lampu tido dlm bilik aku ni pelik sikit, sebab kalau kita sentuh lampu tu atau kita dekatkan apa-apa barang dengan lampu tu dia akan berkelip-kelip (terbuka dan tertutup).

Dan semasa aku menyelimutkan diriku dgn selimut Mickey Mouse yg diberi oleh MakTok semperna hari lahir aku tahun lepas,

aku nampak lampu tido itu berkelip-kelip tetapi tiada siapa yg dekat dengan lampu itu.

Aku hanya mengabaikannya kerana aku menganggap yg ianya telah rosak. Aku pun pusing ke arah kanan untuk tido (ikut sunnah).

Tiba-tiba terasa seperti sesuatu lalu di belakang aku kerana aku dapat rasakan suatu angin yg amat sejuk di leherku dan membuatkan bulu roma ku naik, sedangkan di belakangku adalah dinding (penjuru bilik) jadi mustahil ada orang lalu.

Mungkin cicak. Tetapi kenapa sejuk ? dan rasa sejuk tu buat aku meremang!!!

Death Night (kisah benar)Where stories live. Discover now