Sudah 3 bulan kami bersekolah sebagai pelajar tingkatan 5.Banyak aktiviti kami lakukan sepanjang perjumpaan dan selalu lah jugak melepak dengan budak 5sains1 kat sebelah.
Kawan aku,Hadi pun rupanya berkawan jugak dengan Tarmizi tu.Macam dah kenal lama.Aku pun perasan jugak Hadi ni dok suka post gambar melepak dengan Tarmizi dekat kedai makan dalam laman Instagram dia.Aku like kan je lah.
Pejam celik,bulan ni kami akan menduduki peperiksaan.
Bertungkus lumus kami nak dapatkan keputusan yang baik.Secara tak langsung anggap peperiksaan ni macam peperiksaan SPM sebenar.
******************************
Harini,hari pertama dan semestinya kertas bahasa melayu dahulu.Kelas 5sains1 sampai kelas hujung semuanya berhempas pulas mengulangkaji sehingga kami membaca nota kecil ketika berhimpun di luar kelas.
Pelajar-pelajar tingkatan 3 yang blok dia dekat dengan blok kami pun hairan tengok buku bersusun dekat koridor.
YOU ARE READING
Crush Dari Seberang Lautan
RomanceKisah Yati yang sabar menghadapi kehidupan manusia yang kena friendzone. Baca dan kasi bintang. Love,kakarabs