Prolog - BINTARI

1.5K 25 2
                                    


(SIR ARMAND)

******

Senyap.

Sunyi.

Tenang.

Itu yang aku rasakan di bawah ini. Tapi, aku sedar tak selamanya aku boleh berada di sini. Lebih-lebih lagi kala Tasik Mada dikelilingi puluhan spesis yang sedarah denganku.

Tika aku rasakan permukaan tasik panas membahang, sudah tiba masanya aku bangkit. Semuanya akan bermula hari ini. Semuanya takkan boleh dilengahkan lagi.

Perlahan-lahan, aku berenang ke permukaan. Timbul dari kepala dahulu. Air tasik berjuraian mengalir dari kepala. Mataku pejam. Hanya telinga menangkap bunyi mantera yang tak putus-putus sejak sepuluh minit yang lalu.

Aku menanti.

Terpacak di tengah-tengah tasik. Menanti sampainya waktu namaku diseru.

Aku buka mata. Permukaan tasik itu berapi. Marak menjulang setinggi kepalaku. Hanya kulitku tidak tersambar dek api. Selainnya, hangus rentung di permukaan itu. Aku boleh ramalkan esok tasik itu akan kering-kontang. Seperti Tasik Aadi dan Tasik Mijan yang sebelum ini.

"Armand! Armand! Armand!" Namaku diseru berulang kali.

Akhirnya.

Aku gerakkan kaki menuju ke arah seorang wanita yang memegang dua tongkat. Dan kedua-dua tongkat itu sedang menongkah langit. Menyeru kuasa si bulan yang bulat dan berdarah merah di dada langit.

Aku teruskan langkah. Sehingga hampir ke permukaan tanah, aku berhenti seketika. Aku tidak pernah gentar. Tidak pernah kenal erti puas. Tidak juga pernah berputus asa. Tapi, apa yang aku lakukan hari ini, bukan untukku. Meskipun aku tidak bersetuju. Meskipun hatiku memberontak. Meskipun aku ingkar. Namun, amanat seantara kerabatku, terletak di bahu.

Bagai mengerti keenggananku, puluhan spesis sedarah denganku, terus melutut, bersujud dengan kedua-dua tangan rapat ke tanah. Seakan merayu komitmen daripadaku.

Aku terdesak.

Terkesan dengan kesungguhan mereka, aku mara beberapa tapak lagi. Air tasik masih belum kering di tubuh. Hanya badanku yang tidak berlapik sehelai benang pun tidak terasa sejuk pun. Tidak juga berasa panas.

"Sajjud!" Berhenti!

Aku kaku. Akur menerima arahan.

Wanita bertongkat dua. Dengan hud menutup kepalanya. Belum pernah aku lihat wajahnya. Namun, bukan pertama kali hadirnya membawa malapetaka pada diriku.

"Ja dirembasi jujiring atu." Arahnya. Menyeru agar aku memilih di antara tiga pokok yang tegak di hadapanku. Salah satu tongkat diacah ke tiga pokok bergilir-gilir.

Aku fokus kepada ketiga-tiga pokok itu. Dan seperti aku duga, pantulan api dari permukaan tasik membiaskan imej yang bergerak di setiap daun pokok. Imej yang berlainan antara tiga pokok itu.

Ketiga-tiganya makhluk bukan dari spesisku itu, tidak berapa jelas pada pandanganku.

"Ja dirembasi jujiring atu!" Wanita itu mendesak.

Sungguh! Aku tertekan. Dia ingat aku saja-saja tak mahu memilih. Tak nampak rupa pun. Melainkan imej yang bergerak-gerak. Dan aku pasti ketiga-tiganya adalah imej tiga orang gadis yang berlainan.

"Hanrotuating bisanda abuayatin bisanda, Armand. Ue patinre' atung deksa adean," pekik wanita berhud.

Deksa min. Pengantinku. Nyawaku.

PENGANTIN SEORANG VAMPIRE (Terbaru April 2018)Where stories live. Discover now