Bab 5 - POTRET

455 13 2
                                    


P.O.V AMERLIND 

****

Betul kata Mukhriz. Mansion ni memang menyeramkan. Nampak berpuaka pula. Bangunan setinggi 5 tingkat tanpa lif (ini yang buat aku nak marah) dengan tangga berpusing-pusing, sangat memenatkan aku.

"Tak ada bilik di tingkat bawah ke?" Aku mengeluh. Baru sampai tingkat dua, kakiku dah lenguh. Ni pula nak panjat sampai tingkat lima.

"Maaf, mansion direka khas untuk orang ternama yang selalu menganjurkan majlis keramaian. Sebab itulah bilik tidur di tingkat atas. Lebih privasi dan jauh dari pandangan orang luar."

Aku faham perkara itu. Cuma yang aku tak faham kenapalah sampai lima tingkat. Tiga tingkat pun dah cukup rasanya.

Tingkat bawah adalah kawasan lobi. Macam di hotel tu. Ruang khas untuk menyambut tetamu. Ruangan menunggu pun dalam sebuah bilik besar, bersebelahan dengan bilik mesyuarat. Diikuti dengan pejabat pekerja. Di situlah para pekerja berkumpul setiap pagi untuk mendengar taklimat dan menerima arahan.

Tingkat kedua barulah ada dapur, ruang makan dan ballroom. Khas untuk tetamu yang berkunjung. Manakala tingkat tiga ada pejabat yang dinyatakan Mr. Charles tadi, library, bilik gim, snoker, karaoke dan sebuah bilik kosong tanpa sebarang perabot, khas untuk apa-apa kegunaan kelak.

"Tunggu." Aku termengah-mengah. Tak dapatlah nak kawal macho lagi. Aku duduk di kaki tangga tingkat empat. Lenguh bukan setakat di kaki sahaja, dah menjalar naik ke kepala. Penat! Aku penat sangat.

Carmilla langsung tak hilang tenaga. Maintain. Mungkin sebab dia dah lama kerja sini. Dah biasa turun naik tangga. Tapi bila aku belek penampilan wanita itu, aku rasa macam 'tercemburu' tanpa sengaja pula.

Cantiknya si Carmilla ni tak boleh tanding mana-mana model English apatah lagi Malaysia. Muka macam orang Arab, badan berisi macam India, dan kulit putih macam Inggeris, Serius, dia cantik. Tak padan dengan statusnya sebagai 'Ketua Orang Gaji' dalam rumah ni.

Jika dibandingkan dengan penampilan aku ni, tak hairan kalau orang kata dia majikan dan aku ni kuli. Hampeh!

"Kalau cik dah biasa tinggal di sini, cik takkan penat naik tangga pun." Dia dah bertukar sopan. Panggil aku dengan gelaran 'cik' pula. Buat aku garu kepala. Pening dengan karakternya yang berubah-ubah.

"Kenapa?"

"Sebab kami sajikan makanan 8 kali sehari untuk stamina."

Aku terkebil-kebil. Macam salah dengar. Perut dah menjerit lapar. Rasanya aku ni spesis yang kuat makan. Tapi kalau dah 8 kali makan sehari, itu dah 'melantak' namanya. Patutlah badan dia berisi.

"Kalau cik tinggal sini, badan cik pun akan bernafas tak lama lagi."

"Maksud you, I ni kuruslah." Orang nak diet, nak slim. Kurus kan cantik.

"Orang kurus tak seksi." Dia senyum, dan aku pula macam kena tampar.

Dah jadi tebiat agaknya orang gaji di sini bermulut lancang? Aku dah hangat hati ni.

"90 hari ni, jaga diri baik-baik. Bawa diri elok-elok. Jangan cari musuh. Ramahkan diri untuk berkawan. Barulah hidup akan dipermudah." Suara Mukhriz bergema dalam otakku.

Dan-dan, aku heret senyuman. Mengakui pendapat Carmilla itu. Sekurang-kurangnya, untuk 90 hari ni, aku tak perlu celupar sangat. Ikut saja rentak mereka.

"Aku nak tidur, makan, tengok tv selama 90 hari ni. Ulang-ulang perkara yang sama setiap hari. Jadi taklah terasa sangat 90 hari berlalu." Itu perancangan yang aku kongsikan dengan Mukhriz tadi.

PENGANTIN SEORANG VAMPIRE (Terbaru April 2018)Where stories live. Discover now