P.O.V SIR ARMAND
*******************
"Dia dah settle down." Beritahu Carmilla ketika aku menghirup minum petang.
Aku diam. Gelas antik dari aluminium aku goncangkan mengikut putaran jam. Warna merah darah menjadi kegemaranku.
"Dia minta turunkan gambar tu." Tambah Carmilla. Berjaya menarik perhatianku serta-merta.
Sebelah keningku terangkat. Carmilla tarik kerusi depanku, labuhkan punggung dan duduk menyilang kaki. Jug antik diangkat, dan gelas yang jauh di atas kabinet di belakangnya, digerakkan dengan hujung jarinya. Perlahan-lahan gelas itu terapung-apung di udara sebelum mendarat di tangannya.
"I rasa dia tak perlukan bantuan gambar tu untuk laksanakan upacara ritual tu dengan you." ulas Carmilla dengan senyuman bermakna di hujung bibirnya.
Dia teguk air berdarah sampai habis segelas. Aku pandang dia tak berkerlip. Segelas darah dituang lagi. Aku rasa kurang senang. Dan air berdarah itu pun dihirup sampai habis. Renunganku menajam. Tapi Carmilla bagai tak terkesan. Masuk gelas ke tiga, lekas-lekas aku petik jari. Jug di tangannya terlepas. Sebelum jatuh tertumpah, sepantas kilat tanganku menyambar lalu menangkap jug berisi darah itu.
Carmilla jadi tak keruan tiba-tiba. Dengan kekuatan jarinya, dia tarik jug yang berada di tanganku tanpa mengendahkan keenggananku.
Jug aku pegang ketat-ketat. Sampai bila Carmilla akan bertahan mengerah tenaga batinnya?
Dan seperti penagih dadah yang kegersangan, dia merintih-rintih.
"Bagi balik! You tahu I perlukan darah. I nak darah. Anak I nak minum. Kami nak..."
"Enough!" Aku bingkas serta-merta. "Bukan darah yang you perlukan!"
Carmilla segera berdiri sama denganku. Spontan, tangannya menerkam ke bahuku. Dan dengan kekuatannya yang sudah menyusut, dia gegar-gegarkan tubuhku.
"Then give me jamrin!" pinta Carmilla diiringi esakan. Dia jatuh melurut di tanganku. Aku paut tubuhnya, dalam masa yang sama berusaha meredahkan kekacauan emosinya.
"I will." Aku berjanji.
Aku tahu perubahan sikap Carmilla ibarat laut yang tak teramal ombaknya. Sejak berbadan dua, Carmilla cepat emosional. Tenaganya turut menyusut dengan pantas. Bahkan, seleranya bertambah-tambah. Terutamanya, dia dahagakan darah setiap masa. Kerana itulah, dia perlukan jamrin. Untuk mengawal kegersangan batinnya yang kemaruk darah itu.
Carmilla segera rebahkan kepalanya di dadaku. Aku usap rambutnya. Usap belakang badannya sehingga tangisannya meredah. Suara mengendur. Dan nadinya tidak terasakan lagi.
Menyedari Carmilla tertidur di dakapanku, aku segera mengangkat badannya lalu membawanya ke bilik sebelah.
"Apa yang terjadi? Kenapa dia tertidur di siang hari?" Faiz yang sibuk membelek-belek kertas d bilik tidurnya terkejut melihat keadaan Carmilla. Dia segera menerpa kerana menyedari isterinya yang tidak sedarkan diri dimencempung tanganku.
"Dia dahaga." Aku jawab ringkas sempat menyelak selimut dengan gerakan hujung jari sahaja.
Faiz tak perlukan penjelasan panjang lebar. Dia tahu situasi isterinya yang sedang berbadan dua itu. Seperti Carmilla, Faiz juga khatam Kitab Vangetta.
"You tahu dia perlukan..."
"Jamrin, kan?" Aku sambung sedikit sarkastik bunyinya.
Faiz kematian kata akhir. Tapi renungannya tajam menikam ke jantungku yang tak berdegup. Mengabaikan pandangannya, aku rebahkan tubuh Carmilla di atas katil empuk, bilik tidurnya di tingkat 4.
YOU ARE READING
PENGANTIN SEORANG VAMPIRE (Terbaru April 2018)
FantasiaAmerlind anak yatim piatu yang hidup sebatang kara. Tak salah pun kalau dia bercita-cita tinggi dan berangan-angan hidup macam puteri. Lantas, bila dia disajikan dengan sebuah mansion umpama Istana, siapa dia mahu menolak. Semuanya nampak real. Bukt...