SIR ARMAND P.O.V
*****
Degup jantung itu terlalu hampir denganku. Haruman darah bagai memanggil-manggil pancainderaku. Berdenyut-denyut mencari pemilik haruman itu.
Mataku terbuka. Terus memandang siling yang berukir. Sejenak, kepala tertoleh ke tingkap yang tertutup oleh langsir baldu berwarna hitam. Namun, aku boleh rasakan bahang mentari membakar masuk di celah-celah atas siling bilik.
Siang? Kenapa aku terjaga pada waktu siang?
Anehnya, itu tidak pernah terjadi tanpa sebab.
Adakah...?
Tak semena-mena, fikiranku berputar kepada perancangan berbulan-bulan lamanya itu. Dalam masa yang sama, sekali lagi, haruman darah semerbak itu melintasi deria hidung. Spontan, tubuhku terduduk tegak di atas katil.
Adakah Faiz berjaya dengan misinya? Terdetik pengharapan di tangkai hati.
Sekejapan pula, ada haruman yang lain dibawa angin, menerobos rongga hidung yang sama. Aku terus bangkit berdiri. Panik dan bungkam. Apa yang harus aku lakukan? Aku belum bersedia.
Silap! Aku telah lama bersedia. Malah, beratus tahun lamanya, aku sudah bersedia menanti pengantinku menjelma depan mata. Menanti perkahwinan kami berdua. Menanti penyatuan abadi dan riwayat hidupku akan bersambung untuk 100 tahun lagi.
Tapi kenapa bila gerak hatiku semakin hampir dengannya, aku buntu. Bagai tak tahu apa-apa. Dengan langkah yang agak berat, aku bergerak setapak dua sehingga berada berdekatan pintu. Menanti haruman yang sangat dikenali muncul mengetuk pintu bilik.
"Armand!" Pintu terkuak.
Seperti aku duga, Carmilla muncul tanpa mengetuk pintu. Melihat aku terpacak berhampiran pintu, dia berhenti mendadak.
"Ooo, you dah bangun."
Terkejut tengok aku yang dah berdiri menanti ketibaannya, dia semakin teruja membawakan perkhabaran yang berlegar-legar di mindaku.
Senyuman mekar dan wajahnya bergemerlapan. "You boleh rasa kehadirannya? You boleh dengar degup jantungnya. Kan?" Dia berterusan menduga.
Aku jungkit sebelah kening bertanya apa maksudnya. Sedangkan sudah terang dah bersuluh, keterujaan yang sama mengalir dalam diriku.
"Yalah, deksa men atong ri atin." Dia kan pengantinmu. Carmilla menekan sementelah aku resah tapi cuba dikawal.
'So?" Buat-buat tak tahu dan tak terkesan langsung.
Bukan tidak mahu meneka. Sebaliknya, aku mungkin belum bersedia. Baru bangun dari tidur, aku tiada tenaga batin untuk digunakan membaca fikiran orang lain. Lagipun, sejak Carmilla berkahwin dengan Faiz, aku telah mencipta tembok agar tidak membaca fikiran adikku itu. Maklumlah, kekadang imaginasinya terlalu luar biasa. Malu untuk aku terobosi terutamanya kisah kamar dan ranjang suami isteri itu.
"You tak rasa apa-apa?" Wajah yang berseri-seri tadi berubah mendung. Sedikit curiga menempel di mukanya.
Carmilla amat mengharapkan keajaiban ini. Demi masa depan dirinya dan Faiz. Sementara aku pula, ini adalah penghujung kisah kematianku. Dan aku harapkan apa pun yang berlaku kelak, Carmilla dan Faiz akan menyambung zuriat keturunan spesis kami.
"Ini bukan kali pertama I cuba untuk berkahwin." Sejujurnya, 8 kali percubaan itu gagal.
"Ya, tapi ini kali pertama dari spesis human. Seperti dalam kitab Andur." Dia bertambah yakin. Aku tahu dia bukan setakat khatam kitab sejarah keturunan kami serta salasilah setiap puak dan kerabat vampire. Dia juga ada sokongan dari pengamal kitab Vangelta
YOU ARE READING
PENGANTIN SEORANG VAMPIRE (Terbaru April 2018)
FantasíaAmerlind anak yatim piatu yang hidup sebatang kara. Tak salah pun kalau dia bercita-cita tinggi dan berangan-angan hidup macam puteri. Lantas, bila dia disajikan dengan sebuah mansion umpama Istana, siapa dia mahu menolak. Semuanya nampak real. Bukt...