Bab 7

172 11 0
                                    

<MASYA POV>

"Im,home!!!" Masya memasuki rumahnya setelah selesai membuka kasut, "Haihh,waalaikumussalam. Panjang umur tapi pendek akal" sindir Megat yang sedang bermain phone kepada Masya. Masya tersentap seketika dia mengetap bibirnya tanda tidak puas hati."Apa, betullah kan abang kata, masuk rumah lain kali bagi salam nanti setan masuk dalam rumah nih macam mana?" ceramah Megat. "Hmm, yelah abang betul dah lah Masya nak di mandi"dia beserah,pasrah dan reda dengan abangnya.

Kalau lama dia berdiri disitu, rasanya satu rumah banjir dengan ceramah PU Megat. Masya duduk diatas katil empuknya,tuala pula disangkut pada bahu "Emir tuh ok ke tak? nak call ke tak nak? eh asal ngan kau nih Masya tetiba je risau pasal dia takkan dah rindu kot?" soalnya lalu dia menggelengkan kepala, tak nak fikir pasal si Emir.

Setelah selesai mandi,

Masya turun ke bawah untuk makan tengahari."hohoho,sedapnya bauuuuu nak makan nak makan!"teruja Masya ye lah masakan ibu memang sedap lalu nasi dicedok keatas pinggannya. Datin Marina hanya tersenyum sinis melihat anak daranya itu macam budak kecik. setiap satu per satu lauk dicedoknya, kebulur sangat minah nih, "Hoi-hoi jangan habiskan udang tepung tuh abang nak jugak!" Megat memukul tangannya mana tak nya dia ambik punya lah banyak.

"Abang dengar buah hati Masya sakit" kata Megat, 'buah hati? bila masa aku ada buah hati?' soal hatinya dia rasa abangnya sedang cakap pasal Emir "Abang nih Emir tuh bukan buah hati Masya larhh!" balas Masya, mereka nih depan rezeki pon nak bertengkak. Emir pon satu hal tak sah kaulau tak sakat adiknya. "hahaha" gelak Emir mengalahkan langsuir."dah-dah lah cepat makan mama nak kemas nih" ujar Datin. Ada saja anak-anaknya, kalau hari-hari macam nih boleh pengsan dibuatnya.

Waktu malam,

Dia mendail no.tel seseorang, rupa-rupanya mamat ego plus poyo iaitu Tengku Emir Farhan

"Hello nih Emir ke?"-Masya- Emir mengecam pemilik suara itu.

"Waalaikumussalam, ye ada apa dayang memanggil beta"-Emir-

"Asal semua orang hari nih nak buat aku sentap hah!,eeee memang tak lah aku nak jadi dayang kau"-Masya, mengetap bibirnya,menahan sabar

"Kau rindu aku eh Masya. Aku pon rindu kau"-Emir-

"Eh memang tak lah, ewww dah lah bye sakit hati lah cakap dengan kau nih!"-Masya-

Talian diputuskan, muka Masya berubah kemerahan terasa hangat dipipi. arghhhh dia tuh sakit mental ke apa tiba-tiba rindu kat aku,sakailah mamat nih,"Aku call dia nak cakap thanks sebab selamatkan aku hari tuh tapi benda lain pulak yang jadi, aku sah syak yang dia gila" kata Masya sungguh bengang dengan Mr.ego tuh. 

 Maaflah kalau jalan cerita nih hambar atau tak best,saya budak baru belajar:) please vote,comment and follow sedihnya lah haihh hidup saya huhu.  

EGO VS BLURWhere stories live. Discover now