Bab 26

116 8 0
                                    

Hari nih mereka akan pulang ke bandar,maklumlah cuti sekolah dah nak habis. Cepat masa berlalu,Dato' yusof menghidupkan enjin kereta sementara menunggu para wanita selesai bersalam-salaman. Masya sudah tercongok didalam kereta sambil bermain phone,malas nak bersalam bagai.

Matanya alih memandang ke luar tingkap kereta,tiba-tiba dia ternampak manusia yang paling dibencinya sedang mengangkut beg bagasi ke dalam kereta. Terus Masya alih arah matanya tertumpu semula pada phone yang dipegangnya.

Setelah selesai mereka pun mula bertolak ke bandar,

Sepanjang perjalanan mulutnya hanya terkunci,earphone dipasang ditelinga. Sofea yang disebelahnya memandang hairan dengan Masya,dari tadi mulut dia senyap tak bersuara selalunya po pek po pek memanjang. Sofea teragak-agak nak tegur Masya,datang bulan kot.

"Masya,kau ok ke?" soal Sofea,risau melihat dia seperti orang bisu. Namun,Masya tak dengar Sofea menegurnya sebab dia pakai earphone,manalah nak dengar. Lalu Sofea menolak sedikit bahunya. Masya toleh kearahnya.

"Ye cik ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Kau ok ke tak ni"

"Kau rasa? hmmm aku ok je lah. Aku nak tidur" kata Masya dengan sayu. Sofea tergumam dengan tingkah Masya.

Setelah usai menghantar Sofea pulang kini mereka tiba di kediaman rumah setelah lama merindui,sebaik sahaja kereta di parkir Masya berlalu keluar dari kereta dan terus mengambil beg bagasinya di bonet belakang kereta. Semua melihatnya dengan berasa hairan,Masya menaiki anak tangga lalu terus masuk ke dalam biliknya.

"Megat,kenapa dengan adik kamu tuh,kena sampuk ke?" tanya Dato' Yusof.

"Entahlah pa,period lah tuh agaknya"

"Hmmmm"

Seusai mandi,Masya mengambil phonenya dan melihat beratus mesej terpapar di skrin phone. Dia mengeluh panjang lalu membuang semua mesej yang diterima. Handphone ditangannya dicampak perlahan,kalau boleh nak aje dia campak dekat dinding.

Hari demi hari berlalu,

Sepanjang hari Masya hanya mendiamkan dirinya,makan tak lalu,tidur pun tak cukup. Tiap kali dia ke sekolah, duit belanjanya disimpan,tidak diguna. Sofea hanya mampu perhati sahaja tingkah Masya,bila disuruh makan dia berkeras tak mahu. Di dalam kelas,tumpuannya semakin ke laut. Kadang-kadang dia akan bercakap seorang diri dan tiba-tiba emotional. Kerja sekolah pula dia malas hendak buat,kebersihan pun tak terurus.

Sofea semakin risau dengan Masya lalu dia memberitahu segalanya pada ibubapa Masya tentang kelakuannya yang makin lama makin pelik. 

"Wei Sofea kenapa dengan Masya tuh?" tanya Muqriz

"Entahlah,sejak balik dari kampung hari tuh perangai dia lain macam" ujar Sofea. Muqriz dan Amy menoleh memandang Masya yang sedang melukis sesuatu di buku sketchbook nya. 

Hai korang,sorry kerana menghilangkan diri setelah kian lama dan author cuba untuk habiskan story ni dalam 3 bulan,So author harap korang akan terus support cerita ni dan satu lagi sebab apa author hilangkan diri,actually bukan sebab preparation barang sekolah,mungkin lately i feel so depressed and i've lost interest to continuing this story

follow author for more stories and please keep vote

EGO VS BLURWhere stories live. Discover now