Bab 22

124 11 0
                                    

Dua anak dara itu disuruh untuk menolong ibu-ibu untuk menyediakan sarapan,Sofea ditugaskan untuk memotong bawang,Masya pula menumbuk bawang menggunakan batu lesung. Mata mereka berdua tidak dapat menahan pedih,digosoknya berkali-kali dengan package eyebag disebabkan tidak dapat tidur dengan nyenyak. Masya berkali-kali cuba untuk melupakan peristiwa tentang terkucil.

Sofea pula cuba bersabar dengan kemarahan yang masih membuak dalam dirinya, itu yang eyebag macam panda.

"Ma..kitaorang nak pergi mandi dekat sungai depan tuh tau" ujar Megat yang berpakaian hanya seluar trek panjang. Sofea terus terasa segar lalu dua biji bawang dipotongnya laju.

"Jaga diri"

"Eh mak ngah ada upah bibik ke datang sini" ujar Emir pula,Muqriz dan Megat sudah gelak terbahak-bahak,ada dia kata Masya ngan Sofea tuh bibik.

"Eh mana ada" balas mak ngah,terus bawang yang didalam batu lesung tu ditumbuknya laju sampai lumat dibuatnya. Semua yang berada didapur sudah ketawa besar kecuali Masya dan Sofea,nak je mereka lari dari dapur tuh.

Emir mendekati Masya yang sedang menumbuk bawang,tak tau lah dia tumbuk bawang ke tumbuk batu tuh sendiri. Emir perhati sahaja tingkahnya tanpa disedarinya sendiri yang sibuk menumbuk. Emir menggelengkan kepalanya,nahas aku kalau dapat bini macam nih. Megat dan Muqriz pula sibuk menikmati cucur udang yang disediakan,lazat tak terkata.

"Ehem kau tengah buat apa tuh" soal Emir.

"Nih hah tengah BASUH BAJU,kesian muda-muda dah bodoh" balas Masya dengan sedikit kasar.

"Lah ye ke, wei Masya!"

"APA!"

"I LOVE YOU" katanya dengan perlahan tapi Masya dengar perkataan itu dengan cukup jelas,matanya luas terbuntang tidak tahu apa yang sedang berlaku,hatinya seakan mahu meletup,tangannya menjadi perlahan menumbuk bawang  yang tadi punyalah kuat dia tumbuk macam nak tumbuk orang.

Lalu Emir melangkah ke meja yang Megat dan Muqriz sibuk makan cucur udang sampai habis dibuatnya,Emir  mengajak mereka bertolak ke sungai. Masya masih terkaku,blur dengan apa yang sedang terjadi dan apa yang dia boleh katakan ialah WHY?

Sofea pula sudah menangis-nangis bukan sedih ke apa tapi sebab bawang,punyalah banyak dia potong,Mak long minta 3 biji je tapi dia buat sampai 7 biji.

------------------------------------------------------------

"Asslamualaikum!" ucap seorang wanita yang berada dibawah rumah nek wan.

"Waalaikumussalam!" balas semua yang berada dalam rumah. Masya disuruh menjemput mereka keatas,dia sesama sekali tidak kenal langsung wanita itu dan keluarganya yang membawa beg bagasi seakan mereka akan menginap dirumah itu. Para wanita sibuk bersalam-salaman,manakala yang lelaki sibuk duduk je.

"Masya inilah Mak Su adik papa" ujar datin Marina

"Oh apa khabar aunty"

"Khabar baik,Masya seorang je ke anak kau Ina?" soalnya

"Ada lagi 2,sorang dekat belakang,sorang lagi tengah tidur penat dia main"

Tiba-tiba ada seorang gadis yang rambutnya keperangan natural,kulitnya putih plus flawless menyalam tangan datin Marina ibu Masya tanpa disuruh. Masya agak jeles dengan kecantikan gadis itu,mesti ramai minat dia.

"Ouh ini anak sulung aku,Fasha Raihana" ujar Mak Su memperkenalkan anaknya.

"Ouh cantik orangnya" puji datin,Masya sudah menahan sebak. Sofea yang disebelahnya,menepuk belakang supaya dia dapat bersabar,mana taknya nama dah nak dekat sama,Fasha,Masya. Lepastu,dia cantik pula tuh,haihhh.

"Jom lah ke dapur,Kak ngah dengan wan ada kat dapur" lalu mereka ke dapur bersama. Si Fasha itu langsung tidak tegur mereka,pemalu agaknya. Sampai sahaja didapur Mak Su dan Fasha bersalaman dengan Mak ngan dan wan lalu Fasha terus duduk di kerusi meja makan dan di meja makan itu ada the boys.....

The boys sedang makan rambutan yang dikutip mereka sewaktu pulang dari sungai. Entah kenapa Masya dan Sofea rasa seperti kecewa selepas melihat Fasha mendekati the boys. Masya dan Sofea saling berpandangan dan mengalihkan pandangan mereka ke arah wan yang sibuk memasak.

"Urmm hai" tegur Fasha sambil menarik kerusi lalu duduk. Mereka yang tadi sibuk makan buah rambutan terus memandang Fasha gadis yang cantik itu,tidak lepas mata ereka memandang Fasha.

"HAI" balas mereka serentak.

"Korang dah lama ke sampai?" soalnya

"Dah lama jugak lah,aku tak pernah pun tahu yang kita ada sepupu can..tik" ujar Megat tidak berkdip mata memandang Fasha sampai terlupa Sofea.

"Ak..u pun tak tau wei" kata Muqriz

"Umur kau berapa?" soal Emir

"Officially 14" jawabnya dengan keriangan. Tanpa sedar mereka diperhatikan dua orang gadis yang sedang kecewa,The boys and Fasha berborak dengan lama,rancak perbualan mereka sehingga sanggup ketepikan rambutan demi berbual dengan Fasha.

Hi readers please vote,vote,vote and follow me. Kalau nak story lagi dari author boleh check dekat profile sis,tajuknya Nerd tapi Psycho syasyanx 

EGO VS BLURWhere stories live. Discover now