Bab 25

100 10 0
                                    

<MASYA POV>

Setelah selasai solat maghrib,aku terus ke dapur untuk menolong warga-warga ibu,nenek,makcik dan sebagainya menyediakan hidangan makan malam. Untunglah Sofea tak payah buat,tolong tengok je. Masa aku nak angkat dulang tiba-tiba ada orang langgar aku dari belakang lalu aku menoleh ke arahnnya.

"Hoi,buta ke!!" marah Arina,dia yang langgar aku apasal dia nak marah sepatutnya aku yang marah minah nih,arina wajahnya ala-ala mat salleh dengan rambutnya blonde,hampir sama tinggi dengan aku,actually dia terlebih tinggi aku je yang pendek. Takdelah pendek sangat.

"Alhamdullilah,saya masih dapat meliha

"Ceh,dah salah tak reti nak minta maaf"

"Setiap manusiapasti melakukan kesalahan cik" balasku sambil tersenyum kambing padanya.

Arina sudah berang dengan kataku,Fasha datang menghampiri dan memegang bahunya sekali package jelingan mata terhadap aku lalu diaorang beredar daripada pandangan mataku,kalau lama kat situ entah-entah dah arwah minah tuh dengar tazkirah maghrib aku.

Aku berjalan menghampiri Sofea yang sedang duduk dikerusi meja makan setelah selesai meletakkan dulang tadi dengan selamat tanpa sebarang musibah macam tadi,dia yang salah kita pulak yang kena.

"Apa citer wei dengan minah tuh,aku tengok Fasha backup dia"

"Banyak lah kau punya citer,Fasha ngan Arina tu satu geng. Silap-silap,diaorang rampas kau punya Megat"

"Eh-eh,takkanlah sampai macam tuh,habistu kau punya Emir tuh?

"EHHHH,bila masa aku ngan mamat poyo tuh. Memang tak ah!"

"Kau ingat aku bodoh sangat ke hah! tiap kali kau ngan Emir mesti kau tercungap-cungap macam nampak hantu! hantu pun takutlah nak tengok kau" balas Sofea,aku terdiam tak tahu nak cakap apa,semua yang dia cakap betul,kalau bab-bab debat nih Sofea No.1

--------------------------------------------------------------------

Setelah selesai makan malam,aku ngan Sofea tak payah tolong kemas sebab giliran minah-minah gedik tuh yang buat(Fasha and Arina). Aku dan Sofea duduk di  meja yang terletak didepan rumah nek wan,menikmati angin yang bertiupan malam itu sejuk dan dingin.

"Woi!!" sergah seseorang dari belakang iaitu Megat diikuti Muqriz dan Emir. Sofea ngan aku hanya berdiam,sedikit pun tak terkejut dengan sergahan abang aku.

"Korang nak apa,kacau ah!!" ujarku.

"Diaorang yang nak kacau kau,aku tak terlibat" kata Muqriz.

"Orang tu bisu ke?" soal Megat sambil memuncungkan mulutnya seperti angsa kearah Sofea.

"Masya ikut aku jap" pinta Emir

"TAK NAK"

"IKUT JE LHA!!" katanya dengan tegas,aku tak berani nak melawan sebab suara jantan dia dah keluar mcam mana tak takut. Aku dan Emir berdiri dari bangku dan aku hanya ikut Emir kemana dia pergi,jangan bawak gi hotel sudah.

Aku terus ikut,ikut,ikut lepastu dah sampai,cuba teka aku kat mana? tak payah teka,aku dekat tepi rumah nek wan je,ingatkan nak kena naik MRT ke apa,rasa macam punyalah jauh. Aku berdiri berpeluk tubuh berdiam malas nak cakap  dengan insan bernama Tengku Emir Farhan.

"Errr kau ok..ke?!" tanya Emir,soalan paling pelik yang dia pernah tanya kat aku,kenapa muka aku nih nampak macam ada kene balut ke apa?

"Ok,nape?" soalku pula,dengan ringkas.

"Tadi Arina kata kau langgar dia,betul ke. Dia ngadu kat aku yang kau sengaja langgar dia" kata Emir. What da hell,kau percaya dia? dia yang langgar aku,dasar perempuan gedik!

"Ouh,so kau percayalah apa yang dia kata"

"Rileks lah,jangan marah" kata Emir,macam mana aku nak rileks setan! kalau dia dengan kau,kau boleh lagi layan minah tuh menngedik. Kalau dengan aku,tak habis asyik nak gaduh je! Aku berdiam tidak balas kata-katanya,kalau dijawab boleh tambah sakit hati nih.

"Kau marah ke?! wei Masya lek ah. Sofea tuh takde pun marah Megat?" katanya lagi,memanglah Sofea tak marah sebab aku tuh pandai buat pickuplines merapu,aku pon tak tau macam mana si Sofea boleh cair ngan pickupline merapu abang aku.

"Eh buat apa aku nak marah,kan memang perempuan keliling pinggang kau tak termasuk aku. Mula-mula Linda,Aisya lepastu sekarang ni Fasya ngan Arina pulak?" sindir aku.

"What?! Aku tak pernah suka kat diaorang kecuali Fasya ngan Arina lah,aku tak kenal lagi diaorang. Tapi apapun aku cuma su..." tidak sempat dia menghabiskan ayatnya yang sudah buat api dihati aku nih membara aku mencelah ayatnya.

"Sudah,aku ngantuk lah. Aku cauw lu,lagipun benda nih bukan pasal kerja sekolah en,tak P.E.N.T.I.N.G pon" kataku lalu aku mengorak langkah menuju ke anak tangga rumah nek wan dan meninggalkan Emir yang masih dari tadi tercegat macam patung,nak pusing ke tak? Hmm takyahlah buat sakit hati je.

Aku berjalan menuju ke bilik,masih ramai lagi yang belum tidur rupanya. Ada yang tengok tv maklumlah dekat kampung pun dah ada yang pakai ASTRO,itupun nek wan nih jenis kaki drama. Ada yang sibuk memasak lagi,buat kuih katanya,puasa pun belum lagi. Muaz pula syok bermain mainan lego yang dibawa dari rumah,kesian takde kawan umur sebaya dia,semua dah besar Muaz sorang je cucu paling kecik. Pasal Emir tuh.....Arghh nanti-nanti je la aku fikir

Hi readers,bab kali nih terpanjang larh pulak. Harap korang baca sampai habis ye. Please vote,vote,vote and follow author ye. Kalau korang nak lagi cerita dari author boleh check dekat profile sis syasyanx,tajuknya Nerd tapi Psycho,kbye

EGO VS BLURWhere stories live. Discover now