Bulan Terang,Terang Malam
Coretan tentang saki baki hidup.
Damai, tak penuh.
Mengisi ruang lohong kosong.Masa malam bulan penuh.
Dalam samar, sesat jerangkap.
Tewas disimpang, terpalit dosa.Tika malam bulan separuh.
Dosa kelmarin terbentang luas.
Sang dewa hati, perit!Bila malam bulan terang.
Kata cerca tak dihirau.
Hidup kita, kubur berlainan.Waktu hati mula terlindung.
Dihenjak dipijak dek jiwa suci.
Berdarah rapuh, kutip kembali.Apa benar susah mahu bersatu?
Apa Kau tak mahu denganku?.......
Terbang-terbang si burung pipit.
Jauh terbang buat sarang.
Sesak jiwa kian menghimpit.
Asal tak patah semangat perang.