Paling Benar

12 0 0
                                    

Aku tak kisah untuk setiap apa kau fikir tentang aku. 

Baik.
Buruk.

Cumanya aku tahu, niat aku bukan untuk kamu terus mundur

/

Aku bentang lautan luas, kau memilih untuk berada di pergigian.

Terserah.

/

Aku katakan yang tentang rasa hati. Yang kau faham aku ini tidak mengerti.

Terserah.

/

Aku pinta kau berhenti untuk sesuatu yang mungkin melambatkan perjalanan. Kau fikir aku tidak mahu menyelami.

Terserah. 

/

Yang paling benar, terserah kau untuk apa yang kau ingin fikir tentang aku kerana aku tak mampu menguraikan setiap simpulan yang kau makin kusutkan. 

Perlu kau tahu, aku tidak marah. Cuma aku tidak kuat untuk menahan diri aku dari melontarkan kata kerana buat kali pertamanya setelah sekian lama tanah bumi aku injak..

Kau buat aku rasakan tidak waras itu kecacatan.

Kenapa rosakkan jika kau mampu bertahan?

Paling benar, aku kecewa untuk kegagalan aku buat kesekian kalinya.

MIX.EDWhere stories live. Discover now