Chapter 17

11.7K 287 13
                                    


   Hampir 3 bulan sejak perpisahan kami berdua.Aku sengaja mengelak Izz supaya senang urusan perceraian kami berdua kelak jika sebabnya aku tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.Biarlah.Aku tidak peduli.

   Aku dipinjamkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan memandangkan aku setuju menerima tawaran itu 2 bulan lepas.Aku cuba mengelakkan diri dari Izz.Ijam pula berusaha memikatku semula.Pelbagai hadiah dikirimkannya,namun aku tidak cukup gila menerima Ijam.Aku masih sedar statusku isteri orang.

Aku mulai membiasakan hidup sendirian.Semuanya kemana mana sendiri.Aku belajar mengawal perasaan mengenali perasaanku sendiri .Hingga pada suatu hari,

Kring...kring...

"Assalammualaikum "

"Waalaikumsalam.Siapa ni"kataku.

"Razi"katanya.

Terkejut aku mendengarnya suara itu.

"Lara,Izz sakit.Boleh Lara ke sini?"katanya.

"Kenapa Izz?Kenapa?"tanyaku menahan rasa.

"Izz meracau dari malam tadi.Cari Lara.Kenapa kamu berdua?"Tanya Razi.

"Tak ada apa apa "kataku.

"Please Lara.Come here.You know right perasaan kembar apabila kembarnya sakit.Tolong Lara."kata Razi

Aku tahu.Razi sekarang bimbang yang teramat.Mana taknya kembarnya sakit.Sudah tentu dia tengah berjuang untuk tidak terikut ikut sakit kelak.Begitulah kembar.Banyak persamaan.Dari dalam perut sudah bersama sama,apabila membesar pun begitu.Ikatan yang terbina terlalu kuat dan mudah membawa pembawakan jika sakit,tidak gembira dan sebagainya.

Aku berfikir sejenak.Adakah aku harus melawat Izz.Ya,aku tahu rumah Razi.Namun aku tak cukup kuat. Berhadapan dengan Izz.3 bulan aku tidak menemui Izz.Entah entah sudah berkahwin baru.

*****

Aku tiba di perkarangan rumah Razi .Kelihatan isteri Razi membuka pagar padaku.

"Masuk Lara.Izz di dalam."katanya.

Aku masuk ke dalam.Hanya ada Razi dan isterinya Ros di luar.

"Lara,Izz di atas,bilik tengah."kata Razi .

Aku mengangguk kepala dan naik ke tingkat atas sambil berfikir.

"Apa sudah jadi pada Izz?"kataku dalam hati.

Aku membuka pintu dan kelihatan seseorang berbaring di atas katil.Pucat wajahnya tertidur di atas katil.

Aku duduk di sebelahnya.Merasai tubuh badan Izz.Panas..Sangat panas.

Aku bangun ke bilik air dan mengambil air.Aku ambil tuala di dalam almari .Aku lap ke tubuhnya dan kepalanya.Masih lagi belum sedar .Aku makin panik.

"Razi.Boleh bawa Izz ke hospital?"kataku.

"Ya.Mari Kita pergi."katanya.

Izz dibawa ke Hospital Besar.Izz masih belum sedarkan diri.Seharian aku menunggu akhirnya doktor memanggilku.

"Suami awak demam denggi.Kami terpaksa tahan dia untuk pemeriksaan lanjutan"katanya .

Berlinang air mataku.Aku fikir demam biasa.Rupanya denggi .Patutlah Izz tak sedarkan diri.

Selama dua hari aku setia menjaga Izz.Walaupun masih berbekas di hati dicurangi,namun masih ada sisa sisa kemanusiaan dan tanggungjawab seorang isteri harus aku jalankan.Izz baru bangun setelah tidak sedarkan diri dua hari lepas.

Aku leka membuat kerjaku.Tidak sedar bahawa Izz memandangku dari tadi.Sengaja aku minta bilik kelas pertama supaya aku boleh membuat segala galanya disitu.Tidur,solat,menonton tv dan mandi  memandangkan aku tidak dapat meninggalkan Izz kerana Razi tidak dapat menjaganya memandangkan Ros menunggu hari untuk bersalin.Ibu bapa mereka pula sedang mengerjakan umrah ,maka hanya aku sahaja yang tinggal yang menjadi pilihan.

Aku,Kau dan Kita(Complete)Where stories live. Discover now