Tika dan saat ini aku sedang membeli belah di pusat membeli barang secara pukal di Langkawi. Periuk,coklat,pinggan mangkuk semuanya aku angkut.Berpinar pinar mataku melihat barang barangan ini.Kring kring...
Izz calling...
3 Hari dah aku disini.Baru dia nak call aku.Wah,bukan main kau Izz ya.Hati aku saat itu ingin sajaku hempas telefonku.Geram dengan Izz sebenarnya.Aku ambil keputusan untuk tidak mengangkat hp aku .
Aku silent kan hp dan membeli belah dengan gembiranya.Kalau difikirkan hal Izz boleh serabut jadinya.
Aku tiba di resort dengan kepenatan.
Aku lihat hpku.
31 missed call.
12 mesej.Semuanya dari Izz.
"Angkat call please"
"Please"
"Urgent,pick up please"
"Awak kat mana?"
"Tolong angkat"
"Tolong angkat"
"Please"
"Please"
"Pick up"
"Tolong sambut call saya"
"Awak merajuk ke?"
"Maafkan saya"
Mataku hanya fokus pada perkataan terakhir.
Maafkan saya .
Entahlah Izz.Aku hanya perlu explaination dari kau.Apa masalah kau sebenarnya.
Sukar aku hendak selami hatiku sendiri memandangkan aku seorang yang mudah terusik.
Kalau tidak,tidaklah.Aku tidak akan memaksa,begitulah aku.
Aku biarkan hp ku .Aku tidak mahu berdepan dengan semua ini.
***
2 Hari kemudian,
Aku balik ke kuatersku.Aku mengangkut bagasiku sahaja dan kotak coklat.Yang lain masih tertinggal dalam kereta .Tak larat aku setelah melalui perjalanan yang jauh.
Aku membuka pintu .Kelihatan tv sudah terpasang.Bukankah aku sudah pastikan semua tertutup hari aku keluar hari itu?
Aku menghempaskan badan ke sofa .Menutup mataku .Seronoknya jika aku tidur sebentar dahulu.
"Assalammualaikum."kata suara itu.
Pelik juga minpiku ini.Baru nak tutup mata dah ada mimpi diberi salam .
"Assalammualaikum Lara.Bangun."kata suara itu.
Aku masih menutup mataku.Mungkin sebab aku tak mandi lagi .Sebab itulah mimpi bukan bukan saja .
"Assalammualaikum Lara Azmida,bangun sekarang.Saya nak cakap dengan awak ni."katanya.
Aku terus bangun selepas itu.Kelihatan Izz memandangku dengan pandangan tajam.
Aku terkejut,benar benar terkejut.
"Jawab salam saya "katanya.
"Waalaikumsalam"kataku.
"Mana awak pergi ?"tanyanya.
Amboi,sibuk pula bertanyakan aku pergi mana.Awak mana pulapergi hilang malam pertama?
"Adalah,kenapa?Macam mana awak masuk?"tanyaku.
"Saya minta kunci dengan orang incharge bangunan ni lah."katanya selamba.
YOU ARE READING
Aku,Kau dan Kita(Complete)
RomanceBACAAN DEWASA SAHAJA Lara bercinta dengan Yan hampir 4 tahun.Tanpa pengetahuan Lara, Rina meminati dan mencintai Yan sejak sekian lamanya.Setiap kali Yan dan Lara keluar berdating,pasti Rina akan mengikut mereka.Sehingga suatu hari Rina mulai berter...