"Yana dah siap ke belum?!" dengar shaja jeritan abang kesayangannya yang memetir, terus Tengku Fatihah Liyana mengeluh berat. Tengku Fatihah Liyana bukannya sengaja untuk bangun lewat ketika hari pertama kemasukannya ke sekolah yang baru. Hal ini kerana, Tengku Fatihah Liyana berkempen didalam biliknya semalaman semata-mata hendak menghabiskan drama Korea yang diminatinya. Tetapi usahanya hampa kerana pada pukul 4 pagi matanya sudah terlelap sehingga subuh. Nasib Tengku Fatihah Liyana baik kerana ibunya mengejutkannya bangun untuk solat Subuh.
"Apa yang Yana termenung lagi ni tak nampak ke sekarang dah pukul berapa?" lembut sahaja suara ibunya menyapa dirinya. Terus Tengku Fatihah Liyana mengerling jam tangannya. Terbuntang besar biji matanya apabila mengetahui masa pantas berlalu. Dengan pantas Tengku Fatihah Liyana mengambil Iphone X, beg sekolah dan kaca mata yang bulat dan besar. Tidak lupa juga Tengku Fatihah Liyana berjalan ke arah peti ais yang berada di dapur dan mengambil banyak coklat dan kudap-kudapan buat dirinya.
"PINNN!!"
Tidak sempat Tengku Fatihah Liyana menggigit roti kegemarannya lalu dengan pantas mencapai milo yang disediakan lalu terus menapak ke arah kereta abangnya yang sedang elok teparkir dihadapan rumah.
" Tak boleh lambat lagi ke Yana?" Dengan sinis abang kandung Tengku Fatihah Liyana berkata. Tengku Fatihah Liyana hanya mencebik dan makan rotinya dengan lahap dan gelojoh.
"boleh je kalau abang nak Yana bersiap lama lagi. Tadi pun dah dikira cepat tau. Selalu kalau Yana mandi paling awal pun setengah jam. Abang apa tau" Tengku Fatihah Liyana berkata selepas menghabiskan rotinya.
Terbuntang besar biji mata Tengku Farhan Luthfi apabila mendengar celoteh adiknya. dia fikirkan adiknya tidak akan menjawab kerana adiknya tadi sungguh leka dengan roti tadi. Baru Tengku Farhan Luthfi teringat bahawa prinsip adiknya yang satu itu 'Makanan lebih penting daripada manusia'. Semasa Tengku Fatihah Liyana memberitahu Tengku Farhan Luthfi prinsipnya itu pernah Tengku Farhan Luthfi terfikir kalau kalau restoran terbakar adiknya sedar atau tak.
"ABANG!" Tersentak abang Tengku Fatihah Liyana apabila disergah sebegitu rupa.
"Yana tanya tadi abang bila nak pergi england balik?" Tanya Tengku Fatihah Liyana
"Hmm minggu depan abang balik. Ni kenapa pakai spekmata besar lepas tu rambut ikat kuda ni? Sekolah dulu Yana siap pakai contack lens lagi. pe citer?"Hairan Tengku Farhan Luthfi bertanya.
" Saja je. " Pendek sahaja jawapan yang diberi Tengku Fatihah Liyana. Abangnya sudah mengangkat kening. hairan abangnya apabila Tengku Fatihah Liyana menjawab dengan pendek. Selalunya berjela jela adiknya membalas pertanyaannya sehingga boleh memuat dua kertas jika ditulis.
"Okeylah dah sampai ni. Abang tak payah turun biar Yana daftar sendiri. Yana dah besar bukannya kecil lagi sampai semua benda kene ora-" terhenti bebelan Tengku Fatihah Liyana apabila abangnya menhulurkan tangan untuk disalam. Tengku Fatihah Liyana mencebik dan akur lalu melangkah pergi ke pagar sekolah baharunya itu.
"Educated Private High school" gumam Tengku Fatihah Liyana perlahan ketika membaca sign board yang berada atas pagar sekolah itu. 'Not bad' Dengan selamba badaknya Tengku Fatihah Liyana men'judge' nama sekolah itu. Terus Tengku Fatihah Liyana melangkah pantas menuju ke pejabat sekolah menikuti papan tanda.
Tengku Fatihah Liyana menerjah pintu pejabat itu dan sempat Tengku Fatihah Liyana melihat kenalan papanya atau lebih tepat lagi guru besar baharu melatah teruk. Tengku Fatihah Liyana terus tergelak lama dan parah.
" Dah habis gelak ke Lily? " terus Tengku Fatihah Liyana berhenti gelak apabila ditegur sebegitu laluTengku Fatihah Liyana menghadiahi guru besar itu sengihan lebar.
"So dah habiskan? okey kelas Lily adalah kelas pertama;4 Sigma. Guru kelas 4 Sigma ialah Cikgu Asyikin guru subjek addmath. Ini uniform formal sekolah ni dan ini baju sukan. Baju rumah sukan kamu akan dapat selepas kamu tahu rumah sukan kamu. Kalau kamu nak details pasal kamu boleh ambil file pelajar ni. Itu sahaja Uncle harap kamu tak calarkan nama sekolah. Oh dan jangan lupa panggil uncle; Tuan Hamid kalau dekat depan pelajar dan guru yang lain kalau kamu rahsiakan identiti sebenar kamu." Panjang berjela Datuk Sri Hamid Faiq memberikan pesanan kepada Tengku Fatihah Liyana.
"Tok tok tok" terus perbincangan mereka mengenai identiti Tengku Fatihah Liyana berhenti sebaik mereka terdengar ketukan pintu itu.
"masuk" Tegas Tuan Hamid memberi kebenaran. Muncul gaya karismanya ketika itu.
"Maafkan saya Tuan Hamid tapi boleh saya tahu kenapa Tuan panggil saya ketika saya bertugas?" lembut dan tenang percakapan jejaka itu. Tengku Fatihah Liyana yang hanya memerhati mula menilik muka jejaka itu secara diam. ' hensem tho tapi hensem lagi Jeon JungKook aku. OHOHOHOHOH'
"Ehem. Tehah dah habis ke tilik anak teruna orang" Tuan Hamid menyindir apabila melihat anak muridnya tidak berkelip mata memandang wajah ketua pengawas sekolahnya.
"Oi Jeon JungKook aku lagi hensem! eh! apa ni Tuan Hamid tak baik sergah sergah orang macam tu" Akibat terkejut teruk habis Tengku Fatihah Liyana melatah apabila Tuan Hamid menepuk kuat.
"Apa-apa lah Tehah. Ini ketua pengawas Educated Private High School" Tuan Hamid memperkenalkan jawatan jejaka tersebut kepadaTengku Fatihah Liyana.
"Ehem. Nama aku Ziqhri. Dian Ziqhri bin Dian Zaqwan. Aku kelas 4 Sigma" jelas dan padat Ziqhri memperkenalkan dirinya Tengku Fatihah Liyana. Tersipu malu Tengku Fatihah Liyana apabila Ziqhri tersenyum tampan lalu mengenyitkan matanya.
"Emm nama saya Te- Tehah! Fatihah Liyana binti Falique Luthfi" Hampir hampir sahaja Tengku Fatihah Liyana tersasul nama penuhnya. Tengku Fatihah Liyana menunduk lalu menampar kuat pipinya kerana kegelabahannya membuatkan dia malu sendiri. Tuan Hamid yang melihat perlakuanTengku Fatihah Liyana yang menampar diri sendiri tergelak kecil manakala Ziqhri memandang hairan.
" Okey. Baiklah, sekarang ni saya nak kamu bawa Tehah ke kelasnya" Arah Tuan Hamid kepada Ziqhri. Ziqhri hanya menurut dengan menarik beg sekolahTengku Fatihah Liyana keluar.
"Sekarang ni aku nak kau cari kelas kau sendiri. Ye la selalunya orang kaya boleh je cari sendiri, aku pun nak tau golongan miskin macam kau ni boleh ke tak cari sendiri. Dah lah miskin nerd pulak tu!" Herdik Ziqhri lantang apabila mereka sudah menjauhi pejabat.
Tengku Fatihah Liyana tersentak apabila dijerkah lantang sebegitu. Berkaca matanya dan mulai dari situ Tengku Fatihah Liyana tahu bahawanya liku di sekolah itu
YOU ARE READING
Minah Nerd | Hot Girl
Teen Fiction❝ Im loving the duality ❞ ........ Tau tak pepatah manusia bertopengkan setan? Mesti tau kan Tapi pernah dengar tak nerd bertopengkan hot stuff? Hidup Tengku Fatihah Liyana sering bertukar 360° Menjadi budak nerd dan pendiam ketika b...