Bab 2

568 25 0
                                    

Tengku Fatihah Liyana melangkah masuk ke dalam kelas 4 Sigma dengan takut-takut kerana dirinya ditenung seolah-olah dirinya mangsa kepada singa yang kelaparan. Guru yang berada disebelahnya mengarah Tengku Fatihah Liyana untuk memperkenalkan dirinya.

"Emm. Nama saya Ten- Tehah! Fatihah Liyana binti Falique Luthfi. Sebelum ni saya bersekolah di Global Matrix Highschool. Saya berpindah kerana mendapat tawaran. Saya harap semu-" terhenti bicara Tengku Fatihah Liyana apabila seseorang memotong kata-katanya

"Dah dah la tu wey, kau nak intro panjang-panjang buat apa. Bukannya kitaorang minat pun nak kenal dengan kau. Betul tak guys?"

"Betul tu!" Satu kelas itu menyahut dengan nyaring lalu kelas itu menjadi bising dan tidak terkawal sehingga membuatkan guru yang berada di dalam kelas itu menggelengkan kepala; kesal kerana mendapat anak murid yang bijak tetapi kurang ajar.

"EHEM." Deheman seseorang di muka pintu membuatkan kelas itu menjadi sunyi dan senyap.

Terkesima Tengku Fatihah Liyana apabila melihat wajah jejaka itu.

'Ya Allah, indahnya rupa ciptaan-Mu ini ya Allah'

"Kau. Siapa?" Garau, keras dan dingin suara jejaka itu sehingga menakutkan Tengku Fatihah Liyana.

"Fatihah Liyana" perlahan sahaja suara Tengku Fatihah Liyana. Seakan-akan berbisik. Satu, kerana terpukau dengan wajah jejaka itu. Dua, kerana takut dengan pandangan tajam dan mencerlung daripada jejaka itu.

"Hmm. Okay" sejurus berkata terus jejaka itu duduk di meja yang berada di belakang dan hujung kelas.

"Alright, please call me maam Syasya as my name is Aisyah. Please do respect me as your teacher and speak yourself in English language because I teach you english subject. Now please have a seat beside Aidan."

Tengku Fatihah Liyana melihat sekeliling kelas dan mendapati hanya terdapat satu meja serta kerusi yang kosong bersebelahan jejaka yang menakutkan tadi. Lalu Tengku Fatihah Liyana duduk di situ dengan takut-takut. Dia melihat ke sebelah dan mendapati jejaka tadi sedang pulas tidur.

"Oh Allah please have mercy on me"

Tercelik mata Aidan apabila terdengar gumaman Tengku Fatihah Liyana.

"Kau kenapa? Aku bukan makan orang pun." Terbit senyuman sinis di bibir Aidan.

"S-sa-saya" tergagap-gagap Tengku Fatihah Liyana untuk menjawab pertanyaan Aidan.

" Before that, please address yourself as aku, aku tak biasa dengan saya-awak ni" pekat slang Aidan dalam speaking ; mencairkan hati kecil Tengku Fatihah Liyana.

"O-okey"

Tengku Fatihah Liyana memarik nafas untuk bertenang.

"Nama kau siapa?" Tenang sahaja suara Tengku Fatihah Liyana.

" Tengku Aidan Rasyid. Kau boleh panggil aku Aidan."

'Tengku Aidan Rasyid. Kenapa macam pernah dengar nama tu?'

Lamunan Tengku Fatihah Liyana terhenti apabila maam Syasya memanggilnya untuk membaca petikan tersebut.

---------------------------

Nafas dihela dengan berat. 'Be positive Lily, everything happens for a reason. This is just a beginning. You have a long journey to success.'

Doa Tengku Fatihah Liyana apabila menjejakkan kaki di kantin. Tengku Fatihah Liyana membeli makanan dan mencari tempat duduk yang kosong. Keluhan dilepaskan kerana tiada tempat yang kosong.

Langkah Tengku Fatihah Liyana dihayun ke rooftop sekolah sambil membawa makanannya. Dia bercadang untuk makan di rooftop sahaja memandangkan kantin penuh.

Tengku Fatihah Liyana mengisi kata laluan yang diberi Tuan Hamid untuk masuk ke dalam rooftop. Tengku Fatihah Liyana duduk di bench yang disediakan dan mula makan dengan selera.

"Kau buat apa dekat sini?"

Tersedak Tengku Fatihah Liyana apabila ditegur seseorang kerana rooftop sekolah ini adalah ruang eksklusif sebab itu perlu mengisi kata laluan.

Membulat mata Tengku Fatihah Liyana apabila mendapati Dian Ziqhri; ketua pengawas yang menegurnya dan ditemani oleh Tengku Aidan Rasyid; tablemate ais.

"Wow, baru first day kau sekolah dekat sini kau dah berani masuk tempat yang eksklusif ye?" Sinis sahaja Ziqhri menanyakan Tengku Fatihah Liyana.

"B-bukan, aku dah dapat kebenara-"

"Kebenaran siapa?!" Naik berang Ziqhri dengan Tengku Fatihah Liyana. Rooftop sekolah ini memang dikhaskan untuk Ziqhri dan rakan-rakannya sahaja kerana Ziqhri ingin memiliki ruang privasi untuk dirinya sendiri. Lagipun Ziqhri merupakan anak buah Tuan Hamid sebab itu permintaannya untuk mempunyai rooftop sekolah tidak dihalang.

"Ziqh. Sabar. Tehah tu perempuan. Dengar dulu penjelasan dia." Aidan menenangkan Ziqhri kerana Ziqhri memang panas baran.

"T-tuan Hamid." Perlahan sahaja suara disebabkan Tengku Fatihah Liyana berasa gementar.

"WHAT?!"

-----------------------------------------------

Okay fafa dah tk hiatus dah cuma slow update? Truly sorry sebab buat semua readers tertunggu tunggu even silent readers too 🌚

5 votes for next update~

Minah Nerd | Hot GirlWhere stories live. Discover now