Kuching|2017, Ditemani Alunan You Don't Know Oleh Katelyn Tarver
"You are a city girl. You takkan faham this place; like how you understand the other big cities." Dia memandang ke luar tingkap, sambil mencapai rokok di atas meja. Dia kemudian mencapai seluarnya dan mencari pemetik api dalam poket kanan yang selalu dia simpan beberapa barang kepunyaannya. Puas dia menyeluk sedalam dalamnya; dan kemudian dia berhenti sejenak sambil melihat sekeliling.
"Mana lighter I? You nampak tak tadi?" Dia menyambung perbualan sambil mengepit rokoknya di hujung bibir. Jemarinya masih rajin menyeluk dan bila dia tak puas hati, dia letakkan kembali seluarnya dan berjalan ke arah bagasinya.
Aku menggeleng sambil menghela nafas hangat ke cermin tingkap; kemudian aku tulis nama ku dengan jari telunjuk dan tersenyum sendiri. Selang beberapa saat, perlahan namaku hilang diganti kabus mengikut haluan hujan yang sedang merenyai di luar. Sedikit demi sedikit ia cuba mengelam seluruh pandanganku ke kota yang baru pertama kali aku lawat. Dalam samar cahaya lampu di sepanjang jalan, aku nampak kelibat dua orang sedang berjalan mengharung cuaca basah ke taman. Taman itu menyambung ke sungai panjang---berteman bot bot kecil yang sudah berhenti bertugas membawa penumpang ke seberang.
Suasana malam itu tenang; yang kedengaran hanya keheningan nafas aku dan dia pabila tiada kata yang mengisi saat kami menyelang-bermain perasaan masing masing.
"If I can understand you better than most people out there, I definitely can understand this place like how I understand others." Aku mengetawakan dia yang sedang bingung mencari pemetik api nya. Aku menarik kerusi kecil yang terletak di tepi meja dan mengambil fon telinganya; kemudian aku duduk dan bersandar terus. Kaki aku silangkan dan lunjurkan ke arah meja. Aku putarkan lagu perancis terbaru yang sedang aku gilakan sepanjang minggu itu dan memasang nadanya secukup kuat untuk aku ingati kota itu dengan melodi lagu itu.
Sempat dia menjeling dan senyum ke arahku sebelum menggeleng kepalanya. Dia membuka bagasinya dan memeriksa bahagian yang terbuka zipnya. Dia mencari cari lagi pemetik apinya dan akhirnya berputus asa bila apa yang dicari masih tak kelihatan. Dia letakkan rokok di atas meja sebelum dia capai telefon bimbitnya yang tak berhenti mengerlip dari tadi. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelahku. Dia menolak naik skrin dengan jemarinya; dan kemudian dia bersandar.
Dia menarik fon telinga yang aku pakai dan perlahan meletakkannya di atas meja. Dia menekan butang berhenti di telefonku dan menggeleng sekali lagi tanda dia mahu bercakap denganku dan tak mahu aku terlampau hanyut dalam lagu yang sudah berpuluh kali aku dengar sepanjang hari.
"About that; when you said that you understand me--how can you be so sure? Even I don't understand myself most of the time." Dia kembali memandang jauh ke luar tingkap dan menumpu ke arah bangunan besar berwarna putih. Bangunan itu mempunyai rekabentuk cantik yang terilham dari zaman jajahan; dan ia terletak bersebelahan bangunan lain yang berwarna kuning. Kedua duanya seakan akan membawa makna dalam untuk kota itu terutamanya pada waktu malam; ketika sekelilingnya berbunyi sepi dan membungkam sesiapa sahaja yang terpaksa tidur seorang diri tanpa teman.
"You are a person who lives in a world with no rules. You don't count Mondays, you don't care about dinner and you don't stop smoking when you are out of ciggies.
You are also cursed with a kind and loving heart and always, always in pain because you selalu cuba jaga hati orang yang you sayang walaupun you tahu you perlu mengabaikan hati sendiri."
Aku menjawab sambil memandang ke arahnya. Berbeza dengan kali pertama ketika aku berjumpanya dulu, lekuk lekuk manis di wajahnya sudah hilang kerana cengkungnya wajahnya kali ini. Dia juga sukar tidur di waktu malam dan masalah itu membuatkan matanya bengkak. Dan selepas mendengar balasan jawapanku, kali ini dia cuba sedaya upaya untuk tak membalas pandanganku. Dia mengalih pandangan ke gambar gambar di Instagram dan kemudian dia menekan butang kamera. Dia mengambil gambar malam itu di beberapa sudut sebelum dia membalas.
"Are you trying to assume me like how you did with your characters?
Because let me tell you something tonight.
You don't know what I have been through, you don't know me that well to understand my pain and I am sorry to tell you this.
You don't know everything." Dia bangun dari kerusi dan kembali mencapai rokoknya yang dia tinggalkan di atas meja tadi. Dia memandang wajahnya di cermin dan kembali mencari cari pemetik api. Dia kelihatan seperti kurang tenang malam itu, berlainan dengan malam malam yang lain ketika dia membuat lawak jenaka dengan rakan rakan di sekelilingnya.
Aku mengikut dia bangun dan berdiri di belakangnya. Aku lihat wajahnya dalam cermin dan memeluk tubuhnya dari belakang. Perlahan aku rapatkan wajahku ke tubuhnya sambil cuba mengingat baunya yang nyaman. Aku mengusap bahunya untuk menenangkan suasana yang tiba tiba berubah sedikit tegang.
"You are right.
I don't know everything. I don't know you at all.
But I recognized a poem when I saw one." Aku leraikan pelukan dan perlahan aku berjalan ke arah almari. Aku capai seluarku dan menyeluk jemari ke dalam poket belakang yang menyimpan pemetik api; sebelum berjalan kembali ke arahnya.
Aku ambil rokok yang dikepit bibirnya dan mengepitnya di hujung bibir; kemudian aku nyalakan api dan hela sedalam dalamnya.
"And I recognized you and this place so well; because they are exactly who I am."
YOU ARE READING
Mimpi Mimpi Nomad [Published]
Short StoryKita bertemu dengan seorang pengembara. Dia membawa kita bertemu watak-watak yang dia temui sepanjang pencariannya dalam mencari sebab kewujudan dan kemanusiaan. Sebuah novel dalam bentuk fragmen tentang seorang pengembara yang sentiasa mencari ceri...