Bibir, wahai bibir,
Senyumlah,
Hati, wahai hati,
Tenanglah.Wahai bibir yang muram,
Tersenyumlah,
Kerana entah bila, esok atau lusa,
Masihkah punya peluang tersenyum,
Wahai hati yang pedih,
Bertenanglah,
Kerana tidak lama, esok atau lusa,
Masihkah hati itu adalah hati.Kalau hari ini matahari tenggelam,
esok dia muncul lagi,
Kalau hari ini bulan menghilang,
Entah esok atau lusa dia akan menjelma lagi.Bibir dan hati
Senyum dan tenanglahHanem_mini / 9/10/2017 / 😀
YOU ARE READING
BUNYI TENAGA
Poezjasebuah puisi tentang semangat yang tak didendang. sebuah puisi tentang bangkitnya tenaga yang pernah lemah.